Bersediakah anda dengan kebarangkalian keruntuhan ekonomi?

Bersediakah anda
dengan kebarangkalian keruntuhan ekonomi? | Assalamualaikum dan salam
sejahtera. Melihat kepada wabak covid-19 yang masih belum ada penyelesaian ini,
ramai pakar yang menyatakan ekonomi dunia bakal lumpuh. Kalau kita tengok
sekeliling kita sekarang pun, banyak perniagaan yang dah “gulung tikar”. Ramai yang
dah terkesan awal dengan kesan daripada wabak ini. Persoalan sekarang, adakah
kita semua bersedia untuk berhadapan dengan keruntuhan ekonomi yang dikatakan
di antara yang terburuk pernah berlaku.
Ramai yang sudah diberhentikan kerja. Dan untuk dapat kerja
baru dalam masa terdekat agak mustahil. Banyak bisnes yang belum memulakan
operasi. Kalau dah mula operasi pun, pelangan yang datang tidak seperti dulu,
kerana ramai yang masih mengamalkan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP).
Jadi pendapatan perniagaan pasti terkesan. Itu belum cerita
rakan rakan yang baru sahaja memulakan perniagaan awal tahun 2020, kemudian
negara kita terkesan dengan wabak corona virus ini, kemudian kerajaan
mengeluarkan perintah PKP, akhirnya, mereka tak mampu “Survive”, terpaksalah
tutup perniagaan.
Kalau fikir logik, kita semua terpaksa terima norma baharu
dalam hidup kita mulai sekarang. Yang mana benda ini, kalau lihat secara
mendalam, memang akan beri kesan kepada ekonomi. Pada pendapat aku, ramai yang
akan terus praktikan kehidupan semasa PKP dengan kehidupan selepas PKP.
Kalau sebelum ini, ada masanya bawa keluarga makan di luar
(yang mana beri pendapatan kepada peniaga) mungkin selepas ini hanya masak
sendiri di rumah. Atau mungkin bawa keluarga ke Mall, dan selepas habis PKP,
tidak ada lagi istilah jalan jalan cuci mata. Yang menarik perhatian aku adalah
peniaga peniaga kecil. Gerai makan, pasar malam atau pasar tani.
Buat masa sekarang, mungkin ramai yang boleh Tarik nafas
lega kerana kerajaan memberikan pengecualian moratorium. Boleh tangguh dulu
bayar rumah, kereta, pinjaman selama 6 bulan. Jadi ada banyak lebihan wang di
situ.
Namun, harus di ingat juga, ianya hanya selama 6 bulan
sahaja. Bermula bulan 10 ini, segala macam bayaran perlu dibayar. Waktu itu
kita akan Nampak, segala macam kepayahan, perit jerih mereka yang pendapatan
mereka terjejas terkesan dengan ekonomi.
Bagi mereka yang masih punya pendapatan, inilah masanya
untuk tambah sedikit duit simpanan peribadi. Kerana daripada kajian, tidak
ramai rakyat Malaysia yang mempunyai duit simpanan walaupun RM1,000. Jadi
gunakanlah kelebihan moratorium ini dengan mewujudkan duit simpanan.
Buat mereka yang terkesan, masih ada banyak peluang untuk
jana pendapatan antaranya mula belajar bisnes online. Kalau sebelum ini tak
tahu pun, dalam norma baru ini, kita perlu ambil tahu. Ada banyak cara untuk
jana pendapatan secara online.
Kita perlu belajar banyak benda baru dalam norma baru ini. Ianya
sememangnya menjadi suatu cabaran buat kita semua. Mahu tak mahu, kita
terpaksa. Kalau tidak mahu terkesan dengan ekonomi. Aku doakan kita semua mampu
mengharungi cabaran ini dengan baik. Aku doakan juga rakan rakan yang terkesan
akan dapat kerja baru dalam masa terdekat ini, insyaAllah. Semoga Allah
mengabulkan doa kita semua. Aminnn.
Tags:
Cerita MrEjoy
0 comments