Please stay at home
Please stay
at home | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Arahan demi arahan telah di
keluarkan namun ramai yang masih belum memahami implikasi daripada wabak
coronavirus yang semakin hari semakin menunjukkan peningkatan mendadak! Malaysia
masih di dalam keadaan yang terkawal, namun jika masih ramai yang berdegil dan
tidak mahu mendengar arahan supaya sentiasa berada di rumah, tindakan yang
lebih drastik mungkin akan di ambil kerajaan.
Buat masa
sekarang, kita masih boleh ke pasaraya untuk membeli keperluan harian. Kedai makan
masih dibuka namun harus diingatkan bahawa makanan hanya boleh dibungkus dan
tidak dibenarkan untuk makan di kedai. Dalam beberapa siri video yang
dikongsikan di laman sosial, pihak polis terpaksa memberi “amaran” untuk
bersurai kepada mereka yang engkar dengan arahan.
Semalam,
dalam pengumuman khas perdana menteri, boleh dengar dari nada perdana menteri
sendiri agar kita semua dapat bersabar dan sentiasa berada di rumah supaya
penyebaran wabak covid-19 ini dapat di kawal. Nak lepak mamak, semua pun suka
namun dalam tempoh kawalan pergerakan ini, bersabarlah sebentar.
Bila diumumkan
kawalan pergerakan 14 hari, ramai yang memilih untuk pulang ke kampung. Kita sedang
dalam usaha untuk tidak mengalakkan orang ramai daripada berkumpul, namun boleh
dilihat dalam apa jua situasi termasuklah mereka yang memilih untuk pulang ke
kampung, mereka yang berkumpul beramai ramai di pasaraya, mereka yang berkumpul
di balai polis.
Aku pasti,
setiap orang punya alasan mereka yang tersendiri. Namun harus diingatkan,
ketika wabak menjadi semakin tidak terkawal, keadaan akan menjadi semakin teruk
dan sewaktu itukita akan merasa terkurung dengan sendirinya! Siapa yang mahu
kehidupan yang teruk? Aku pasti tak siapa mahu.
Namun, jika
masih ramai yang berdegil, tak mustahil semua ini akan berlaku. Lihat pada
negara negara lain. Yang menjadi semakin teruk akibat daripada wabak covid-19
ini. Apakah kita mahu hidup seperti mereka. Sebab itu kita kena bermula
daripada sekarang. Supaya Malaysia tidak akan jadi seperti negara china ataupun
Itali.
Apa pun,
semoga wabak ini sampai ke penghujungnya. Semoga ianya selesai sebelum tibanya
bulan Ramadhan. Semoga Allah mengampuni segala dosa dosa kita. Semoga bumi
kembali aman. Semoga Allah melindungi diri kita, keluarga, guru-guru, ulama –ulama
dari segala macam perkara yang tidak diingini. Amin ya Rabb.
0 Comments