Mahu rezeki mewah dan melimpah ruah? Baca ini

Mahu rezeki mewah dan melimpah ruah? Baca ini| Assalamualaikum dan salam
sejahtera. Awal pagi tadi aku terbaca 1 artikel yang dikongsikan di dalam media
sosial berkaitan waktu-waktu tidur yang dilarang di dalam islam. Mungkin ramai
yang dah tahu, dan mungkin juga ramai yang tidak tahu. Dan mungkin ada juga
yang dah terbiasa tidur dalam waktu waktu ini. Harapnya selepas baca ini,
bolehlah kita sama-sama berubah ya!
5 waktu tidur yang dilarang dalam islam.
#1. Tidur selepas
solat subuh.
Aku sendiri
pun terbiasa macam ini. Dan mungkin ramai pun macam ini. Selepas subuh, Rasulullah
biasanya akan berzikir sehinggalah tiba waktu syuruq (matahari terbit). Dan tidur
pagi hari juga mampu menghalangi rezeki seseorang. Pernah terbaca dalam 1 buku,
jika kita nak rezeki kita lancar dan
mewah, janganlah kita tidur selepas solat subuh. Dan waktu itu boleh
dimanfaatkan dengan berzikir atau membaca al-quran.
Ibnu Qayyim
Al Jauziyah mengatakan:
Empat hal yang menghalangi datangnya rezeki adalah tidur di waktu pagi, malas solat,malas malasan dan berkhianat.
#2. Tidur selepas
solat asar.
Yang sebenarnya
tidak ada hadis yang terkait larangan tidur selepas solat asar. Tetapi sebaiknya
janganlah dilakukan kerana takut kita akan tertidur sampai masuk waktu maghrib.
Selain itu,kesan tidur petang bagi kesihatan di antaranya boleh membuatkan
tubuh menjadi lesu, ganguan daya ingatan, dan berbahaya bagi kolestrol badan.
Selain itu,
biasa kita dengar kan, orang tua pesan, jangan tidur lepas solat asar sebab
takut akan mewarisi penyakit gila. Dan ada juga yang kata, kalau tidur waktu
petang ini, akan dapat keletihan mereka yang baru pulang kerja. Ada pelbagai
versi sebenarnya. Tapi ada baiknya juga jika kita tak tidur dalam waktu ini.
#3. Tidur sebelum
solat Isya.
Rasullulah
S.A.W membenci tidur sebelum solat Isya dan berbual bual setelahnya (HR Bukhari
568 dan muslim 647)
Jadi adalah
sebaiknya, elakkan tidur sebelum kita selesai solat isya. Tapi adalah
digalakkan untuk kita tidur awal setelah itu bagi memudahkan kita bangun awal
pagi bagi melaksanakan solat sunat tahajud.
#4. Tidur selepas
makan
Ya ampun,
aku pun terkadang macam ini. Balik lewat, kemudian makan, bersiap dan tidur! Nabi
Muhammad S.A.W bersabda :
Janganlah kalian langsung tidur setelah makan kerana dapat membuatkan hati kalian menjadi keras (HR Abbu Nua’im, dari Aisyah,ra)
Selain itu,
tidur selepas makan juga dapat meningkatkan risiko penyakit stroke. Penyakit ini
boleh terjadi di sebabkan oleh kerasnya sistem kerja pencernaan,sekaligus
meningkatkan tekanan darah,kadar gula di dalam darah dan kolestrol yang mana
boleh mengakibatkan terjadinya stroke.
#5. Tidur sepanjang
hari.
Rasullulah S.A.W
telah memberikan isyarat tentang banyaknya tidur adalah gangguan syaitan. Sebagaimana
tersebut dalam sabda beliau yang bersumber dari ibnu masud:
Diceritakan (Allah) kepada Nabi Muhammad S.A.W tentang seseorang yang tidur hingga subuh (waktu Fajar pagi) sabda baginda Nabi: “itulah orang lelaki yang dikencingi oleh syaitan pada kedua telinganya (HR Bukhari dan Muslim).
0 Comments