15 ramadan jumaat tahun 2020

15 ramadan jumaat
tahun 2020 | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, sudah 15
hari kita berada di dalam bulan Ramadan 2020. 1 tahun yang penuh dengan sejarah
hidup kita semua. Suatu keadaan di mana kita semua sedang menjalani kehidupan
new normal. Dalam keadaan kita semua sedang menjalani Perintah kawalan
pergerakan bersyarat (PKPB) dalam melawan wabak covid-19. insyaAllah, semoga
Allah mengangkat semula wabak ini naik ke langit pada Ramadan ke 15, hari
jumaat tahun 2020 ini. Aminn.
Dalam beberapa hari ini, rasa sejuk je, awal pagi ini, angin
sejuk dapat kita rasa. Langit mendung seperti mahu turun hujan. Kehidupan awal
pagi seperti biasa cumanya sudah banyak pergerakkan kenderaan di atas jalan
raya. Burung masih berkicau. Ayam masih berkokok. Pendek kata, manusia masih
menjalani kehidupan seperti biasa.
Bila kita sebut 15
ramadan jumaat tahun 2020, kita semua baru sahaja dikejutkan dengan
perginya salah seorang guru agama yang disegani awal pagi tadi. Allahyarham ustaz Dato’ haji Ismail bin
Kamus. Mulanya beredar berita perginya tuan guru seawal ini lagi, namun
Allah jemput beliau pada awal pagi jumaat, dalam bulan yang penuh dengan rahmat
ini.
Dalam tahun ini juga, banyak berita kematian yang melibatkan
guru guru agama. Baik di dalam Malaysia mahupun luar negara. Ini sebenarnya
bukanlah suatu berita yang mengembirakan kerana perginya mereka pastinya dengan
ilmu ilmu dan panduan mereka. Jika semakin kurang guru guru agama, maka kita
pastinya hilang tempat rujukan dan panduan
15 ramadan jumaat
tahun 2020 juga banyak diperkatakan oleh ramai orang sebelum ini. Pelbagai
cerita dan rumusan yang dikongsikan. Tak kurang juga yang menimbulkan banyak
perasaan kurang senang bagi sesetengah pihak. Ada yang terlalu memikirkannya
sehingga menimbulkan kegusaran melampau buat diri dan orang terdekat.
Aku tak mahu tulis panjang mengenai hal ini kerana ianya
telah banyak dikongsikan sebelum ini. Taip sahaja 15 ramadan jumaat tahun 2020 pasti ada banyak cerita tentangnya. Namun,
harus diingatkan, menjadi risau sahaja tidak memberi makna jika kita sendiri
tidak berubah. Kalau kita masih dengan diri kita yang lalai sebelum ini, maka
masih ada masa untuk kita berubah.
Jadikan bulan Ramadan kali ini memberikan kita semua 1001
makna. Jadikan juga bulan ini sebagai titik permulaan untuk kita semua berubah kearah
yang lebih baik. Selagi mana nyawa di kandung badan, selagi itu kita masih
boleh berubah. insyaAllah. Semoga Ramadan kali ini menjadikan kita lebih
bersyukur dengan apa yang kita ada selama ini.
0 Comments