Rumusan Perlantikan Menteri Kabinet 2020

Rumusan Perlantikan Menteri Kabinet 2020 | Assalamualaikum dan salam
sejahtera. Selepas perlantikan Perdana
menteri Malaysia ke 8, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ramai sebenarnya tertunggu
tunggu siapakah yang bakal memenuhi kerusi menteri kabinet. Namun yang lebih
menjadi tanda tanya adalah siapa yang bakal mengalas jawatan sebagai timbalan
perdana menteri? Namun semuanya terungkai semalam selepas Perdana menteri telah
mengumumkan senarai penuh Menteri Kabinet
2020!
Aku tak
mahu mengulas penuh senarai menteri
kabinet 2020 terkini (kerana pastinya ramai dah tahu) cumanya aku hanya nak
buat rumusan dan pandangan kecil aku sebagai rakyat Malaysia sahaja. Baik,
pertama sekali, buat pertama kali dalam sejarah kita tiada timbalan perdana
menteri. Hehehe. Namun, ianya telah di ganti dengan menteri kanan dan terdapat
4 orang menteri kanan:
- Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri)
- Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Menteri Pertahanan)
- Datuk Seri Fadillah Yusof (Menteri Kerja Raya)
- Dr Mohd Radzi Md Jidin (Menteri Pendidikan)
Baik. Selepas
selesai dengan menteri kanan, aku lebih tertarik dengan jawatan menteri agama. Posisi
ini memang panas. Rata rata memang ternanti nanti siapakah yang bakal
mengantikan posisi ini. Alhamdulilah, aku pada awalnya memang sangat terkejut
selepas mendapat tahu Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah dilantik
menjadi Menteri di Jabatan Perdana
Menteri (Hal Ehwal Agama).
Bagi mereka
yang tidak mengenali siapa Sahibus
Samahah Dato' Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri, beliau adalah Mufti
Wilayah Persekutuan. Alhamdulilah, buat pertama kalinya seorang mufti telah
dilantik menjadi menteri dan menjaga hal hal berkaitan agama. Sememangnya ini
sesuatu yang kita mahukan.
Seterusnya adalah
Menteri kewangan, Tengku Datuk Seri
Zafrul Tengku Abdul Aziz. Ini juga sangat menarik perhatian kerana buat
pertama kalinya juga, seseorang yang sangat arif dalam bidang perbankan, telah
di lantik dalam jawatan ini. Beliau sebelum ini adalah Group Chief Executive
Officer/Executive Director of CIMB Group Holdings Berhad. Nampak? Bukan biasa
biasa tu. Hehe.
Ok, selepas
2 jawatan menteri ini, ada sesuatu yang di nanti nantikan juga, di manakah
posisi “abah” atau Khairy Jamaluddin (KJ)? Ramai sebenarnya berharap yang beliau
akan memenuhi kerusi Menteri Belia dan
Sukan namun tempat ini telah di isi oleh Datuk Seri Reezal Merican Naina
Merican.
Baik, Khairy
Jamaluddin juga turut tersenarai dalam barisan kabinet 2020 namun bukan sebagai
Menteri Belia dan Sukan tetapi
sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi! Ahh, agak kecewa juga di situ,
namun, selepas perlantikan beliau kembali sebagai menteri, namanya kini
trending dalam carian media sosial ya! Hehehe.
Oklah,
rasanya itu sahajalah Rumusan Perlantikan
Menteri Kabinet 2020 aku. Ramai lagi menteri menteri yang lain, tapi yang
ini sahaja yang aku nak tulis. Semoga negara Malaysia lebih maju, aman dan
kekal bersatu sampai bila bila. Kemerdekaan yang dikecapi selama berpuluh tahun
sebelum ini adalah penyatuan daripada semua! Malaysia boleh!
0 Comments