Harga emas dah murah tapi kos upah pula mahal!

Harga emas dah murah tapi kos upah pula mahal! | Assalamualaikum dan salam
sejahtera. Buat mereka yang mengikuti perkembangan harga emas, semua dah sedia
maklum yang harga emas hari ini dah
turun. 2 hari lepas, aku ke kedai emas, harga bagi 1g (barang kemas) adalah
RM250/g. Jika dibandingkan dengan harga sebelum ini, yang lebih tinggi dan
dikatakan akan mencecah RM300/g. Waktu harga emas memuncak tu, kedai emas dah
macam kedai jual goreng pisang panas!
Mengambil pada
kesempatan harga emas turun ini, aku
memang niat nak cari loket emas untuk isteri aku. Jadi aku ke kedai emas di
kawasan kampung dalam bandar di area Melaka. Area sini memang banyak betul
kedai emas, boleh pilih mana sahaja kedai emas yang kita nak.
Sejenis aku,
aku tak suka “Sambar” sahaja. Aku suka survey sampai aku jumpa yang aku betul
betul minat. Nak dijadikan cerita, kedai pertama yang aku nak masuk ni, tak
ramai orang. Adalah beberapa orang sahaja (tak seperti waktu harga emas mahal
hari tu) sampai kena beratur dekat luar. Ini nak beli emas ini, bukan nak beli
goreng pisang!
Ceritanya,
aku berkenan dengan 1 loket ni, kira punya kira, aku dah mula rasa pelik. Kemudian
aku pilih 1 loket emas, berat dalam 1.5g. Kecil sahaja. Tak besar mana pun. Kalau
nak diikutkan sebelum ini, aku sejenis yang main bayar sahaja. Dia sebut harga,
kena pula dengan bajet aku, aku bayar. Tak fikir apa. Janji aku dapat apa yang
aku nak.
Tapi berbeza
pula sekarang, aku suka buat kira kira dulu, walaupun harga memang dalam bajet
aku, tetap juga aku buat kira kira. Al kisahnya, dengan harga emas jatuh ni, aku diberikan dengan nilai ini:
Loket emas 1.5g : RM555.
Kalau tengok
harga, memang lah tak mahal mana pun kan. Tak sampai RM1000 pun. Tapi bila buat
kira kira aku macam pelik, sebabnya:
Loket emas 1.5g x RM250 : RM375
Harga yang di beri RM555 – RM375 = RM180
Dan tahu
RM180 itu untuk apa? Itu adalah upah ya tuan tuan dan puan puan semua! Aduhai! Harga
upah sahaja dah RM180! Mahal ya amat pada aku! Itu loket 1.5g tau. Bukan 15g.
loket kecil dan simple sahaja design nya.
Dengan harga
emas yang murah sekarang ni, memang ramai yang akan datang beli. Tapi aku
nampak, kedai emas memang jual emas dengan harga murah/gm tapi mereka akan
naikkan harga upah!
Pada aku,
upah RM180 tu mahal! Mahal sangat! Dan aku fikir, mereka ini memang taknak rugi
(yelah, meniaga mana mau rugi kan) tapi ada yang tidak betul dekat situ! Meniaga
dengan harga yang dikawal macam ini, memang ada naik dan turun dia. Tapi kata
orang, dah tahu mahal, kenapa beli kan?
Ya! Dan memang
aku tak beli pun! Hahaha! Lepas aku buat kira kira depan dia harga emas, terus
mereka diam! Punyalah mahal harga upah! Biar betul? Kemudian aku pun berlalu
pergi dan keluar daripada kawasan itu. Yelah, kalau dah 1 kedai emas macam itu,
aku sangat yakin, kedai berdekatan kawasan itu pun akan buat perkara yang sama.
Apa pun,
walaupun harga emas hari ini dah
turun sedikit a.k.a murah, korang janganlah suka sangat. Sebabnya macam kes di
atas la. Harga emas jatuh tapi mereka naikkan harga upah. Jadi peniaga tetap
dapat nilai yang sama. Tapi aku tak cakap semua kedai emas macam ini, masih ada
yang benar benar ikhlas berniaga. Itu kena pandai cari la ye. Orait!
0 Comments