Cara terbaik gandakan income adsense

Cara terbaik gandakan
income adsense | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Agak lama juga aku
tidak menulis mengenai adsense ini. Tapi dalam beberapa hari ini, banyak cerita
mengenai adsense yang muncul. Rasanya mungkin cerita google adsense ini
datang selepas seorang youtuber Malaysia yang aku kira agak viral sekarang ini,
puan Sugu Pavithra kini dibayar oleh
google. Ramai yang tak tahu rupanya yang kita boleh jana income dengan google. Hari
ini aku kongsikan sedikit apa yang aku tahu.
Orait. Macam kes Sugu Pavithra ni, dia jana income melalui
youtube. Dia buat channel dan lulus beberapa syarat yang ditetapkan oleh google
dan dia apply account google adsense.
Selepas itu pendapatan dia akan dibayar melalui views/klik yang terhasil
daripada video dia. Lebih banyak views dan subscribe akaun, lebih besar income
yang bakal dia dapat.
Untuk jana income dengan youtube, aku tak boleh nak tulis panjang, sebab aku baru sahaja buat akaun youtube Mrejoy tapi belum ada video pun lagi. Belum sempat dan tak tahu nak buat niche apa. Jadinya sekarang aku lebih pada blog ini sahaja.
Cara terbaik gandakan income adsense dengan blog.
Baik, untuk jana income adsense dengan blog lebih kurang
sama je dengan youtube. Kena lulus beberapa syarat yang ditetapkan oleh google
barulah boleh dapat akaun adsense. Tapi hari ini aku bukanlah nak cerita
macamana cara mudah nak dapatkan akaun
adsense, tapi aku lebih kepada nak cerita cara nak gandakan income adsense.
Ok, untuk point pertama untuk gandakan income adsense adalah dengan inti atau isi blog kita itu
sendiri. Cuba tengok balik blog kita ini cerita tentang apa, berapa traffic sehari.
Adakah post yang kita tulis penuh dengan keyword. Yang mana benda ini akan
membuatkan blog kita berada di first page.
Ada banyak kelebihan bila blog kita berada di first page
antaranya ianya terbukti menarik lebih banyak traffic pada blog dan pastinya,
penulisan kita itu penuh dengan keyword yang di cari pembaca. Kemudian, ramai
pembaca hanya mencari info yang mereka mahukan hanya pada 3 page terawal.
Kedua, cuba fokus pada niche yang mahal.
Kalau kita memang fokus untuk jana income dengan blog melalui google adsense, kita perlu fokus
dengan niche dengan bayaran per klik mahal contohnya insurans. Niche ini antara
niche dengan bayaran klik yang mahal. Untung mereka yang ada pengetahuan
tentang pelindungan insurans ini dan ada blog mengenainya.
Ketiga, pastikan template blog adalah jenis responsive.
Boleh dapatkan template responsive ini secara percuma (boleh
cari di google) ataupun berbayar. Tak tahu macam mana nak tukar template, boleh
dapatkan servis daripada mereka yang pakar tentang ini (hampir kebanyakkan
blogger akan tukar template asal kepada template lain sebaik sahaja buat blog
baru)
Keempat, kedudukan iklan.
Kedudukan iklan dan jenis iklan juga salah satu cara yang
boleh kita gunakan untuk gandakan income
adsense dengan blog. Kalau aku, aku cadangkan iklan google adsense
diletakkan pada bahagian bawah header, pada bahagian tengah dan bahagian bawah
post.
Untuk bahagian atas dan tengah aku lebih sukakan iklan
berbentuk gambar. Untuk bahagian bawah post aku sukakan iklan berbentuk link. Cara
ini juga terbukti terbaik untuk gandakan
pendapatan blog korang. Tapi kalau malas nak pening pening, korang boleh
pilih auto ads sahaja. Biar adsense sendiri yang buat keputusan nak letak iklan
dekat mana. Hehehe.
Kelima. Tulis dengan tulisan yang betul.
Jangan tulis macam kita tulis mesej dengan kawan kawan
dekat handphone. Tulisan ini juga main peranan penting untuk letakkan blog
kita pada first page google. Kalau jenis yang suka tulis singkat sebelum ini,
dah boleh mula ubah kepada tulisan penuh ya!
Ke enam, banyakkan menulis perkara yang memberi manfaat
Mungkin ramai yang menganggap, blog seperti diari online
buat mereka. Betul, tiada yang salah. Tapi kalau korang nak buat income dengan blog, korang kena tulis perkara yang memberi manfaat
kepada orang lain. Contoh, tulis resepi
masakan mudah untuk orang bujang ke, tulis cara nak buat duit paling mudah
ke, atau apa sahaja.
Dia macam ini, korang tulis apa yang korang rasa orang nak
tahu. Mesti korang tertanya Tanya kan, macam mana nak tahu apa yang orang cari
dekat carian google ni? Kalau aku, mudah sahaja. Contoh aku cari sesuatu dengan
google. Bila aku dapat jawapannya, aku akan tulis dengan blog aku. Sebabnya,
pasti ada orang yang sama mencari apa yang aku cari dekat google.
Kemudian, cuba lihat situasi semasa. Macam sekarang, kita
dalam tempoh PKPB kan, ramai sebenarnya yang tak tahu, boleh atau tidak balik
beraya. Atau boleh atau tidak merentas negeri, atau apa sahaja info mengenai
PKPB ini, ha, jadinya korang tulis pasal benda ini.
Orait! Rasanya cukup itu sahaja tips Cara terbaik gandakan income adsense dengan blog yang boleh aku
kongsikan dengan korang. Sebenarnya ada banyak lagi tips, tapi rasanya kalau
kita ikut yang ini sahaja pun dah boleh berganda dah income kita dengan blog.
Apa pun, aku doakan korang Berjaya jana
income dengan google adsense ya!
3 Comments
wahh thanks for the tipss and info mr ejoy! :D yang kedua tu payahhh so tulis jelah kan apa yang bermanfaat dan best kann hikhikk
ReplyDeletealaa, yang komen ni lagi hebat. ish.
Deletemenarik! thank youuu :)
ReplyDeletehanisamanina.com