Perintah berkurung di lanjutkan lagi!

Perintah berkurung di
lanjutkan lagi! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Seperti yang di
jangka kan, perintah kawalan pergerakan (PKP) akan dilanjutkan lagi sehingga 12
Mei 2020. Ini atas kerana nasihat daripada kementerian kesihatan Malaysia berhubung
kes positif yang dilaporkan masih direkodkan setiap hari. Walaupun pada mata
kita, kes positif covid-19 semakin rendah, namun tidak mustahil jika PKP
ditamatkan awal, ianya akan kembali menunjukkan peningkatan.
Namun, Perdana menteri Malaysia memberikan khabaran gembira
buat pelajar Malaysia yang berada di universiti untuk pulang ke kampung masing-masing.
Ini sememangnya berita gembira buat mereka memandangkan umat islam akan mula
berpuasa bermula esok, jumaat.
Dalam pengumuman khas perdana menteri tadi juga ada
menyatakan bahawa kita perlu bersedia dengan pelbagai kemungkinan Perintah
Kawalan Pergerakan ini bakal di lanjutkan lagi, dan mungkin, mungkin kita
terpaksa beraya di rumah masing masing sahaja.
Ramadan tahun ini sememangnya memberikan sejarah buat kita
semua. Kemudian, kebarangkalian kita terpaksa beraya di rumah sendiri sahaja. Namun,
pastinya, ada hikmahnya yang Allah ini berikan kepada seluruh makhluk di atas
muka bumi ini.
Apa pun, mari kita bersama sama berdoa di dalam bulan penuh
rahmat ini agar Allah angkat semula makhluk covid-19 ini ke langit dan
mengembalikan semula keamanan dan kesejahteraan kehidupan di bumi. insyaAllah,
kita pasti menang.
0 Comments