Harga emas terus terusan naik!

Harga emas terus terusan naik! | Assalamualaikum dan salam
sejahtera. Bagi mereka yang mengikuti perkembangan harga emas pasti tahu harga terbaru emas hari ini atau harga
emas terkini sangatlah mahal! Boleh dikatakan tiap minggu berubah! Aku masih
ingat sewaktu harga 1gm gold bar RM220. Waktu itu terasa mahal sangat dah! Tapi disebabkan
aku ingin mulakan simpanan gold bar, aku gagahkan juga untuk beli.
Harga 1gm gold bar hari ini.
Waktu itu
rasa mahal dah harga RM220 itu, tapi tahukah berapa harga 1gm gold bar hari ini? Harganya
adalah RM350! Kenaikan RM130! (Dibandingkan dengan harga sewaktu aku beli). Kemudian
dalam tempoh Perintah kawalan Pergerakan (PKP) aku ada beli 2gm gold bar dengan
harga RM500. Dan harini, aku dah pun “untung” RM200. Hanya dalam tempoh berapa
bulan sahaja.
Mungkin ada yang kata sikit je untung RM200 tu untuk beberapa bulan. Memang benar, sikit je
untung, tak banyak. Tapi harus juga aku beritahu di sini, emas ini adalah
pelaburan jangka masa panjang. Dan kadar keuntungan itu memang sedikit kalau
simpanan anda juga sedikit.

Bayangkan kalau
korang ada simpanan 1 kg emas yang dibeli dengan harga lebih kurang RM100,000
(Tahun 2009 lebih kurang) dan tahukah korang berapa harga 1 kg emas pada tahun
2020 ini? Harganya lebih kurang RM295,000! Kadar keuntungan hampir RM195,000!
Untuk tempoh lebih kurang 10 tahun! Ini kira kasar la ni.
Jadinya, lebih banyak simpanan, lebih besar kadar keuntungan. Tapi sekali lagi, ianya adalah untuk tempoh jangka masa panjang.
Kalau kita
tengok harga emas hari ini, mesti
ramai yang kata dah terlalu mahal dan mungkin ada yang kata, tak mampu nak
beli. Tapi pernah tak terbaca dekat mana mana, mengenai ramalan harga emas
bakal mencecah RM500/g? Mungkin ada benarnya ramalan ini memandangkan harga
emas bertarikh hari ini kini berharga RM299/g.
Harga emas tetap menaik!
Melihat pada
trend kenaikan, aku rasa harga emas akan tetap mendaki dan ada beberapa ketika
akan turun sedikit. Dan mahu tak mahu, kita tetap kena beli (jika mahu
membeli). Sebabnya mudah, lagi kita tunggu, lagi mahal dan tak mampu nak beli. Jadinya,
belilah walau sedikit. Biar ada daripada langsung tak ada kata orang.
Apa pun,
tiada yang ruginya simpan emas ini. Kaum wanita boleh pakai emas 916. Orang lelaki
boleh simpan emas 999 bentuk gold bar. Emas tetap emas. Dan ianya sememangnya
logam bernilai! Jom mulakan simpanan emas kita hari ini!
0 Comments