“Terselamat” daripada kluster Sivagangga!

“Terselamat” daripada
kluster Sivagangga,napoh Jitra Kedah! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kita masih belum
menang! Itu ayat yang terbaik untuk aku guna bagi mengambarkan situasi wabak
covid-19 dekat negara kita,Malaysia. Sekarang ini, di antara kluster yang
hangat di perkatakan adalah kluster Sivagangga! Berlaku di jitra kedah,
betul-betul dekat area kampung aku. Dan kenapa aku kata aku terselamat daripada
kluster ini? Ini kisahnya.
Ceritanya syarikat aku bekerja ada buat shutdown selama
seminggu. Jadi memang peluang terbaik untuk aku balik kampung. Nak balik
daripada selatan ke utara ni memang kena ambil cuti panjang, baru seronok nak
balik kan? Tapi entah kenapa aku tak terasa nak balik kampung pun.
Walhal cuti seminggu memang waktu yang paling baik. Mungkin disebabkan
aku baru sahaja pulang ke kampung sebelum itu, jadinya aku buat keputusan untuk
tidak balik kampung. Mulanya rasa macam tak seronok, yelah, bukan selalu dapat
cuti panjang, tapi ye! Setiap yang berlaku pasti ada aturan dan hikmahnya!
Tiba-tiba meletup kes
kluster Sivagangga di jitra kedah!
Awal tu, memang dah beredar gambar seorang pemilik restoran.
Dengan tag pink di tangan. Yang menandakan pemiliknya perlu kuarantin diri di
rumah selama 14 hari. Namun pemilik gagal untuk kuarantin dan berada di tempat
awam. Aku tak tahu pun lokasi tersebut di jitra kedah.
Kemudian, tiba-tiba, dalam group telegram MKN, ada
disebutkan kluster baharu iaitu kluster Sivagangga di jitra kedah. Sebetulnya di
napoh, jitra kedah. Jarak lokasi ini dengan rumah aku Cuma hanya 10 minit
sahaja!
Awalnya kes index ini tak tahu pun yang dia ni positif. Sebab
waktu sampai ke Malaysia, dia negatif covid 19. Tapi selepas saringan kedua di
lakukan, dia disahkan positif. Dan bukan itu sahaja, setakat yang aku tahu
harini sudah 20 orang di sahkan positif covid 19 di jitra kedah.
Semuanya adalah kontak rapat dan pengunjung restoran milik kes
index. Khabarnya memang ramai pengunjung ke restoran tersebut.
Dan nak di jadikan asbab, jika aku pulang ke kampung dalam
masa cuti seminggu tersebut. Aku mungkin kini tidak dibenarkan untuk mula
bekerja dan pelbagai ujian yang aku perlu buat untuk pastikan aku benar-benar
tiada covid 19!
Leceh memang leceh memandangkan tempat aku bekerja sangat
strict dengan wabak ini. Mungkin aku perlu kuarantin diri di rumah memandangkan
lokasi rumah aku dengan napoh tu dekat je. Yang paling aku tak suka, kena buat
swab test tu!
Apa pun, aku bersyukur, aku tak balik kampung dan boleh
bekerja macam biasa. Aku fikir, kalau aku pulang minggu lepas, memang aku kena
lalui macam-macam yang pada akhirnya nanti, akan buat aku dan keluarga jadi
stress.
Apa pun, aku doakan malah seluruh rakyat Malaysia berdoa
agar wabak covid 19 ini berakhir dengan cepat. Dah terlalu banyak nyawa
terkorban dan pastinya kita tidak mahu ianya berterusan. Semoga Allah angkat
kembali wabak ini dan mengembalikan ketenangan dan kedamaian di bumi ini,
aminnnn.
0 Comments