facebook twitter tumblr instagram linkedin
  • Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Learn Blogging
  • Documentation
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Download This Template

Mrejoy

Aidilfitri 2020 yang penuh bermakna

Aidilfitri 2020 yang penuh bermakna | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, hari ini umat islam seluruh dunia menyambut syawal. Sebulan kita berpuasa dalam keadaan yang serba baru. Kini syawal tiba juga dalam suasana yang juga baru. Satu suasana yang tidak pernah kita terfikir pun akan berlaku dalam hidup kita. Negara kita kini masih  berhadapan dengan wabak covid 19.

Raya kali ini pastinya akan menjadi kenangan buat kita semua. Memandang ramai yang tidak dapat pulang ke kampung kerana terikat dengan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB), yang tidak membenarkan merentas negeri.

Walaupun pada awalnya kerajaan telah membenarkan mana mana individu untuk merentas negeri dengan syarat mendapat perlepasan daripada pihak polis. Namun arahan tersebut telah ditarik semula kerana terdapat 1 kes baru di Kelantan yang mana melibatkan rentas negeri. Aku tak mahu tulis panjang mengenai kes ini memandangkan hampir semua daripada kita dah tahu.

Cumanya ada sedikit kekecewaan di situ. Yelah, ramai yang sebelum ini sudah pun mendapat kebenaran merentas negeri. Tapi dek kerana 1 kes ini, semua terbatal dengan sendirinya. Mereka yang dah lama terpisah dengan anak & suami terpaksa menerima hakikat yang mereka terpaksa kembali “berkurung” di negeri masing-masing.

Covid-19 dijangka kekal untuk tempoh yang lama!


Aku sehingga hari ini terfikir, baru-baru ini WHO memberitahu, kita terpaksa hidup dengan covid untuk tempoh masa yang lama. Berkemungkinan selama 5 tahun! Jadi adakah kita terpaksa hidup dalam keadaan seperti sekarang untuk tempoh tersebut? Mana mungkin kan?

Cuba bayangkan bilamana kerajaan tamatkan PKPB ni, dan tiba-tiba kes meningkat semula. Sudah tentu kerajaan akan kuat kuasakan semula PKP ni kan? Dan dah tentu kita terpaksa berkurung lagi? Jadi macamana keluarga yang tinggal jauh? Memang terlalu banyak persoalan yang bermain dalam minda aku sekarang ni.

Kalau kita baca dekat media sosial pun, memang ramai yang menyatakan kegusaran ini. Namun, apa sahaja yang kita mampu buat? Tindakan kerajaan pastinya yang terbaik untuk seluruh rakyat Malaysia. Cuma yang masih menjadi tanda Tanya, sampai bila?

Perdana menteri ada beritahu, sehingga seluruh rakyat Malaysia sudah biasa dengan norma baharu, maka ketika itulah kerajaan akan keluarkan arahan penamatan PKP. Aku sendiri tak pasti adakah kita semua akan biasa dengan norma baru ni sebabnya, tengoklah sekeliling kita sekarang, adakah kita yakin semua akan ikut norma baru ini?

Apa pun, kami rakyat Malaysia berdoa agar ada penawar kepada wabak ini dan arahan kawalan pergerakan ini akan segera di tamatkan. Namun, pastinya, kehidupan kita semua tidak akan sama seperti sebelum ini. Kita akan mulakan kehidupan baru. Yang 100% adalah baru.

Cara terbaik gandakan income adsense

Cara terbaik gandakan income adsense | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Agak lama juga aku tidak menulis mengenai adsense ini. Tapi dalam beberapa hari ini, banyak cerita mengenai adsense yang muncul. Rasanya mungkin cerita google adsense ini datang selepas seorang youtuber Malaysia yang aku kira agak viral sekarang ini, puan Sugu Pavithra kini dibayar oleh google. Ramai yang tak tahu rupanya yang kita boleh jana income dengan google. Hari ini aku kongsikan sedikit apa yang aku tahu.

Orait. Macam kes Sugu Pavithra ni, dia jana income melalui youtube. Dia buat channel dan lulus beberapa syarat yang ditetapkan oleh google dan dia apply account google adsense. Selepas itu pendapatan dia akan dibayar melalui views/klik yang terhasil daripada video dia. Lebih banyak views dan subscribe akaun, lebih besar income yang bakal dia dapat.

Untuk jana income dengan youtube, aku tak boleh nak tulis panjang, sebab aku baru sahaja buat akaun youtube Mrejoy tapi belum ada video pun lagi. Belum sempat dan tak tahu nak buat niche apa. Jadinya sekarang aku lebih pada blog ini sahaja.

Cara terbaik gandakan income adsense dengan blog.


Baik, untuk jana income adsense dengan blog lebih kurang sama je dengan youtube. Kena lulus beberapa syarat yang ditetapkan oleh google barulah boleh dapat akaun adsense. Tapi hari ini aku bukanlah nak cerita macamana cara mudah nak dapatkan akaun adsense, tapi aku lebih kepada nak cerita cara nak gandakan income adsense.

Ok, untuk point pertama untuk gandakan income adsense adalah dengan inti atau isi blog kita itu sendiri. Cuba tengok balik blog kita ini cerita tentang apa, berapa traffic sehari. Adakah post yang kita tulis penuh dengan keyword. Yang mana benda ini akan membuatkan blog kita berada di first page.

Ada banyak kelebihan bila blog kita berada di first page antaranya ianya terbukti menarik lebih banyak traffic pada blog dan pastinya, penulisan kita itu penuh dengan keyword yang di cari pembaca. Kemudian, ramai pembaca hanya mencari info yang mereka mahukan hanya pada 3 page terawal.

Kedua, cuba fokus pada niche yang mahal.

Kalau kita memang fokus untuk jana income dengan blog melalui google adsense, kita perlu fokus dengan niche dengan bayaran per klik mahal contohnya insurans. Niche ini antara niche dengan bayaran klik yang mahal. Untung mereka yang ada pengetahuan tentang pelindungan insurans ini dan ada blog mengenainya.

Ketiga, pastikan template blog adalah jenis responsive.

Boleh dapatkan template responsive ini secara percuma (boleh cari di google) ataupun berbayar. Tak tahu macam mana nak tukar template, boleh dapatkan servis daripada mereka yang pakar tentang ini (hampir kebanyakkan blogger akan tukar template asal kepada template lain sebaik sahaja buat blog baru)

Keempat, kedudukan iklan.

Kedudukan iklan dan jenis iklan juga salah satu cara yang boleh kita gunakan untuk gandakan income adsense dengan blog. Kalau aku, aku cadangkan iklan google adsense diletakkan pada bahagian bawah header, pada bahagian tengah dan bahagian bawah post.

Untuk bahagian atas dan tengah aku lebih sukakan iklan berbentuk gambar. Untuk bahagian bawah post aku sukakan iklan berbentuk link. Cara ini juga terbukti terbaik untuk gandakan pendapatan blog korang. Tapi kalau malas nak pening pening, korang boleh pilih auto ads sahaja. Biar adsense sendiri yang buat keputusan nak letak iklan dekat mana. Hehehe.

Kelima. Tulis dengan tulisan yang betul.

Jangan tulis macam kita tulis mesej dengan kawan kawan dekat handphone. Tulisan ini juga main peranan penting untuk letakkan blog kita pada first page google. Kalau jenis yang suka tulis singkat sebelum ini, dah boleh mula ubah kepada tulisan penuh ya!

Ke enam, banyakkan menulis perkara yang memberi manfaat

Mungkin ramai yang menganggap, blog seperti diari online buat mereka. Betul, tiada yang salah. Tapi kalau korang nak buat income dengan blog, korang kena tulis perkara yang memberi manfaat kepada orang lain. Contoh, tulis resepi masakan mudah untuk orang bujang ke, tulis cara nak buat duit paling mudah ke, atau apa sahaja.

Dia macam ini, korang tulis apa yang korang rasa orang nak tahu. Mesti korang tertanya Tanya kan, macam mana nak tahu apa yang orang cari dekat carian google ni? Kalau aku, mudah sahaja. Contoh aku cari sesuatu dengan google. Bila aku dapat jawapannya, aku akan tulis dengan blog aku. Sebabnya, pasti ada orang yang sama mencari apa yang aku cari dekat google.

Kemudian, cuba lihat situasi semasa. Macam sekarang, kita dalam tempoh PKPB kan, ramai sebenarnya yang tak tahu, boleh atau tidak balik beraya. Atau boleh atau tidak merentas negeri, atau apa sahaja info mengenai PKPB ini, ha, jadinya korang tulis pasal benda ini.

Orait! Rasanya cukup itu sahaja tips Cara terbaik gandakan income adsense dengan blog yang boleh aku kongsikan dengan korang. Sebenarnya ada banyak lagi tips, tapi rasanya kalau kita ikut yang ini sahaja pun dah boleh berganda dah income kita dengan blog. Apa pun, aku doakan korang Berjaya jana income dengan google adsense ya!

ombak covid recession

Bersediakah anda dengan kebarangkalian keruntuhan ekonomi? | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Melihat kepada wabak covid-19 yang masih belum ada penyelesaian ini, ramai pakar yang menyatakan ekonomi dunia bakal lumpuh. Kalau kita tengok sekeliling kita sekarang pun, banyak perniagaan yang dah “gulung tikar”. Ramai yang dah terkesan awal dengan kesan daripada wabak ini. Persoalan sekarang, adakah kita semua bersedia untuk berhadapan dengan keruntuhan ekonomi yang dikatakan di antara yang terburuk pernah berlaku.

Ramai yang sudah diberhentikan kerja. Dan untuk dapat kerja baru dalam masa terdekat agak mustahil. Banyak bisnes yang belum memulakan operasi. Kalau dah mula operasi pun, pelangan yang datang tidak seperti dulu, kerana ramai yang masih mengamalkan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Jadi pendapatan perniagaan pasti terkesan. Itu belum cerita rakan rakan yang baru sahaja memulakan perniagaan awal tahun 2020, kemudian negara kita terkesan dengan wabak corona virus ini, kemudian kerajaan mengeluarkan perintah PKP, akhirnya, mereka tak mampu “Survive”, terpaksalah tutup perniagaan.

Kalau fikir logik, kita semua terpaksa terima norma baharu dalam hidup kita mulai sekarang. Yang mana benda ini, kalau lihat secara mendalam, memang akan beri kesan kepada ekonomi. Pada pendapat aku, ramai yang akan terus praktikan kehidupan semasa PKP dengan kehidupan selepas PKP.

Kalau sebelum ini, ada masanya bawa keluarga makan di luar (yang mana beri pendapatan kepada peniaga) mungkin selepas ini hanya masak sendiri di rumah. Atau mungkin bawa keluarga ke Mall, dan selepas habis PKP, tidak ada lagi istilah jalan jalan cuci mata. Yang menarik perhatian aku adalah peniaga peniaga kecil. Gerai makan, pasar malam atau pasar tani.

Buat masa sekarang, mungkin ramai yang boleh Tarik nafas lega kerana kerajaan memberikan pengecualian moratorium. Boleh tangguh dulu bayar rumah, kereta, pinjaman selama 6 bulan. Jadi ada banyak lebihan wang di situ.

Namun, harus di ingat juga, ianya hanya selama 6 bulan sahaja. Bermula bulan 10 ini, segala macam bayaran perlu dibayar. Waktu itu kita akan Nampak, segala macam kepayahan, perit jerih mereka yang pendapatan mereka terjejas terkesan dengan ekonomi.

Bagi mereka yang masih punya pendapatan, inilah masanya untuk tambah sedikit duit simpanan peribadi. Kerana daripada kajian, tidak ramai rakyat Malaysia yang mempunyai duit simpanan walaupun RM1,000. Jadi gunakanlah kelebihan moratorium ini dengan mewujudkan duit simpanan.

Buat mereka yang terkesan, masih ada banyak peluang untuk jana pendapatan antaranya mula belajar bisnes online. Kalau sebelum ini tak tahu pun, dalam norma baru ini, kita perlu ambil tahu. Ada banyak cara untuk jana pendapatan secara online.

Kita perlu belajar banyak benda baru dalam norma baru ini. Ianya sememangnya menjadi suatu cabaran buat kita semua. Mahu tak mahu, kita terpaksa. Kalau tidak mahu terkesan dengan ekonomi. Aku doakan kita semua mampu mengharungi cabaran ini dengan baik. Aku doakan juga rakan rakan yang terkesan akan dapat kerja baru dalam masa terdekat ini, insyaAllah. Semoga Allah mengabulkan doa kita semua. Aminnn.

dah boleh balik kampung

Dah boleh balik kampung! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sebenarnya aku masih berharap agar ada pengumuman daripada pihak kerajaan yang membenarkan pergerakan merentas negeri. Buat masa sekarang, pergerakan merentas negeri masih tidak dibenarkan di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Dalam tempoh PKPB ini, hanya pergerakan di dalam daerah sahaja yang dibenarkan. Dan untuk berhari raya, juga hanya dalam negeri yang sama dan limit untuk 20 orang sahaja di dalam rumah. Itupun untuk keluarga terdekat sahaja.

Kenapa aku nak sangat pulang ke kampung?

Agak lama juga aku tidak pulang ke kampung di kedah. Memang dah rancang untuk pulang ke kampung untuk berhari raya. Dah siap mintak cuti awal lagi untuk balik kampung. Tapi apakan daya, kes covid-19 masih panas. Walaupun negara kita mencatatkan keputusan yang agak positif di dalam menangani wabak ini, namun kita masih belum Berjaya!

Dan di antara sebab kenapa aku nak sangat balik kampung adalah sebab nak tengok ayah aku yang kurang sihat. Ayah aku mengidap penyakit kencing manis dan sebelah kaki sudah di potong. Arwah ibu dah lama meninggal dan juga kerana penyakit yang sama iaitu kencing manis.

Buat masa sekarang, aku Cuma dapat Tanya khabar melalui telefon dengan adik beradik yang tinggal di sana. Dengar cerita dengan kita lihat dengan mata kepala kita sendiri memang lain. Tak sama. Jadi atas sebab itu lah aku sangat-sangat berharap agar ada 1 berita daripada kerajaan yang membenarkan perjalanan merentas negeri untuk pulang berhari raya ini.

Memang benar, wabak ini masih berlegar legar di luar sana. Dan daripada ucapan perdana menteri Malaysia baru baru ini, kita berkemungkinan perlu hidup dengan wabak ini dalam tempoh yang lama. Adakah kita perlu hidup dalam tempoh PKPB ini untuk tempoh yang lama lagi?

Memang benar, pihak kerajaan sedang membiasakan kita dengan norma baru. Kita sedang dibiasakan dalam kehidupan yang baru. Yang pastinya tidak akan sama seperti sebelum ini. Selagi mana belum ada vaksin, selagi itulah kita akan hidup seperti sekarang.

Apa pun, dalam bulan yang mulia ini, mari kita sama sama berdoa memohon agar Allah angkat semula wabak ini ke langit dan mengembalikan semula keamanan di bumi ini. Semoga kita semua dilindungi oleh Allah daripada wabak dan penyakit yang berbahaya. insyaAllah, aminnn.

perintah PKPB tambahan lagi 4 minggu

Setelah hampir 2 bulan bercuti, akhirnya.. | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semalam, Perdana menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) akan dilanjutkan lagi sehingga 9 jun. Ini bermakna, rakyat Malaysia perlu menjalani perintah PKPB tambahan lagi 4 minggu. Sejak bermulanya PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) Fasa 1 iaitu pada 18 Mac Hingga 31 Mac 2020, ramai yang mula bekerja daripada rumah termasuklah aku.
Kemudian, PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dilanjutkan lagi dengan fasa 2 (1 April 2020 – 14 April 2020), Fasa 3 (15 April – 28 April 2020), Fasa 4 (29 April – 13 Mei 2020) dan seterusnya sekarang kita berada di dalam PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) sehingga 9 Jun 2020.
Agak lama juga kita semua “terpaksa” berkurung di rumah. Dan rasanya semua sudah tahu, sebenarnya tempoh “berkurung” akan menjadi lebih lama memandangkan tiada lagi vaksin untuk wabak Covid-19 ini.
Sejak perintah berkurung di diadakan, ramai sebenarnya yang terkesan. Terutamanya mereka yang baru memulakan perniagaan. Banyak bisnes yang tutup. Ramai yang terkesan dengan pendapatan kerana tak boleh berniaga. Dan macam-macam lagi kisah yang tak perlu aku tulis pun dekat sini.
Setelah hampir 2 bulan bercuti, akhirnya..
Namun, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Masih ada yang bekerja dan mencari rezeki. Tak kurang juga wujud ramai “jutawan” baru sepanjang PKP ini dijalankan di Malaysia. Dan masih belum terlambat untuk aku ucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua barisan hadapan yang bertungkus lumus melawan wabak corona virus ini, terima kasih!
Dan alhamdulilah, setelah hampir 2 bulan “bercuti”, aku akhirnya akan kembali bekerja! Ianya pasti sesuatu yang menyeronokkan kerana masih ada kerja dan pastinya masih ada pendapatan untuk keluarga. Namun, yelah, lama cuti kan, nak mula berkerja tu, ada lemah sedikit. Hahahaha.
Tapi, macam yang aku sebutkan tadi, sepatutnya perlu ada banyak rasa syukur kerana kita masih ada kerja. Kalau lihat pada rakan-rakan yang ditamatkan perkhidmatan, bagaimana mereka nak “survive” dengan keadaan ekonomi yang tak menentu sekarang ni.
Banyak bisnes yang terpaksa gulung tikar akibat wabak covid-19 ini. Aku doakan rakan-rakan yang terkesan, agar di permudahkan dan dimewahkan rezeki hendaknya. insyaAllah, pasti ada rezeki yang besar untuk rakan-rakan semua.
Oklah! Bersedialah Mrejoy untuk kembali bekerja setelah hampir 2 bulan bangun lewat pagi!! Hahahaha.


Tanda tanda malam Lailatul qadar,kebaikan 1000 bulan | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di antara yang di nantikan apabila tibanya bulan Ramadan adalah malam lailatul qadar. Suatu malam yang penuh rahmat. Yang digelarkan satu malam yang penuh keberkatan dan malam yang lebih baik daripada 1000 bulan! Namun ketahuilah tidak semua orang tahu bila hari yang sebenarnya berlaku lailatul qadar ini. Ianya adalah rahsia dari yang maha esa buat seluruh umat islam yang mencarinya, pasti bertemu jua.

Namun, banyak yang mengatakan carilah malam Lailatul qadar ini pada 10 malam terakhir Ramadan. Jadinya seluruh umat islam perbanyakkanlah ibadat pada waktu ini.

Kelebihan malam lailatul qadar.


Allah menyebut malam lailatul qadar sebagai malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Ini bermaksud mereka yang beribadah pada malam tersebut, seumpama memiliki pahala beribadah selama 1000 bulan, bahkan ianya lebih baik daripada 1000 bulan!

Bayangkan jika kita membaca Al-quran atau berzikir atau bertahajud pada malam tersebut, ibarat kita beribadah selama 1000 bulan tanpa henti.

Tanda tanda malam Lailatul qadar,kebaikan 1000 bulan.


Ramai sebenarnya yang mencari malam lailatul qadar ini, namun Allah sahajalah yang lebih mengetahui bilakah hari sebenarnya. Namun, Rasullulah S.A.W memberi tanda tanda yang menyatakan bahawa lailatul qadar berlaku pada 10 hari terakhir Ramadan.

1 - Diantara tanda berlakunya malam lailatul qadar adalah bulan terbit seperti potongan bekas simpanan air, suasana malam tersebut juga tenang, nyaman dan tenteram, tidak panas dan tidak pula sejuk.

2 - Pada awal paginya pula, diceritakan bahawa matahari terbit dengan sinaran yang tidak terlalu silau atau terlalu panas terik.

3 - Ada pula yang mengatakan bahawa pada malam lailatul qadar sunyi sepi. Langsung tiada bunyi. Maka ketahuilah bahawa malam tersebut adalah hari yang di cari cari.

Namun, janganlah kita terlalu fokus kepada mencari malam tersebut kerana setiap hari dalam bulan Ramadan adalah sangat bermakna buat seluruh umat islam. Maka kekal lah berbuat amalan dan kebaikan. Bertemu dengan malam lailatul qadar adalah bonus. Berada di dalam bulan Ramadan adalah anugerah Allah pada semua.

Semoga Ramadan kali ini memberi 1001 makna kepada kita semua, aminn.

15 ramadan jumaat tahun 2020..

15 ramadan jumaat tahun 2020 | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, sudah 15 hari kita berada di dalam bulan Ramadan 2020. 1 tahun yang penuh dengan sejarah hidup kita semua. Suatu keadaan di mana kita semua sedang menjalani kehidupan new normal. Dalam keadaan kita semua sedang menjalani Perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) dalam melawan wabak covid-19. insyaAllah, semoga Allah mengangkat semula wabak ini naik ke langit pada Ramadan ke 15, hari jumaat tahun 2020 ini. Aminn.

Dalam beberapa hari ini, rasa sejuk je, awal pagi ini, angin sejuk dapat kita rasa. Langit mendung seperti mahu turun hujan. Kehidupan awal pagi seperti biasa cumanya sudah banyak pergerakkan kenderaan di atas jalan raya. Burung masih berkicau. Ayam masih berkokok. Pendek kata, manusia masih menjalani kehidupan seperti biasa.

Bila kita sebut 15 ramadan jumaat tahun 2020, kita semua baru sahaja dikejutkan dengan perginya salah seorang guru agama yang disegani awal pagi tadi. Allahyarham ustaz Dato’ haji Ismail bin Kamus. Mulanya beredar berita perginya tuan guru seawal ini lagi, namun Allah jemput beliau pada awal pagi jumaat, dalam bulan yang penuh dengan rahmat ini.

Dalam tahun ini juga, banyak berita kematian yang melibatkan guru guru agama. Baik di dalam Malaysia mahupun luar negara. Ini sebenarnya bukanlah suatu berita yang mengembirakan kerana perginya mereka pastinya dengan ilmu ilmu dan panduan mereka. Jika semakin kurang guru guru agama, maka kita pastinya hilang tempat rujukan dan panduan

15 ramadan jumaat tahun 2020 juga banyak diperkatakan oleh ramai orang sebelum ini. Pelbagai cerita dan rumusan yang dikongsikan. Tak kurang juga yang menimbulkan banyak perasaan kurang senang bagi sesetengah pihak. Ada yang terlalu memikirkannya sehingga menimbulkan kegusaran melampau buat diri dan orang terdekat.

Aku tak mahu tulis panjang mengenai hal ini kerana ianya telah banyak dikongsikan sebelum ini. Taip sahaja 15 ramadan jumaat tahun 2020 pasti ada banyak cerita tentangnya. Namun, harus diingatkan, menjadi risau sahaja tidak memberi makna jika kita sendiri tidak berubah. Kalau kita masih dengan diri kita yang lalai sebelum ini, maka masih ada masa untuk kita berubah.

Jadikan bulan Ramadan kali ini memberikan kita semua 1001 makna. Jadikan juga bulan ini sebagai titik permulaan untuk kita semua berubah kearah yang lebih baik. Selagi mana nyawa di kandung badan, selagi itu kita masih boleh berubah. insyaAllah. Semoga Ramadan kali ini menjadikan kita lebih bersyukur dengan apa yang kita ada selama ini.

Newer Posts
Older Posts

Find Here

Translate

Terima Kasih!

Powered by Blogger.

Cerita Lama

  • ►  2022 (23)
    • ►  October (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (4)
    • ►  March (10)
    • ►  February (4)
    • ►  January (1)
  • ►  2021 (108)
    • ►  December (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (14)
    • ►  May (8)
    • ►  April (17)
    • ►  March (19)
    • ►  February (19)
    • ►  January (21)
  • ▼  2020 (82)
    • ►  December (4)
    • ►  November (7)
    • ►  October (1)
    • ►  September (7)
    • ►  August (6)
    • ►  July (4)
    • ▼  May (7)
      • Aidilfitri 2020 yang penuh bermakna
      • Cara terbaik gandakan income adsense
      • Bersediakah anda dengan kebarangkalian keruntuhan ...
      • Dah boleh balik kampung!
      • Setelah hampir 2 bulan bercuti, akhirnya..
      • Tanda tanda malam Lailatul qadar,kebaikan 1000 bulan
      • 15 ramadan jumaat tahun 2020
    • ►  April (6)
    • ►  March (12)
    • ►  February (17)
    • ►  January (11)
  • ►  2019 (50)
    • ►  December (5)
    • ►  November (6)
    • ►  October (13)
    • ►  September (4)
    • ►  August (2)
    • ►  July (3)
    • ►  June (2)
    • ►  May (10)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2018 (44)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (9)
    • ►  April (1)
    • ►  March (2)
    • ►  February (12)
    • ►  January (13)
  • ►  2017 (182)
    • ►  December (7)
    • ►  November (9)
    • ►  October (24)
    • ►  September (15)
    • ►  August (26)
    • ►  July (17)
    • ►  June (6)
    • ►  May (25)
    • ►  April (28)
    • ►  March (24)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (6)
    • ►  December (1)
    • ►  November (5)
  • ►  2015 (19)
    • ►  October (19)

My Blog List

  • VOCKET
    SKMM Arahkan Syarikat Telekomunikasi Halang Pautan URL Dalam SMS
  • Denaihati – Blog Tips Kehidupan
    Maksud Doa qunut subuh
  • Aliff Channel
    Pengemis Warga Asing Raih Pendapatan RM500 Sehari?
  • Blog Lifestyle Otai Blogger Malaysia
    Kos Yuran Masuk ke MRSM Tingkatan 1
  • Bro Framestone
    Selebriti Hadir Memeriahkan Nostalgia Retro Raya & MAHA BUFFET di Maeps, Serdang
  • The Patriots
    Genting Bidai: Laluan Lama Selangor-Pahang
  • It's Poobritney!
    Special Announcement for All of You!
  • sayidahnapisahdotcom
    Senarai Penuh Kabinet Baru Menteri Malaysia PM Anwar 2022
  • MrEjoy
    Baru ada peluang untuk menulis..
  • Syok Makan
    5 kelebihan air rendaman kurma yang ramai tidak tahu
  • ahmadfaizal.com
    Hari Anugerah Cemerlang Budak Sekolah
  • Cik Epal
    Yayyy! Instagram Cik Epal dah verified!
  • Maria Yusoff
    Kerabu ulam Sempoi
  • SukaShares
    Anda pasti tak percaya dengan hadiah wang tunai yang dimenangi Juara Piala Dunia 2018 ini!
  • Jutawanbitcoin
    Harga bitcoin terus naik dan menaik!
  • Makan jer Kerja! | Your Blog Description
Show 5 Show All

Trending!

  • Cara mudah tukarkan Sijil SSP BSN kepada wang tunai.
  • 3 Idea buat duit online 2017
  • Cara paling mudah tukar template blog.
  • Apakah maksud mimpi kutip duit syiling menurut islam
Blogged.my

Rakan Mrejoy

@INSTAGRAM
Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates