Setelah hampir 2 bulan bercuti, akhirnya..

Setelah hampir 2
bulan bercuti, akhirnya.. | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semalam, Perdana
menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan PKPB (Perintah
Kawalan Pergerakan Bersyarat) akan dilanjutkan lagi sehingga 9 jun. Ini
bermakna, rakyat Malaysia perlu menjalani perintah PKPB tambahan lagi 4 minggu.
Sejak bermulanya PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) Fasa 1 iaitu pada 18 Mac
Hingga 31 Mac 2020, ramai yang mula bekerja daripada rumah termasuklah aku.
Kemudian, PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dilanjutkan lagi dengan fasa 2 (1 April 2020 – 14 April 2020), Fasa 3 (15 April – 28 April 2020), Fasa 4 (29 April – 13 Mei 2020) dan seterusnya sekarang kita berada di dalam PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) sehingga 9 Jun 2020.
Agak lama juga kita semua “terpaksa”
berkurung di rumah. Dan rasanya semua sudah tahu, sebenarnya tempoh “berkurung”
akan menjadi lebih lama memandangkan tiada lagi vaksin untuk wabak Covid-19
ini.
Sejak perintah berkurung di
diadakan, ramai sebenarnya yang terkesan. Terutamanya mereka yang baru
memulakan perniagaan. Banyak bisnes yang tutup. Ramai yang terkesan dengan
pendapatan kerana tak boleh berniaga. Dan macam-macam lagi kisah yang tak perlu
aku tulis pun dekat sini.
Setelah hampir 2 bulan bercuti, akhirnya..
Namun, setiap apa yang berlaku
pasti ada hikmahnya. Masih ada yang bekerja dan mencari rezeki. Tak kurang juga
wujud ramai “jutawan” baru sepanjang PKP ini dijalankan di Malaysia. Dan masih
belum terlambat untuk aku ucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua barisan
hadapan yang bertungkus lumus melawan wabak corona virus ini, terima kasih!
Dan alhamdulilah, setelah hampir 2
bulan “bercuti”, aku akhirnya akan kembali bekerja! Ianya pasti sesuatu yang
menyeronokkan kerana masih ada kerja dan pastinya masih ada pendapatan untuk
keluarga. Namun, yelah, lama cuti kan, nak mula berkerja tu, ada lemah sedikit.
Hahahaha.
Tapi, macam yang aku sebutkan
tadi, sepatutnya perlu ada banyak rasa syukur kerana kita masih ada kerja. Kalau
lihat pada rakan-rakan yang ditamatkan perkhidmatan, bagaimana mereka nak “survive”
dengan keadaan ekonomi yang tak menentu sekarang ni.
Banyak bisnes yang terpaksa gulung
tikar akibat wabak covid-19 ini. Aku doakan rakan-rakan yang terkesan, agar di
permudahkan dan dimewahkan rezeki hendaknya. insyaAllah, pasti ada rezeki yang
besar untuk rakan-rakan semua.
Oklah! Bersedialah Mrejoy untuk
kembali bekerja setelah hampir 2 bulan bangun lewat pagi!! Hahahaha.
2 Comments
dah lama cikgu spt sy bercuti sampaikan dah rasa 'boring' tahap gaban d umah. harapnya 2 minggu lps raya ni sek boleh la dibuka setidak2nya utk calon2 public exam.
ReplyDeletegembira sebab dapat kerja dari 1 ramadan lagi
ReplyDeletesedihnya tahun nih beraya seorang diri