Tanda tanda malam Lailatul qadar,kebaikan 1000 bulan

Tanda tanda malam
Lailatul qadar,kebaikan 1000 bulan | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di
antara yang di nantikan apabila tibanya bulan Ramadan adalah malam
lailatul qadar. Suatu malam yang penuh rahmat. Yang digelarkan satu malam yang penuh
keberkatan dan malam yang lebih baik daripada 1000 bulan! Namun ketahuilah
tidak semua orang tahu bila hari yang sebenarnya berlaku lailatul qadar ini. Ianya
adalah rahsia dari yang maha esa buat seluruh umat islam yang mencarinya, pasti
bertemu jua.
Namun, banyak yang mengatakan carilah malam Lailatul qadar ini pada 10 malam terakhir Ramadan. Jadinya seluruh umat islam perbanyakkanlah ibadat pada waktu ini.
Kelebihan malam lailatul qadar.
Allah menyebut malam lailatul qadar sebagai malam yang lebih
baik daripada 1000 bulan. Ini bermaksud mereka yang beribadah pada malam
tersebut, seumpama memiliki pahala beribadah selama 1000 bulan, bahkan ianya
lebih baik daripada 1000 bulan!
Bayangkan jika kita membaca Al-quran atau berzikir atau
bertahajud pada malam tersebut, ibarat kita beribadah selama 1000 bulan tanpa
henti.
Tanda tanda malam Lailatul qadar,kebaikan 1000 bulan.
Ramai sebenarnya yang mencari malam lailatul qadar ini, namun
Allah sahajalah yang lebih mengetahui bilakah hari sebenarnya. Namun, Rasullulah
S.A.W memberi tanda tanda yang menyatakan bahawa lailatul qadar berlaku pada 10
hari terakhir Ramadan.
1 - Diantara tanda berlakunya malam lailatul qadar adalah bulan
terbit seperti potongan bekas simpanan air, suasana malam tersebut juga tenang,
nyaman dan tenteram, tidak panas dan tidak pula sejuk.
2 - Pada awal paginya pula, diceritakan bahawa matahari terbit
dengan sinaran yang tidak terlalu silau atau terlalu panas terik.
3 - Ada pula yang mengatakan bahawa pada malam lailatul qadar
sunyi sepi. Langsung tiada bunyi. Maka ketahuilah bahawa malam tersebut adalah
hari yang di cari cari.
Namun, janganlah kita terlalu fokus kepada mencari malam
tersebut kerana setiap hari dalam bulan Ramadan adalah sangat bermakna buat
seluruh umat islam. Maka kekal lah berbuat amalan dan kebaikan. Bertemu dengan
malam lailatul qadar adalah bonus. Berada di dalam bulan Ramadan adalah anugerah
Allah pada semua.
Semoga Ramadan kali ini memberi 1001 makna kepada kita
semua, aminn.
0 Comments