Bank negara turunkan OPR lagi! | MrEjoy

Bank negara turunkan OPR lagi!

bank negara turunkan opr

Bank negara turunkan OPR lagi! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Rasanya ini kali ke empat bank negara mengumumkan penurunan OPR ini. Dan menurut daripada pembacaan aku, kadar opr ini merupakan aras paling rendah semenjak tahun 2008! Mungkin ada yang belum masih faham apa itu OPR? Dan penting sangat ke untuk kita ambil tahu pasal OPR ini?

Sebelum aku lanjutkan cerita aku ni, buat yang tidak tahu, OPR membawa maksud Overnight Policy Rate. Dan untuk rekod terakhir OPR disemak adalah sewaktu recession 2008/2009 dulu. Jadinya, apakah kaitannya OPR dengan recession ni?

Untuk jadikan ianya lebih mudah faham, aku cuba sampaikan dalam bentuk cerita mudah. Korang rasa bank di Malaysia ini kaya tak? Jawapannya mestilah kaya kan? Sebab dah nama pun bank kan? Jawapan sebenarnya tidak. Bank juga mengalami masalah seperti kita, ada masanya senang, ada masanya susah.

Wang yang kita semua simpan di dalam bank, akan digunakan untuk diberi pinjam kepada orang lain. Tiba-tiba kita nak keluarkan semua duit kita kat dalam bank. Disebabkan duit tersebut dah diberi pinjam kepada orang lain, maka bank tiada duit yang cukup untuk beri pada kita.

Atas sebab itu, bank tersebut terpaksa pinjam dengan bank lain. Pinjaman mereka juga sama seperti kita. Ada beberapa cas dikenakan. Dan faedah pinjaman antara bank inilah yang dipanggil OPR ataupun Overnight Policy Rate.

Dan OPR ini dikawal oleh BNM. Bila mana BNM umumkan OPR turun, maka kos pinjaman antara bank juga akan menurun. Bila kos pinjaman antara bank menurun, sekaligus kadar faedah asas loan yang kita buat dengan bank pun akan turun.

Bila faedah turun, jumlah bayaran kita pada bank juga akan menurun. Dan bila bayaran menurun, ini membawa maksud, kita akan ada lebihan wang di tangan. Jadi apa kaitannya OPR ini dengan recession?

Jawapannya adalah bila berlakunya recession, ini membawa maksud negara kita ataupun dunia sedang berhadapan dengan kemelesetan ekonomi. Untuk memulihkan ekonomi, kita semua perlu sama-sama mengerakkan ekonomi.

Macamana caranya untuk kita membantu mengukuhkan kembali ekonomi negara?

Jawapannya adalah kita perlu berbelanja. Ingat tak tadi, cerita di atas, kita dah pun ada lebihan wang di tangan. Itu belum termasuk dengan pelbagai bantuan yang diberikan kerajaan. Cuba bayangkan, jika seorang rakyat Malaysia ada lebihan RM300 seorang. Di darabkan dengan jumlah penduduk Malaysia, pasti banyakkan jumlahnya?

Ini mampu untuk menjana kembali ekonomi negara kita. Jika bukan kita rakyat Malaysia, siapa lagi yang akan bantu kan? Jadi, gunakanlah lebihan wang hasil daripada pengurangan OPR ini dengan bijak. Ayuh sama sama kita naikkan semula ekonomi Malaysia!

Share:

0 comments