Senarai makanan penting yang perlu di simpan ketika berhadapan dengan situasi “Lockdown”

Senarai makanan penting yang perlu di simpan
ketika berhadapan dengan situasi “Lockdown” | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semalam,
perdana menteri Malaysia, Tan sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Perintah
Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac 2020 dan berakhir pada 31 Mac 2020. Akibat daripada
pengumuman itu, telah berlaku “Panic Buying” di seluruh Malaysia yang mana
orang ramai berpusu pusu mendapatkan bekalan makanan dan barang kelengkapan. Dalam
situasi ini, ramai yang terlupa apakah Senarai
makanan penting yang perlu di simpan ketika berhadapan dengan situasi “Lockdown”!
Daripada pemerhatian
aku di dalam media sosial, ramai yang menganggap pengumuman Perintah Kawalan
Pergerakan itu sama dengan perintah “Lockdown”. Dan atas sebab itu ramai yang
jadi panic. Untuk fahaman bersama, Perintah Kawalan Pergerakan masih
membenarkan kita bergerak dan pasaraya serta kedai barang keperluan masih
dibuka seperti biasa. Jadi kita masih punya masa untuk membeli barang keperluan
rumah.
Berbeza dengan
“lockdown”, seluruh premis akan ditutup. Dan jika kita berada di dalam situasi
ini, adalah sewajarnya kita memperlengkapkan barang keperluan rumah demi
kelangsungan hidup. Namun, itu juga bukanlah point yang bagus jika kita
bersedia dari awal. Aku kongsikan Senarai
makanan penting yang perlu di simpan ketika berhadapan dengan situasi “Lockdown”.
#1. Beras
Nasi adalah
makanan ruji rakyat Malaysia. Jadi, ketika menyediakan kelengkapan rumah,
pastikan beras adalah perkara pertama yang perlu ada. Namun, bersikap timbang
rasa jugalah pada yang lain. Jika kegunaan rumah hanya sekitar 10 -20kg , ambil
dan simpan sekadar keperluan kita.
#2. Ayam /daging
Boleh juga
beli bahan makanan ini untuk di simpan di dalam peti sejuk beku. Namun belilah
sekadar perlu dan bukannya seperti mahu buat kenduri ya.
#3. Bihun atau pasta
Bahan ini
selain mampu mengenyangkan, ianya juga tahan lama. Ini juga boleh dijadikan
simpanan.
#4. Makanan tin.
#5. Kekacang atau kurma
Makanan seperti
ini sangat bagus. Selain ianya mudah mengenyangkan, ianya juga tahan lama. Jadi
simpan siap siap di rumah.
#6. Rempah ratus
Makanan tanpa
rempah ratus pasti tidak menarik bukan? Jadi persiapkan segala kelengkapan
rempah ratus di rumah anda!
#7. Milo atau minuman 3 in 1
Kalau aku,
aku lebih suka simpan milo dekat rumah. Selain sedap,ianya mampu mengenyangkan juga.
Kan minum milo anda jadi sihat dan kuat?
#8. Ubat ubatan
Ini yang
paling penting sebenarnya daripada kesemua item di atas. Adalah sangat penting
untuk menyediakan ubat ubatan di rumah. Pastikan sentiasa periksa tarikh luput
ubat sebelum guna. Biasakan untuk menyimpan ubat selsema, batuk, demam dan
penyakit penyakit yang lain. Namun, jangan menyimpan terlalu banyak ubat di
rumah. Simpan sekadar perlu sahaja.
Oklah,
itulah 8 Senarai makanan penting yang
perlu di simpan ketika berhadapan dengan situasi “Lockdown”. Semoga panduan
ini dapat memberi manfaat kepada semua dan dapat mengelakkan kita daripada
membeli barangan yang tidak perlu.
0 Comments