Dah boleh balik kampung!
Dah boleh balik
kampung! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sebenarnya aku masih
berharap agar ada pengumuman daripada pihak kerajaan yang membenarkan
pergerakan merentas negeri. Buat masa sekarang, pergerakan merentas negeri
masih tidak dibenarkan di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
(PKPB).
Dalam tempoh PKPB ini, hanya pergerakan di dalam daerah
sahaja yang dibenarkan. Dan untuk berhari raya, juga hanya dalam negeri yang
sama dan limit untuk 20 orang sahaja di dalam rumah. Itupun untuk keluarga
terdekat sahaja.
Kenapa aku nak sangat
pulang ke kampung?
Agak lama juga aku tidak pulang ke kampung di kedah. Memang dah
rancang untuk pulang ke kampung untuk berhari raya. Dah siap mintak cuti awal
lagi untuk balik kampung. Tapi apakan daya, kes covid-19 masih panas. Walaupun negara
kita mencatatkan keputusan yang agak positif di dalam menangani wabak ini,
namun kita masih belum Berjaya!
Dan di antara sebab kenapa aku nak sangat balik kampung
adalah sebab nak tengok ayah aku yang kurang sihat. Ayah aku mengidap penyakit
kencing manis dan sebelah kaki sudah di potong. Arwah ibu dah lama meninggal
dan juga kerana penyakit yang sama iaitu kencing manis.
Buat masa sekarang, aku Cuma dapat Tanya khabar melalui
telefon dengan adik beradik yang tinggal di sana. Dengar cerita dengan kita
lihat dengan mata kepala kita sendiri memang lain. Tak sama. Jadi atas sebab
itu lah aku sangat-sangat berharap agar ada 1 berita daripada kerajaan yang
membenarkan perjalanan merentas negeri untuk pulang berhari raya ini.
Memang benar, wabak ini masih berlegar legar di luar sana. Dan
daripada ucapan perdana menteri Malaysia baru baru ini, kita berkemungkinan
perlu hidup dengan wabak ini dalam tempoh yang lama. Adakah kita perlu hidup
dalam tempoh PKPB ini untuk tempoh yang lama lagi?
Memang benar, pihak kerajaan sedang membiasakan kita dengan
norma baru. Kita sedang dibiasakan dalam kehidupan yang baru. Yang pastinya
tidak akan sama seperti sebelum ini. Selagi mana belum ada vaksin, selagi
itulah kita akan hidup seperti sekarang.
Apa pun, dalam bulan yang mulia ini, mari kita sama sama
berdoa memohon agar Allah angkat semula wabak ini ke langit dan mengembalikan
semula keamanan di bumi ini. Semoga kita semua dilindungi oleh Allah daripada
wabak dan penyakit yang berbahaya. insyaAllah, aminnn.
0 Comments