facebook twitter tumblr instagram linkedin
  • Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Learn Blogging
  • Documentation
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Download This Template

Mrejoy

cara cara pembayaran zakat secara online

Orang Melaka dah boleh Bayar Zakat Fitrah secara online | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sambung lagi sehingga 12 Mei 2020, dan berkemungkinan akan disambung lagi sehingga Raya Aidilfitri tahun ini, maka ramailah yang gusar macam mana nak bayar zakat fitrah memandangkan kita tidak dibenarkan keluar rumah buat masa sekarang.

Ramai yang tertanya Tanya, bagaimana kaedah pelunasan zakat fitrah pada musim wabak covid-19 ini. Melalui email yang dikirimkan oleh zakat Melaka, mereka telah menyediakan kemudahan pembayaran zakat secara online. Aku kongsikan pada semua cara cara pembayaran zakat secara online:

1- Boleh log in ke Zakat Melaka (klik pada link disebelah)

2- Kemudian, klik pada bahagian Fitrah online (Mengikut pada amaun zakat yang perlu di bayar pada tahun ini bagi seorang adalah RM7.00 dan RM14.00 mengikut jenis beras).



cara cara pembayaran zakat secara online


3- Kemudian isikan butiran seperti yang ada. Setelah selesai, klik pada bahagian Bayar Sekarang pada bahagian bawah. (Jangan lupa untuk membaca ayat : Saya dengan ini mengeluarkan Zakat Fitrah yang wajib ke atas diri saya / tanggungan sebagai menggantikan beras sebanyak RM7.00/RM14.00 untuk tahun ini kerana Allah Ta’ala.)

cara cara pembayaran zakat secara online


4- Selesai, boleh klik untuk buat pembayaran. Pembayaran adalah secara online ya. Dan setelah semuanya selesai, akan keluarlah seperti ini:

cara cara pembayaran zakat secara online


Maka selesailah pembayaran zakat fitrah secara online. Mudah kan? Jom semua bayar zakat fitrah.

Cara hilangkan mengantuk waktu bangun sahur

Cara hilangkan mengantuk waktu bangun sahur | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di antara perkara yang “paling sukar” buat sesetengah orang adalah bangun sahur. Dan atas sebab itu, ramai yang “sahur awal” iaitu makan sebelum mereka masuk tidur. Namun, jika semua memahami akan banyaknya kebaikan dan nikmatnya bangun sahur ini, pasti apa jua keadaan, mereka akan paksa diri untuk bangun bersahur. Baik, hari ini aku cuba nak kongsikan beberapa tips Cara hilangkan mengantuk waktu bangun sahur.

Oklah, sebenarnya benda ini mudah sahaja, namun sangat sukar buat mereka yang dah set dalam minda awal-awal malas nak bangun bersahur, dan tips pertama Cara hilangkan mengantuk waktu bangun sahur adalah:

#1. Setkan dalam minda nak bangun sahur.

Ini penting. Sebelum tidur, niat awal awal, aku nak bangun sahur awal pagi nanti. Aku nak ambil berkah mereka yang bangun bersahur. Bila kita dah set awal awal dalam minda kita, insyaAllah, kita akan bangun dengan sendirinya dan tanpa rasa mengantuk pun.

#2. Tidur awal.

Nak bangun sahur awal pagi, kenalah tidur awal. Bila kita tidur lewat, contohnya tidur jam 0200, kemudian nak bangun jam 0430, memang akan rasa mengantuk ya amat punya! Sebab badan kita kurang rehat. Jadi, tidur awal, boleh bangun lebih awal untuk bersahur.

#3. Siapkan menu yang menarik.

Ada kes di mana, mereka malas nak bangun sahur sebab menu tak berapa nak menarik. Jadi semangat nak bangun tu kurang. Dah terjaga, tapi lebih fikirkan tidur lebih penting maka mereka pun sambung tidur.

Dalam bulan puasa ni, biasanya menu berbuka kita pasti lain macam daripada bulan biasa kan, jadi pelbagaikan juga menu waktu bersahur, kita pun akan rasa lebih bersemangat untuk bangun sahur.

#4. Minum air putih.

Bila kita terjaga, kita akan rasa mengantuk kan? Jadi sediakan air putih dekat sebelah kita. Bila terjaga je, terus bangun dan minum air putih. Cara ini juga sangat berkesan untuk hilangkan mengantuk waktu bangun sahur.

Kemudian, terus bangun dan basuh muka. Biar tubuh kita terus segar.

#5. Rasa bersyukur.

Ini paling penting. Bila buka mata, terus rasa bersyukur masih diberikan kesempatan untuk buka mata dan hidup di atas muka bumi Allah. Atau mungkin, kita buka mata di atas katil kita sendiri. Ada anak isteri di sekeliling kita, ada keluarga. Itu nikmat Allah tu. Jadi bersyukurlah dan bangunlah bersahur.

#6. Ambil berkah bersahur.

Akhir sekali, Cara hilangkan mengantuk waktu bangun sahur adalah, berkah bersahur itu sendiri. Banyak nikmatnya Allah beri pada mereka yang bangun sahur ni. Jadi kalau kita faham akan perkara ini, kita akan pasti bangun sahur tanpa ada alasan langsung.

Oklah, itu sahaja 6 Cara hilangkan mengantuk waktu bangun sahur dan semoga tips ini memberi manfaat kepada semua ya! insyaAllah, selamat berpuasa kepada seluruh umat islam seluruh dunia. Semoga Ramadan kali ini memberi kita 1001 kebaikan. Aminn.

perintah kawalan pergerakan (PKP) dilanjutkan lagi

Perintah berkurung di lanjutkan lagi! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Seperti yang di jangka kan, perintah kawalan pergerakan (PKP) akan dilanjutkan lagi sehingga 12 Mei 2020. Ini atas kerana nasihat daripada kementerian kesihatan Malaysia berhubung kes positif yang dilaporkan masih direkodkan setiap hari. Walaupun pada mata kita, kes positif covid-19 semakin rendah, namun tidak mustahil jika PKP ditamatkan awal, ianya akan kembali menunjukkan peningkatan.

Namun, Perdana menteri Malaysia memberikan khabaran gembira buat pelajar Malaysia yang berada di universiti untuk pulang ke kampung masing-masing. Ini sememangnya berita gembira buat mereka memandangkan umat islam akan mula berpuasa bermula esok, jumaat.

Dalam pengumuman khas perdana menteri tadi juga ada menyatakan bahawa kita perlu bersedia dengan pelbagai kemungkinan Perintah Kawalan Pergerakan ini bakal di lanjutkan lagi, dan mungkin, mungkin kita terpaksa beraya di rumah masing masing sahaja.

Ramadan tahun ini sememangnya memberikan sejarah buat kita semua. Kemudian, kebarangkalian kita terpaksa beraya di rumah sendiri sahaja. Namun, pastinya, ada hikmahnya yang Allah ini berikan kepada seluruh makhluk di atas muka bumi ini.

Apa pun, di dalam “kegelisahan” kita mendengar berita PKP di lanjutkan, ada “sinar” yang diberikan. Mungkin kerajaan sedang menimbangkan beberapa langkah wajar untuk “melonggarkan” sedikit perintah kawalan pergerakan ini. Longgar yang macamana itu tak pasti, tapi pastinya kerajaan tahu apa yang terbaik buat “rakyat Malaysia”.

Apa pun, mari kita bersama sama berdoa di dalam bulan penuh rahmat ini agar Allah angkat semula makhluk covid-19 ini ke langit dan mengembalikan semula keamanan dan kesejahteraan kehidupan di bumi. insyaAllah, kita pasti menang.

Selamat datang bulan yang di tunggu seluruh Umat Islam

Selamat datang bulan yang di tunggu seluruh Umat Islam | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, masih di berikan kesempatan untuk menulis dalam keadaan sihat walafiat. Alhamdulilah, seluruh ahli keluarga juga sihat, alhamdulilah. InsyaAllah,esok kita semua bakal memasuki bulan yang penuh rahmat, bulan Ramadan. Satu bulan yang di dalamnya penuh dengan rahmat Allah.

Malaysia ketika ini menunjukkan tanda tanda positif di dalam menangani wabak covid-19. Alhamdulilah. Dan pastinya, kita semua menginginkan Malaysia kembali aman damai dan seluruh daripada kita dapat hidup seperti biasa semula. Namun, ianya mungkin bukan dalam beberapa bulan terdekat.

Ramadan yang bakal kita lalui kali ini adalah yang pertama dalam sejarah hidup kita. Tiada bazaar ( yang mana sedikit mengugat rezeki rakan rakan kita yang berniaga) dan pastinya tiada juga solat terawih di surau mahupun masjid. Sememangnya ianya suatu yang menyedihkan semua namun kita harus menghadapinya bersama sama demi mengawal penyebaran wabak covid-19.

Banyak sebenarnya sejarah berlaku dalam tahun 2020 ini. Cuma apa yang diharapkan, kita sama sama berdoa agar Allah mengangkat kembali Makhluk ini naik ke langit. Kita sama sama berdoa agar bumi kembali aman dan sejahtera. Kita sama sama berdoa agar Allah memberi kesejahteraan kepada semua makhluk.

Semoga bulan yang penuh rahmat ini memberikan kita 1001 kebaikan dan pahala. Semoga Allah memudahkan kita semua menjalani bulan Ramadan 2020 ini dengan mudah dan bahagia. Semoga Allah melindungi kita semua dari Azab kubur dan fitnah dajal.

Salam Ramadan 2020 buat semua rakan rakan muslim dan rakyat Malaysia keseluruhannya.

Apakah maksud kes Sporadic?

Apakah maksud kes Sporadic? | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Esok kita akan memasuki fasa ke 3 PKP atau perintah kawalan pergerakan. Nampaknya dah sebulan juga rakyat Malaysia berada di rumah masing masing. Mengikut pada laporan Kementerian kesihatan Malaysia, kita hampir Berjaya mengawal wabak corona virus dalam tempoh PKP ini dan berharap Berjaya sepenuhnya dalam PKP Fasa 3. Tapi semalam, kita belajar 1 ayat baru daripada KP KKM iaitu Sporadic. Apakah bendanya itu?

Apakah maksud kes Sporadic?


Mengikut laporan semalam, sebanyak 69 kes sporadic di laporkan di negara ini. Ini merupakan 1 perkara yang agak merisaukan juga buat semua. Ini adalah kerana:

Kes sporadic merupakan kes seseorang individu itu tidak mempunyai sejarah perjalanan dan tidak berhubung dengan kontak rapat covid-19, tetapi dia telah disahkan positif covid-19.

Jika melihat kepada kes sebelum ini, kesemua mereka yang positif corona virus ini adalah mereka yang mempunyai sejarah perjalanan ke negara yang terjangkit dengan wabak ini dan mereka yang berhubung rapat dengan mereka yang positif covid 19.

Namun, bagi kes Sporadic ini, ianya berbeza sama sekali. Persoalan sekarang, bagaimana mereka boleh berjangkit?

Ini menunjukkan wabak ini bukanlah sesuatu yang biasa! Malah ianya adalah luar biasa! Virus ini sangat bahaya dalam Bahasa mudahnya. Setiap daripada kita haruslah menitik beratkan soal penjagaan kesihatan diri dan keluarga masing masing.

Jangan selalu berkumpul dengan jiran dan ahli keluarga dalam kelompok yang ramai. Ini adalah kerana corona virus mudah merebak dengan cara ini. Buat mereka yang perlu keluar, pastikan kerap basuh tangan dan mandi sebelum melakukan aktiviti lain di rumah.

Jika sebelum ini, kita menganggap semuanya biasa, sekarang kita perlu menjadi luar biasa! Jika perlu mandi lebih daripada 3 kali sehari, mandilah! Elakkan risiko kebarangkalian kita dan ahli keluarga dijangkiti dengan wabak covid-19.

Kalau ada rasa sayang yang mendalam terhadap ahli keluarga kita, semua daripada ahli keluarga haruslah memainkan peranan penting di dalam menjaga kesihatan dan kebersihan diri agar wabak ini tidak lagi berterusan.

Semoga Malaysia Berjaya mengawal dan kembali menjadi aman. Semoga seluruh dunia juga kembali bersih daripada wabak ini. Amin ya Rabb.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini merupakan minggu keempat seluruh rakyat Malaysia “berkurung di rumah” atau dalam kata lainnya, menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Boleh dikatakan hampir sebulan jugalah kita semua berada di rumah masing-masing. Dan mungkin ada di kalangan kita tak sabar sabar menunggu keputusan samada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan atau tidak pada 10hb april 2020 nanti. Harapan kami, agar ianya tidak bersambung.

Namun, harapan sahaja tidak cukup memandangkan wabak Covid-19 ini langsung tidak menunjukan penurunan. Saban hari ada sahaja pertambahan kes di Malaysia. Itu baru di negara kita, jika melihat kepada negara luar, ada negara yang menunjukkan peningkatan mendadak sekaligus mewujudkan kebimbangan ketara pada keseluruhannya!

Apa yang mengusarkan aku ketika ini, andaikata Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini tidak di sambung. Ini bermakna, rakyat Malaysia boleh menjalani kehidupan seperti biasa. Bagaimana pula dengan kawalan wabak corona virus ini? Cuba lihat baru baru ini, di kawasan masjid india, kerajaan telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Itu tidak termasuk dengan beberapa kawasan lain. Di Melaka contohnya, kawasan jasin telah diumumkan sebagai zon merah. Ini menunjukkan Covid-19 ini masih belum selesai. Cuba bayangkan kalau ianya tidak di sambung dan sekolah dibuka seperti biasa. Aku sangat risau dengan keadaan bersesak sesak anak anak kita disekolah. Bagaimana nak kawal keadaan itu?

Kementerian kesihatan juga ada memberitahu, andai kata Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak dilanjutkan, kita semua tidak digalakkan berada di tempat tempat yang ramai orang dalam masa lebih kurang 6 hingga 1 tahun! Cuba bayangkan berapa lama? Ini bermaksud nak pergi kenduri kahwin tak boleh, nak pergi mall tak boleh, pendek kata, kita masih perlu berada di rumah.

Apa pun, aku sangat berharap agar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan. Aku faham, ada sesetengah daripada kita bakal terjejas pendapatan mereka jika ianya dilanjutkan. Dan mungkin kerajaan boleh memberikan kelongaran kepada kawasan kawasan yang tidak kritikal. Agar kehidupan dikawasan tersebut kembali normal.

Tetapi, masing-masing perlu ada kesedaran untuk kita sama sama mengawal wabak ini daripada berterusan. Kalau masing masing jaga, aku pasti Malaysia pasti Berjaya! Tapi biasalah dalam setandan pisang mesti ada yang tidak elok. Namun, ianya bukan melibatkan individu malah negara. Jadi kita kena sama sama jaga atau bersedialah berhadapan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan!

Newer Posts
Older Posts

Find Here

Translate

Terima Kasih!

Powered by Blogger.

Cerita Lama

  • ►  2022 (23)
    • ►  October (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (4)
    • ►  March (10)
    • ►  February (4)
    • ►  January (1)
  • ►  2021 (108)
    • ►  December (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (14)
    • ►  May (8)
    • ►  April (17)
    • ►  March (19)
    • ►  February (19)
    • ►  January (21)
  • ▼  2020 (82)
    • ►  December (4)
    • ►  November (7)
    • ►  October (1)
    • ►  September (7)
    • ►  August (6)
    • ►  July (4)
    • ►  May (7)
    • ▼  April (6)
      • Orang Melaka dah boleh Bayar Zakat Fitrah secara o...
      • Cara hilangkan mengantuk waktu bangun sahur
      • Perintah berkurung di lanjutkan lagi!
      • Selamat datang bulan yang di tunggu seluruh Umat I...
      • Apakah maksud kes Sporadic?
      • Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan!
    • ►  March (12)
    • ►  February (17)
    • ►  January (11)
  • ►  2019 (50)
    • ►  December (5)
    • ►  November (6)
    • ►  October (13)
    • ►  September (4)
    • ►  August (2)
    • ►  July (3)
    • ►  June (2)
    • ►  May (10)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2018 (44)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (9)
    • ►  April (1)
    • ►  March (2)
    • ►  February (12)
    • ►  January (13)
  • ►  2017 (182)
    • ►  December (7)
    • ►  November (9)
    • ►  October (24)
    • ►  September (15)
    • ►  August (26)
    • ►  July (17)
    • ►  June (6)
    • ►  May (25)
    • ►  April (28)
    • ►  March (24)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (6)
    • ►  December (1)
    • ►  November (5)
  • ►  2015 (19)
    • ►  October (19)

My Blog List

  • VOCKET
    SKMM Arahkan Syarikat Telekomunikasi Halang Pautan URL Dalam SMS
  • Denaihati – Blog Tips Kehidupan
    Maksud Doa qunut subuh
  • Aliff Channel
    Pengemis Warga Asing Raih Pendapatan RM500 Sehari?
  • Blog Lifestyle Otai Blogger Malaysia
    Kos Yuran Masuk ke MRSM Tingkatan 1
  • Bro Framestone
    Selebriti Hadir Memeriahkan Nostalgia Retro Raya & MAHA BUFFET di Maeps, Serdang
  • The Patriots
    Genting Bidai: Laluan Lama Selangor-Pahang
  • It's Poobritney!
    Special Announcement for All of You!
  • sayidahnapisahdotcom
    Senarai Penuh Kabinet Baru Menteri Malaysia PM Anwar 2022
  • MrEjoy
    Baru ada peluang untuk menulis..
  • Syok Makan
    5 kelebihan air rendaman kurma yang ramai tidak tahu
  • ahmadfaizal.com
    Hari Anugerah Cemerlang Budak Sekolah
  • Cik Epal
    Yayyy! Instagram Cik Epal dah verified!
  • Maria Yusoff
    Kerabu ulam Sempoi
  • SukaShares
    Anda pasti tak percaya dengan hadiah wang tunai yang dimenangi Juara Piala Dunia 2018 ini!
  • Jutawanbitcoin
    Harga bitcoin terus naik dan menaik!
  • Makan jer Kerja! | Your Blog Description
Show 5 Show All

Trending!

  • Cara mudah tukarkan Sijil SSP BSN kepada wang tunai.
  • 3 Idea buat duit online 2017
  • Cara paling mudah tukar template blog.
  • Apakah maksud mimpi kutip duit syiling menurut islam
Blogged.my

Rakan Mrejoy

@INSTAGRAM
Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates