Aidilfitri 2020 yang penuh bermakna | MrEjoy

Aidilfitri 2020 yang penuh bermakna

Aidilfitri 2020 yang penuh bermakna

Aidilfitri 2020 yang penuh bermakna | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, hari ini umat islam seluruh dunia menyambut syawal. Sebulan kita berpuasa dalam keadaan yang serba baru. Kini syawal tiba juga dalam suasana yang juga baru. Satu suasana yang tidak pernah kita terfikir pun akan berlaku dalam hidup kita. Negara kita kini masih  berhadapan dengan wabak covid 19.

Raya kali ini pastinya akan menjadi kenangan buat kita semua. Memandang ramai yang tidak dapat pulang ke kampung kerana terikat dengan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB), yang tidak membenarkan merentas negeri.

Walaupun pada awalnya kerajaan telah membenarkan mana mana individu untuk merentas negeri dengan syarat mendapat perlepasan daripada pihak polis. Namun arahan tersebut telah ditarik semula kerana terdapat 1 kes baru di Kelantan yang mana melibatkan rentas negeri. Aku tak mahu tulis panjang mengenai kes ini memandangkan hampir semua daripada kita dah tahu.

Cumanya ada sedikit kekecewaan di situ. Yelah, ramai yang sebelum ini sudah pun mendapat kebenaran merentas negeri. Tapi dek kerana 1 kes ini, semua terbatal dengan sendirinya. Mereka yang dah lama terpisah dengan anak & suami terpaksa menerima hakikat yang mereka terpaksa kembali “berkurung” di negeri masing-masing.

Covid-19 dijangka kekal untuk tempoh yang lama!


Aku sehingga hari ini terfikir, baru-baru ini WHO memberitahu, kita terpaksa hidup dengan covid untuk tempoh masa yang lama. Berkemungkinan selama 5 tahun! Jadi adakah kita terpaksa hidup dalam keadaan seperti sekarang untuk tempoh tersebut? Mana mungkin kan?

Cuba bayangkan bilamana kerajaan tamatkan PKPB ni, dan tiba-tiba kes meningkat semula. Sudah tentu kerajaan akan kuat kuasakan semula PKP ni kan? Dan dah tentu kita terpaksa berkurung lagi? Jadi macamana keluarga yang tinggal jauh? Memang terlalu banyak persoalan yang bermain dalam minda aku sekarang ni.

Kalau kita baca dekat media sosial pun, memang ramai yang menyatakan kegusaran ini. Namun, apa sahaja yang kita mampu buat? Tindakan kerajaan pastinya yang terbaik untuk seluruh rakyat Malaysia. Cuma yang masih menjadi tanda Tanya, sampai bila?

Perdana menteri ada beritahu, sehingga seluruh rakyat Malaysia sudah biasa dengan norma baharu, maka ketika itulah kerajaan akan keluarkan arahan penamatan PKP. Aku sendiri tak pasti adakah kita semua akan biasa dengan norma baru ni sebabnya, tengoklah sekeliling kita sekarang, adakah kita yakin semua akan ikut norma baru ini?

Apa pun, kami rakyat Malaysia berdoa agar ada penawar kepada wabak ini dan arahan kawalan pergerakan ini akan segera di tamatkan. Namun, pastinya, kehidupan kita semua tidak akan sama seperti sebelum ini. Kita akan mulakan kehidupan baru. Yang 100% adalah baru.

Share:

0 comments