Apakah maksud kes Sporadic?

Apakah maksud kes
Sporadic? | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Esok kita akan memasuki
fasa ke 3 PKP atau perintah kawalan pergerakan. Nampaknya dah sebulan juga
rakyat Malaysia berada di rumah masing masing. Mengikut pada laporan
Kementerian kesihatan Malaysia, kita hampir Berjaya mengawal wabak corona virus
dalam tempoh PKP ini dan berharap Berjaya sepenuhnya dalam PKP Fasa 3. Tapi semalam,
kita belajar 1 ayat baru daripada KP KKM iaitu Sporadic. Apakah bendanya itu?
Apakah maksud kes Sporadic?
Mengikut laporan semalam, sebanyak 69 kes sporadic di
laporkan di negara ini. Ini merupakan 1 perkara yang agak merisaukan juga buat
semua. Ini adalah kerana:
Kes sporadic merupakan kes seseorang individu itu tidak mempunyai sejarah perjalanan dan tidak berhubung dengan kontak rapat covid-19, tetapi dia telah disahkan positif covid-19.
Jika melihat kepada kes sebelum ini, kesemua mereka yang
positif corona virus ini adalah mereka yang mempunyai sejarah perjalanan ke
negara yang terjangkit dengan wabak ini dan mereka yang berhubung rapat dengan
mereka yang positif covid 19.
Namun, bagi kes Sporadic ini, ianya berbeza sama sekali. Persoalan
sekarang, bagaimana mereka boleh berjangkit?
Ini menunjukkan wabak ini bukanlah sesuatu yang biasa! Malah
ianya adalah luar biasa! Virus ini sangat bahaya dalam Bahasa mudahnya. Setiap daripada
kita haruslah menitik beratkan soal penjagaan kesihatan diri dan keluarga
masing masing.
Jangan selalu berkumpul dengan jiran dan ahli keluarga dalam
kelompok yang ramai. Ini adalah kerana corona virus mudah merebak dengan cara
ini. Buat mereka yang perlu keluar, pastikan kerap basuh tangan dan mandi
sebelum melakukan aktiviti lain di rumah.
Jika sebelum ini, kita menganggap semuanya biasa, sekarang
kita perlu menjadi luar biasa! Jika perlu mandi lebih daripada 3 kali sehari,
mandilah! Elakkan risiko kebarangkalian kita dan ahli keluarga dijangkiti
dengan wabak covid-19.
Kalau ada rasa sayang yang mendalam terhadap ahli keluarga
kita, semua daripada ahli keluarga haruslah memainkan peranan penting di dalam
menjaga kesihatan dan kebersihan diri agar wabak ini tidak lagi berterusan.
Semoga Malaysia Berjaya mengawal dan kembali menjadi aman. Semoga
seluruh dunia juga kembali bersih daripada wabak ini. Amin ya Rabb.
0 Comments