Melaka kembali kepada zon kuning?

Melaka kembali kepada zon kuning? | Assalamualaikum dan salam
sejahtera. Agak merisaukan juga bila baca berita semalam mengenai wabak
Covid-19. Khabarnya kkm telah mengesahkan 1 kluster baru iaitu Kluster Pui Novgorod. Ceritanya kluster
ini melibatkan seorang warganegara Malaysia yang baru pulang daripada Russia.
Kes ke 8673
ini dah di kesan positif sewaktu di pintu masuk dan di hantar ke sungai buloh. Kemudian
ke kedua pula adalah kawan kepada kes pertama yang positif ni. Kiranya mereka
ini naik 1 pesawat yang sama pada 5 julai 2020.
Tapi kes
kedua di kesan negative. Dan mungkin atas sebab itu beliau tidak di hantar
terus ke hospital sungai buloh. Tetapi! Ha, tetapi kes kedua mula mengalami
demam dan gejala saluran penafasan pada 7 julai 2020. 2 hari selepas sampai ke Malaysia!
Dan kkm telah buat saringan ulangan dan didapati kes kedua ini positif!
Dan
sehingga semalam, ada 3 kes positif dan kkm telah kesan 14 kontak rapat dalam Kluster Pui Novgorod ni. Tetapi,
setakat hari ini, kesemua daripada mereka di kesan negative. Tapi itu belum
cukup melegakan kerana kalau kita tengok pada kes kedua, awalnya beliau juga
adalah negative.
Namun apa
yang lebih membimbangkan adalah, bagaimana pula dengan penumpang lain di dalam
pesawat? Adakah mereka juga dijangkiti dengan wabak covid 19 ini? Kemudian,
dalam tempoh 2 hari, bagaimana pergerakkan kes kedua.
Memang benar
KKM telah kenal pasti kontak rapat beliau, itu yang kita tahu, bagaimana yang
kita tidak tahu. Mungkin ada berselisih dekat mana mana ke. Itu yang sebenarnya
merisaukan banyak pihak sekarang.
Di tambah
lagi anak anak dah mula kembali ke sekolah. Banyak sector yang kini dah dibuka.
Banyak juga perkara yang merisaukan memandangkan wabak ini masih “bermain” di
luar sana. Dengan kes di luar negara yang semakin meningkat. Sememangnya ianya
amat mengusarkan.
Apa pun,
penjagaan diri dan keluarga perlu lebih di utamakan. Kalau tengok dekat area Melaka
sekarang ini memang ramai orang. Langsung tiada penjarakan sosial. Lihat sahaja
sewaktu hujung minggu. Sama sahaja macam sebelum ini, tiada yang berbeza.
Perlu diingatkan
sekali lagi dengan Kluster Pui Novgorod.
Jangan nanti ramai yang berseronok ingin bercuti di Melaka, akan keluar
pula kluster lain. Kita jaga kita. Sama sama jaga dan kalau boleh, tolonglah
elakkan tempat yang ramai orang.
Bandar Melaka,
klebang, pantai puteri, pantai pengkalan balak. Pendek kata, mana tempat
tumpuan dekat Melaka ini, semua penuh dengan pengunjung. Beringat sebelum kena
ya! Sekali lagi, kita jaga kita!
1 Comments
Risaunya,. dah la budak2 baru nak start sekolah ni.Takut kalau kena PKP semula. Kesian budak2 baru nak seronok2 jumap cikgu dan kawan2.
ReplyDelete