Koleksi terbaik ikan laga di Malaysia.

Koleksi terbaik ikan laga di Malaysia | Assalamualaikum dan salam
sejahtera. Aku sejenis yang tak ada hobi. Ini sungguh aku beritahu, aku memang tak
ada hobi. Dan minat aku ni memang sentiasa berubah! Nak dijadikan cerita, kawan
kawan sekeliling banyak cerita pasal Ikan
Laga Di Malaysia. Mulanya aku ingat, ingat laga itu ikan laga la. Rupanya ada
banyak jenis ikan laga ni rupanya.
Ikan Laga Di Malaysia.
Kalau ikutkan,
ikan laga memang mudah nak jumpa dekat Malaysia ni. Ceruk kampung, dalam paya,
dalam sungai, memang mudah nak cari. Dulu memang selalu tengok budak budak cari
Ikan Laga Kampung ni. Nak tahu “port”
ikan ni mudah je, nampak buih-buih putih (boleh search sarang ikan laga), confirm dekat
situ memang ada ikan laga.
Tapi berbalik
pada cerita jenis jenis Ikan laga
ni, ada banyak sebenarnya, contohnya macam senarai di bawah
- Ikan Laga Avatar
- Ikan Laga Koi
- Ikan Laga Samurai
- Ikan Laga Candy
- Ikan Laga Hellboy
- Ikan Laga Halfmoon
Dan macam
macam jenis lagi yang ada. Cumanya mata aku lebih suka tengok Ikan Laga
Halfmoon. Sebab apa aku minat jenis yang ini? Sebabnya dia kembang! Kemudian,
lengok dia berenang tu mengasyikan! Memang itu salah satu keseronokan bila
tengok ikan kan? Lebih lebih lagi jenis Halfmoon super red macam gambar dekat
bawah ni:

Tapi untuk
jenis jenis yang macam ini, bukan jenis Ikan
Laga Liar Malaysia ya! Ini semua jenis bela dan kacuk rasanya. Dan serasa
aku, kalau ikan laga Thailand atau Ikan laga Indonesia, mereka lebih banyak
variasi lagi.
Harga Ikan Laga Malaysia

Baik, sekarang kita bercerita pasal harga ikan laga Malaysia. Murah atau mahal ikan laga ini? Jawapannya adalah ada murah dan ada yang mahal. Kena tengok pada kualiti ikan tersebut. Contoh, ada yang dijual semurah RM1. Dan baru baru ini, aku beli, seekor Cuma RM2.50 sahaja (waktu awal minat nak bela ikan laga). Korang search je Ikan Laga Murah Malaysia dekat facebook atau Instagram.
Kemudian,
selepas aku masuk Kelab Ikan Laga
Malaysia, baru aku tahu ada macam macam jenis ikan laga lagi. Dan dari
situ, aku tahu ada macam macam harga. Ada yang RM30, ada RM50, sehingga paling
mahal setakat hari ini yang aku jumpa, dijual dengan harga RM300 (rasanya ada
yang lebih mahal lagi kut).

Apa pun,
aku rasa, industri Ikan Laga Di Malaysia
ni semakin menunjukkan peningkatan. Selain murah,ianya juga senang untuk dijaga
dan tak perlu ruang yang besar pun untuk bela. Atas sebab itu, semakin ramai
peminat ikan laga di Malaysia ni.
Persatuan Ikan Laga Malaysia juga nampaknya kini banyak buat
event. Jadi sedikit sebanyak, merancakkan lagi ekonomi mereka yang terlibat. Aku
harapkan, minat aku ini bertahan lamalah hendaknya dan dapat simpan koleksi terbaik ikan laga di Malaysia. Aminn.
Hehehe.
0 Comments