14 Lokasi Yang diwajibkan untuk pakai Mask
14 Lokasi Yang
diwajibkan untuk pakai Mask | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selepas
kerajaan mula mewajibkan pemakaian mask, memang banyak pertikaian daripada
netizen berhubung, lokasi yang manakah yang sebetulnya di wajibkan pakai mask?
Ini disebabkan, ada tersebar dalam media sosial, seorang remaja yang disaman di
stesen minyak kerana tak pakai mask. Dan ada pula yang disaman kerana tak pakai
mask sewaktu berada di pantai. Hari ini aku kongsikan info penuh lokasi yang
diwajibkan untuk pakai mask daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN).
14 Lokasi Yang
diwajibkan untuk pakai Mask.
Baik, berikut merupakan 14 lokasi yang diwajibkan pemakaian
Pelitup muka dan hidung.
1) Masjid dan surau.
Untuk lokasi pertama, umum dan tahu mengenai pemakaian mask
adalah wajib. Jadi lokasi ini adalah jelas.
2) Rumah ibadat bukan
islam.
Lokasi kedua juga adalah sama dengan lokasi pertama,
diwajibkan pemakaian mask.
3) Majlis sosial.
Bagi item ketiga, selain diwajibkan untuk pakai mask, jumlah
pengunjung bagi satu satu masa juga adalah terhad. Jadi sentiasa berjaga jaga
jika berada di lokasi ini. Jika pakai mask sekalipun, jika melebihi had
pengunjung yang dibenarkan MKN, anda juga boleh dikenakan saman!
4) Pengangkutan awam.
Bagi isu pengangkutan awam, ianya adalah diantara 14 Lokasi Yang diwajibkan untuk pakai Mask.
Namun bagi kenderaan persendirian, pemakaian mask adalah tidak wajib.
Ingat, hanya kenderaan persendirian yang dinaiki mereka yang tinggal serumah.
5) Zoo.
Zoo juga termasuk di dalam lokasi yang diwajibkan untuk
pakai mask. Ini dikeluarkan sendiri oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
6) Bas & Van
Sekolah.
Bagi anak anak yang menggunakan perkhidmatan ini, ibubapa
harus tahu yang mereka diwajibkan untuk pakai mask.
7) Sukan & Rekreasi.
Untuk aktiviti sukan & rekreasi, hanya diwajibkan pakai mask jika berada dikawasan
tersebut dan tidak melakukan aktiviti sukan. Tetapi jika anda melakukan
aktiviti, pemakaian adalah tidak wajib. Namun perlu ada penjarakan sosial ya!
8) Premis kesihatan.
Lokasi Ini umum dah tahu berkenaan diwajibkan pemakaian
pelitup muka dan hidung.
9) Pasar awam dan pasar
tani.
Masih ada yang dilihat tidak memakai mask ketika berada di
pasar. Awas, jika di dapati anda tidak memakai mask, anda bakal di kenakan
tindakan saman RM1000!
10) Pawagam & acara
Live event.
Bagi mereka yang ingin berkunjung di lokasi ini,pemakaian
mask adalah di wajibkan.
11) Peruncitan.
Bagi lokasi peruncitan yang diwajibkan pakai mask adalah
kedai,dobi,restoran,kompleks membeli belah,pasaraya,bengkel dan stesen minyak.
Lokasi yang dinyatakan ini, pemakaian mask adalah diwajibkan.
12) Kedai gunting
rambut/salon.
Seterusnya kedai gunting rambut / salon kecantikan termasuk
di dalam senarai 14 Lokasi Yang
diwajibkan untuk pakai Mask
13) SPA, pusat Kecantikan
& Refleksologi.
Lokasi ini juga sama dengan lokasi yang dinyatakan di atas.
Pemakaian mask adalah diwajibkan.
14) Pusat hiburan
keluarga.
Lokasi terakhir adalah di pusat hiburan keluarga. Jika
berkunjung ke sini haruslah memakai mask jika tidak mahu di saman RM1000.
Baiklah, itulah 14 Lokasi
Yang diwajibkan untuk pakai Mask yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara
(MKN). Namun, harus diingatkan, pemakaian mask di wajibkan di pakai jika kita
berada di tempat awam dan sesak. Dan juga di dalam ruang bertutup yang
bercampur dengan orang ramai.
0 comments