facebook twitter tumblr instagram linkedin
  • Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Learn Blogging
  • Documentation
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Download This Template

Mrejoy

Mahu rezeki mewah dan melimpah ruah

Mahu rezeki mewah dan melimpah ruah? Baca ini| Assalamualaikum dan salam sejahtera. Awal pagi tadi aku terbaca 1 artikel yang dikongsikan di dalam media sosial berkaitan waktu-waktu tidur yang dilarang di dalam islam. Mungkin ramai yang dah tahu, dan mungkin juga ramai yang tidak tahu. Dan mungkin ada juga yang dah terbiasa tidur dalam waktu waktu ini. Harapnya selepas baca ini, bolehlah kita sama-sama berubah ya!

5 waktu tidur yang dilarang dalam islam.

#1. Tidur selepas solat subuh.

Aku sendiri pun terbiasa macam ini. Dan mungkin ramai pun macam ini. Selepas subuh, Rasulullah biasanya akan berzikir sehinggalah tiba waktu syuruq (matahari terbit). Dan tidur pagi hari juga mampu menghalangi rezeki seseorang. Pernah terbaca dalam 1 buku, jika kita nak rezeki kita lancar dan mewah, janganlah kita tidur selepas solat subuh. Dan waktu itu boleh dimanfaatkan dengan berzikir atau membaca al-quran.

Ibnu Qayyim Al Jauziyah mengatakan:

Empat hal yang menghalangi datangnya rezeki adalah tidur di waktu pagi, malas solat,malas malasan dan berkhianat.

#2. Tidur selepas solat asar.

Yang sebenarnya tidak ada hadis yang terkait larangan tidur selepas solat asar. Tetapi sebaiknya janganlah dilakukan kerana takut kita akan tertidur sampai masuk waktu maghrib. Selain itu,kesan tidur petang bagi kesihatan di antaranya boleh membuatkan tubuh menjadi lesu, ganguan daya ingatan, dan berbahaya bagi kolestrol badan.

Selain itu, biasa kita dengar kan, orang tua pesan, jangan tidur lepas solat asar sebab takut akan mewarisi penyakit gila. Dan ada juga yang kata, kalau tidur waktu petang ini, akan dapat keletihan mereka yang baru pulang kerja. Ada pelbagai versi sebenarnya. Tapi ada baiknya juga jika kita tak tidur dalam waktu ini.

#3. Tidur sebelum solat Isya.

Rasullulah S.A.W membenci tidur sebelum solat Isya dan berbual bual setelahnya (HR Bukhari 568 dan muslim 647)

Jadi adalah sebaiknya, elakkan tidur sebelum kita selesai solat isya. Tapi adalah digalakkan untuk kita tidur awal setelah itu bagi memudahkan kita bangun awal pagi bagi melaksanakan solat sunat tahajud.

#4. Tidur selepas makan

Ya ampun, aku pun terkadang macam ini. Balik lewat, kemudian makan, bersiap dan tidur! Nabi Muhammad S.A.W bersabda :

Janganlah kalian langsung tidur setelah makan kerana dapat membuatkan hati kalian menjadi keras (HR Abbu Nua’im, dari Aisyah,ra)

Selain itu, tidur selepas makan juga dapat meningkatkan risiko penyakit stroke. Penyakit ini boleh terjadi di sebabkan oleh kerasnya sistem kerja pencernaan,sekaligus meningkatkan tekanan darah,kadar gula di dalam darah dan kolestrol yang mana boleh mengakibatkan terjadinya stroke.

#5. Tidur sepanjang hari.

Rasullulah S.A.W telah memberikan isyarat tentang banyaknya tidur adalah gangguan syaitan. Sebagaimana tersebut dalam sabda beliau yang bersumber dari ibnu masud:

Diceritakan (Allah) kepada Nabi Muhammad  S.A.W tentang seseorang yang tidur hingga subuh (waktu Fajar pagi) sabda baginda Nabi: “itulah orang lelaki yang dikencingi oleh syaitan pada kedua telinganya (HR Bukhari dan Muslim).

line celcom slow

Kecewa betul dengan Line Celcom | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aku sendiri tak tahu nak mula daripada mana. Tapi buat mereka yang guna line celcom, mesti ada mengalami masalah dengan line. Aku tak tahu la dah berapa lama tapi pastinya memang dah lama masalah line ni berlaku. Sampai tahap aku simpan sahaja telefon sebab tak boleh nak buat apa. Nak bukak facebook tak boleh. Whatsapp pun sama. Youtube lagilah tak memberi apa apa makna kan?

Kami ingin memohon maaf atas pengalaman encik kerana tidak mendapat rangkaian terbaik. Semakan kami mendapati bahawa terdapat kesesakan rangkaian di kawasan tersebut. Buat sementara waktu ini, boleh restart device dan cuba semula. Terima kasih atas kesabaran anda.

Bukan aku tak cuba hubungi celcom, tapi rasanya dah banyak kali alasan di atas aku dapat. Benda yang sama mereka akan beritahu. Sampaikan aku dah tahu dah jawapan apa yang akan diberikan.

Yang menjadi masalah adalah, hampir setiap malam line akan mengalami masalah! Masalah yang membuatkan aku tutup terus je handphone aku. Dah berapa banyak kali aku ikut apa yang disarankan. On off handphone. On off data, tapi keadaannya tetap sama!

Pernah sekali pihak celcom reset semula line aku, tapi perkara yang sama tetap aku terima. Hari demi hari makin perlahan jadinya! Yang membuatkan aku jadi lebih kecewa adalah, bilamana aku buka dan baca segala komen di page facebook.

Rata-rata daripada pelangan memberikan komen yang sama. Semuanya mengenai line celcom yang dikatakan semakin hari semakin perlahan. Aku tak mahu tulis semua, tapi cuba korang buka page celcom dan baca pada setiap post mereka, pasti ada yang komen mengenai line celcom slow.

Ramai kawan kawan yang minta aku tukar je guna telco lain. Tapi aku rasa macam sayang betul nak tukar memandangkan aku dah lama bersama celcom. Rasanya sebelum ini, aku belum pernah mengalami masalah line macam ini. Sesekali itu adalah. Cuma sekarang ni, boleh kata setiap hari, setiap masa line slow.

Aku harap sangat celcom kembali seperti biasa! Aku bayar bil penuh setiap bulan bukan untuk dapat servis semacam ini. Tambahan pula ianya memang sangat menganggu kerja aku. Banyak kerja yang tergendala kalau line slow sangat ini. Harap isu ini akan selesai tak lama lagi. Aminn.

Kluster Pui Novgorod

Melaka kembali kepada zon kuning? | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Agak merisaukan juga bila baca berita semalam mengenai wabak Covid-19. Khabarnya kkm telah mengesahkan 1 kluster baru iaitu Kluster Pui Novgorod. Ceritanya kluster ini melibatkan seorang warganegara Malaysia yang baru pulang daripada Russia.

Kes ke 8673 ini dah di kesan positif sewaktu di pintu masuk dan di hantar ke sungai buloh. Kemudian ke kedua pula adalah kawan kepada kes pertama yang positif ni. Kiranya mereka ini naik 1 pesawat yang sama pada 5 julai 2020.

Tapi kes kedua di kesan negative. Dan mungkin atas sebab itu beliau tidak di hantar terus ke hospital sungai buloh. Tetapi! Ha, tetapi kes kedua mula mengalami demam dan gejala saluran penafasan pada 7 julai 2020. 2 hari selepas sampai ke Malaysia!

Dan kkm telah buat saringan ulangan dan didapati kes kedua ini positif!

Dan sehingga semalam, ada 3 kes positif dan kkm telah kesan 14 kontak rapat dalam Kluster Pui Novgorod ni. Tetapi, setakat hari ini, kesemua daripada mereka di kesan negative. Tapi itu belum cukup melegakan kerana kalau kita tengok pada kes kedua, awalnya beliau juga adalah negative.

Namun apa yang lebih membimbangkan adalah, bagaimana pula dengan penumpang lain di dalam pesawat? Adakah mereka juga dijangkiti dengan wabak covid 19 ini? Kemudian, dalam tempoh 2 hari, bagaimana pergerakkan kes kedua.

Memang benar KKM telah kenal pasti kontak rapat beliau, itu yang kita tahu, bagaimana yang kita tidak tahu. Mungkin ada berselisih dekat mana mana ke. Itu yang sebenarnya merisaukan banyak pihak sekarang.

Di tambah lagi anak anak dah mula kembali ke sekolah. Banyak sector yang kini dah dibuka. Banyak juga perkara yang merisaukan memandangkan wabak ini masih “bermain” di luar sana. Dengan kes di luar negara yang semakin meningkat. Sememangnya ianya amat mengusarkan.

Apa pun, penjagaan diri dan keluarga perlu lebih di utamakan. Kalau tengok dekat area Melaka sekarang ini memang ramai orang. Langsung tiada penjarakan sosial. Lihat sahaja sewaktu hujung minggu. Sama sahaja macam sebelum ini, tiada yang berbeza.

Perlu diingatkan sekali lagi dengan Kluster Pui Novgorod. Jangan nanti ramai yang berseronok ingin bercuti di Melaka, akan keluar pula kluster lain. Kita jaga kita. Sama sama jaga dan kalau boleh, tolonglah elakkan tempat yang ramai orang.

Bandar Melaka, klebang, pantai puteri, pantai pengkalan balak. Pendek kata, mana tempat tumpuan dekat Melaka ini, semua penuh dengan pengunjung. Beringat sebelum kena ya! Sekali lagi, kita jaga kita!

bank negara turunkan opr

Bank negara turunkan OPR lagi! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Rasanya ini kali ke empat bank negara mengumumkan penurunan OPR ini. Dan menurut daripada pembacaan aku, kadar opr ini merupakan aras paling rendah semenjak tahun 2008! Mungkin ada yang belum masih faham apa itu OPR? Dan penting sangat ke untuk kita ambil tahu pasal OPR ini?

Sebelum aku lanjutkan cerita aku ni, buat yang tidak tahu, OPR membawa maksud Overnight Policy Rate. Dan untuk rekod terakhir OPR disemak adalah sewaktu recession 2008/2009 dulu. Jadinya, apakah kaitannya OPR dengan recession ni?

Untuk jadikan ianya lebih mudah faham, aku cuba sampaikan dalam bentuk cerita mudah. Korang rasa bank di Malaysia ini kaya tak? Jawapannya mestilah kaya kan? Sebab dah nama pun bank kan? Jawapan sebenarnya tidak. Bank juga mengalami masalah seperti kita, ada masanya senang, ada masanya susah.

Wang yang kita semua simpan di dalam bank, akan digunakan untuk diberi pinjam kepada orang lain. Tiba-tiba kita nak keluarkan semua duit kita kat dalam bank. Disebabkan duit tersebut dah diberi pinjam kepada orang lain, maka bank tiada duit yang cukup untuk beri pada kita.

Atas sebab itu, bank tersebut terpaksa pinjam dengan bank lain. Pinjaman mereka juga sama seperti kita. Ada beberapa cas dikenakan. Dan faedah pinjaman antara bank inilah yang dipanggil OPR ataupun Overnight Policy Rate.

Dan OPR ini dikawal oleh BNM. Bila mana BNM umumkan OPR turun, maka kos pinjaman antara bank juga akan menurun. Bila kos pinjaman antara bank menurun, sekaligus kadar faedah asas loan yang kita buat dengan bank pun akan turun.

Bila faedah turun, jumlah bayaran kita pada bank juga akan menurun. Dan bila bayaran menurun, ini membawa maksud, kita akan ada lebihan wang di tangan. Jadi apa kaitannya OPR ini dengan recession?

Jawapannya adalah bila berlakunya recession, ini membawa maksud negara kita ataupun dunia sedang berhadapan dengan kemelesetan ekonomi. Untuk memulihkan ekonomi, kita semua perlu sama-sama mengerakkan ekonomi.

Macamana caranya untuk kita membantu mengukuhkan kembali ekonomi negara?

Jawapannya adalah kita perlu berbelanja. Ingat tak tadi, cerita di atas, kita dah pun ada lebihan wang di tangan. Itu belum termasuk dengan pelbagai bantuan yang diberikan kerajaan. Cuba bayangkan, jika seorang rakyat Malaysia ada lebihan RM300 seorang. Di darabkan dengan jumlah penduduk Malaysia, pasti banyakkan jumlahnya?

Ini mampu untuk menjana kembali ekonomi negara kita. Jika bukan kita rakyat Malaysia, siapa lagi yang akan bantu kan? Jadi, gunakanlah lebihan wang hasil daripada pengurangan OPR ini dengan bijak. Ayuh sama sama kita naikkan semula ekonomi Malaysia!

Newer Posts
Older Posts

Find Here

Translate

Terima Kasih!

Powered by Blogger.

Cerita Lama

  • ►  2022 (22)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (4)
    • ►  March (10)
    • ►  February (4)
    • ►  January (1)
  • ►  2021 (108)
    • ►  December (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (14)
    • ►  May (8)
    • ►  April (17)
    • ►  March (19)
    • ►  February (19)
    • ►  January (21)
  • ▼  2020 (82)
    • ►  December (4)
    • ►  November (7)
    • ►  October (1)
    • ►  September (7)
    • ►  August (6)
    • ▼  July (4)
      • Mahu rezeki mewah dan melimpah ruah? Baca ini
      • Kecewa betul dengan Line Celcom
      • Melaka kembali kepada zon kuning?
      • Bank negara turunkan OPR lagi!
    • ►  May (7)
    • ►  April (6)
    • ►  March (12)
    • ►  February (17)
    • ►  January (11)
  • ►  2019 (50)
    • ►  December (5)
    • ►  November (6)
    • ►  October (13)
    • ►  September (4)
    • ►  August (2)
    • ►  July (3)
    • ►  June (2)
    • ►  May (10)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2018 (44)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (9)
    • ►  April (1)
    • ►  March (2)
    • ►  February (12)
    • ►  January (13)
  • ►  2017 (182)
    • ►  December (7)
    • ►  November (9)
    • ►  October (24)
    • ►  September (15)
    • ►  August (26)
    • ►  July (17)
    • ►  June (6)
    • ►  May (25)
    • ►  April (28)
    • ►  March (24)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (6)
    • ►  December (1)
    • ►  November (5)
  • ►  2015 (19)
    • ►  October (19)

My Blog List

  • The Patriots
    Kesilapan Yang Membunuh Amelia Earhart?
  • VOCKET
    ‘Mujur Tak Digilis’ – Situasi Bayi Tercicir Atas Jalan Raya Undang Kerisauan Netizen
  • Aliff Channel
    15 Tempat Menarik Di Lumut Untuk Melancong
  • Denaihati – Blog Tips Kehidupan
    Penetapan harga siling ayam elak tekanan lebih besar kepada inflasi makanan
  • Blog Lifestyle Otai Blogger Malaysia
    Top 7 Reasons Why Wordpress Is Perfect for Bloggers In 2022
  • Bro Framestone
    Antabax dan R.E.A.L Kids Berganding Benteras Penyebaran Penyakit Tangan, Kaki, dan Mulut (HFMD)
  • MrEjoy
    Susahnya nak cari kerja sekarang ni
  • sayidahnapisahdotcom
    30++ background ucapan kad raya digital 2022 | edit letak gambar je nanti!
  • Syok Makan
    5 kelebihan air rendaman kurma yang ramai tidak tahu
  • It's Poobritney!
    Apa Yang Menarik di Bird Park Kuala Lumpur?
  • ahmadfaizal.com
    Hari Anugerah Cemerlang Budak Sekolah
  • Cik Epal
    Yayyy! Instagram Cik Epal dah verified!
  • Maria Yusoff
    Kerabu ulam Sempoi
  • SukaShares
    Anda pasti tak percaya dengan hadiah wang tunai yang dimenangi Juara Piala Dunia 2018 ini!
  • Jutawanbitcoin
    Harga bitcoin terus naik dan menaik!
  • Makan jer Kerja! | Your Blog Description
Show 5 Show All

Trending!

  • Cara mudah tukarkan Sijil SSP BSN kepada wang tunai.
  • 3 Idea buat duit online 2017
  • Cara paling mudah tukar template blog.
  • Apakah maksud mimpi kutip duit syiling menurut islam
Blogged.my

Rakan Mrejoy

@INSTAGRAM
Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates