Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan!

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan! | Assalamualaikum dan salam
sejahtera. Hari ini merupakan minggu keempat seluruh rakyat Malaysia “berkurung
di rumah” atau dalam kata lainnya, menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Boleh dikatakan hampir sebulan
jugalah kita semua berada di rumah masing-masing. Dan mungkin ada di kalangan
kita tak sabar sabar menunggu keputusan samada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan atau tidak pada 10hb
april 2020 nanti. Harapan kami, agar ianya tidak bersambung.
Namun,
harapan sahaja tidak cukup memandangkan wabak Covid-19 ini langsung tidak
menunjukan penurunan. Saban hari ada sahaja pertambahan kes di Malaysia. Itu baru
di negara kita, jika melihat kepada negara luar, ada negara yang menunjukkan peningkatan
mendadak sekaligus mewujudkan kebimbangan ketara pada keseluruhannya!
Apa yang
mengusarkan aku ketika ini, andaikata Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) ini tidak di sambung. Ini bermakna, rakyat Malaysia
boleh menjalani kehidupan seperti biasa. Bagaimana pula dengan kawalan wabak
corona virus ini? Cuba lihat baru baru ini, di kawasan masjid india, kerajaan
telah mengumumkan Perintah Kawalan
Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Itu tidak
termasuk dengan beberapa kawasan lain. Di Melaka contohnya, kawasan jasin telah
diumumkan sebagai zon merah. Ini menunjukkan Covid-19 ini masih belum selesai. Cuba
bayangkan kalau ianya tidak di sambung dan sekolah dibuka seperti biasa. Aku sangat
risau dengan keadaan bersesak sesak anak anak kita disekolah. Bagaimana nak
kawal keadaan itu?
Kementerian
kesihatan juga ada memberitahu, andai kata Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) tidak dilanjutkan, kita semua tidak digalakkan
berada di tempat tempat yang ramai orang dalam masa lebih kurang 6 hingga 1
tahun! Cuba bayangkan berapa lama? Ini bermaksud nak pergi kenduri kahwin tak
boleh, nak pergi mall tak boleh, pendek kata, kita masih perlu berada di rumah.
Apa pun,
aku sangat berharap agar Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan. Aku faham, ada sesetengah daripada
kita bakal terjejas pendapatan mereka jika ianya dilanjutkan. Dan mungkin
kerajaan boleh memberikan kelongaran kepada kawasan kawasan yang tidak
kritikal. Agar kehidupan dikawasan tersebut kembali normal.
Tetapi,
masing-masing perlu ada kesedaran untuk kita sama sama mengawal wabak ini
daripada berterusan. Kalau masing masing jaga, aku pasti Malaysia pasti Berjaya!
Tapi biasalah dalam setandan pisang mesti ada yang tidak elok. Namun, ianya
bukan melibatkan individu malah negara. Jadi kita kena sama sama jaga atau
bersedialah berhadapan dengan Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan!
0 Comments