Cara hilangkan mengantuk waktu bangun sahur

Cara hilangkan
mengantuk waktu bangun sahur | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di antara
perkara yang “paling sukar” buat sesetengah orang adalah bangun sahur. Dan atas
sebab itu, ramai yang “sahur awal” iaitu makan sebelum mereka masuk tidur. Namun,
jika semua memahami akan banyaknya kebaikan dan nikmatnya bangun sahur ini,
pasti apa jua keadaan, mereka akan paksa diri untuk bangun bersahur. Baik, hari
ini aku cuba nak kongsikan beberapa tips Cara
hilangkan mengantuk waktu bangun sahur.
Oklah, sebenarnya benda ini mudah sahaja, namun sangat sukar
buat mereka yang dah set dalam minda awal-awal malas nak bangun bersahur, dan
tips pertama Cara hilangkan mengantuk
waktu bangun sahur adalah:
#1. Setkan dalam minda nak bangun sahur.
Ini penting. Sebelum tidur, niat awal awal, aku nak bangun
sahur awal pagi nanti. Aku nak ambil berkah mereka yang bangun bersahur. Bila kita
dah set awal awal dalam minda kita, insyaAllah, kita akan bangun dengan
sendirinya dan tanpa rasa mengantuk pun.
#2. Tidur awal.
Nak bangun sahur awal pagi, kenalah tidur awal. Bila kita
tidur lewat, contohnya tidur jam 0200, kemudian nak bangun jam 0430, memang
akan rasa mengantuk ya amat punya! Sebab badan kita kurang rehat. Jadi, tidur awal,
boleh bangun lebih awal untuk bersahur.
#3. Siapkan menu yang menarik.
Ada kes di mana, mereka malas nak bangun sahur sebab menu
tak berapa nak menarik. Jadi semangat nak bangun tu kurang. Dah terjaga, tapi
lebih fikirkan tidur lebih penting maka mereka pun sambung tidur.
Dalam bulan puasa ni, biasanya menu berbuka kita pasti lain macam
daripada bulan biasa kan, jadi pelbagaikan juga menu waktu bersahur, kita pun
akan rasa lebih bersemangat untuk bangun sahur.
#4. Minum air putih.
Bila kita terjaga, kita akan rasa mengantuk kan? Jadi sediakan
air putih dekat sebelah kita. Bila terjaga je, terus bangun dan minum air
putih. Cara ini juga sangat berkesan untuk
hilangkan mengantuk waktu bangun sahur.
Kemudian, terus bangun dan basuh muka. Biar tubuh kita terus
segar.
#5. Rasa bersyukur.
Ini paling penting. Bila buka mata, terus rasa bersyukur
masih diberikan kesempatan untuk buka mata dan hidup di atas muka bumi Allah. Atau
mungkin, kita buka mata di atas katil kita sendiri. Ada anak isteri di
sekeliling kita, ada keluarga. Itu nikmat Allah tu. Jadi bersyukurlah dan
bangunlah bersahur.
#6. Ambil berkah bersahur.
Akhir sekali, Cara hilangkan
mengantuk waktu bangun sahur adalah, berkah bersahur itu sendiri. Banyak nikmatnya
Allah beri pada mereka yang bangun sahur ni. Jadi kalau kita faham akan perkara
ini, kita akan pasti bangun sahur tanpa ada alasan langsung.
Oklah, itu sahaja 6 Cara
hilangkan mengantuk waktu bangun sahur dan semoga tips ini memberi manfaat
kepada semua ya! insyaAllah, selamat berpuasa kepada seluruh umat islam seluruh
dunia. Semoga Ramadan kali ini memberi kita 1001 kebaikan. Aminn.
0 Comments