facebook twitter tumblr instagram linkedin
  • Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Learn Blogging
  • Documentation
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Download This Template

Mrejoy

 

Tips dan persediaan sebelum menunaikan umrah

9 Tips dan persediaan sebelum menunaikan umrah | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, aku dan keluarga terpilih untuk menunaikan umrah. Rasanya itulah ungkapan yang nak sangat aku tulis dalam blog mrejoy.com ni. Memang lama dah teringin nak ke tanah suci ni, tapi naluri tu jadi semakin kuat nak ke sana dalam tahun 2021 ni. Jadinya, aku ada baca beberapa Tips dan persediaan sebelum menunaikan umrah untuk aku dan keluarga mempersiapkan diri.

Tak lama lagi nak masuk tahun 2021. Tinggal lagi 3 bulan sahaja lagi. Jadi masa itu pada aku cukup untuk aku dan keluarga memperbetulkan apa yang salah. Menambah baik apa yang kurang. Dan memperbanyakkan apa yang sedikit. Dalam pada yang sama ingin berkongsi dengan semua. Pastinya semua pun ada impian nak ke tanah suci mekah dan Madinah kan. insyaAllah.

9 Tips dan persediaan sebelum menunaikan umrah.

Kenapa perlunya persiapan sebegini? Ianya adalah untuk mempersiapkan diri kita dengan mental dan fizikal yang betul agar perginya kita ke tanah suci nanti benar benar dapat menyucikan jiwa dan menguatkan akidah kita.

Baik, kita teruskan dengan Tips dan persediaan sebelum menunaikan umrah ini:

#1. Ikhlaskan niat.

Perkara pertama yang perlu dilihat adalah apakah niat kita ke sana. Niat yang sebetulnya adalah hanya untuk mengharapkan keredhaan daripada Allah semata mata. Dan oleh yang demikian, bermula esok hinggalah sampai tarikh untuk berangkat ke tanah suci, aku dan keluarga perlu tanamkan semangat dan perasaan ikhlas.

Dan apa yang lebih penting, bebaskan diri dari segala tekanan dunia supaya fikiran kami tidak “terganggu” apabila berada di tanah suci kelak.

Bila bercerita tentang niat, itulah yang kita akan dapat. Jika niat kita hanya kerana Allah dan rasul, maka itu yang kita akan dapat. Jika niat kita kerana dunia, maka dunialah yang kita akan dapat.

#2. Perbanyakkan amalan.

Kalau sebelum ini, amalan kita kurang, zikir kurang,kadang baca quran kadang tidak, solat malam, bersedekah, maka kena perbanyakkanlah amalan ini. Sebenarnya, perkara ni bukan sahaja perlu buat sebelum menunaikan umrah, tapi sentiasa. Kerana banyak kebaikan yang bakal diperolehi apabila kita perbanyakkan semua amalan ini.

#3. Muhasabah diri.

Tips seterusnya dalam persediaan diri sebelum menunaikan umrah adalah muhasabah diri. Dalam kata lainnya adalah mendekatkan diri kita dengan Allah. Perbanyakkan istighfar, qiamullai, serta perbanyakkan solat sunat tahajud.

#4. Taubat nasuha.

Kita pasti ada dosa. Pasti. Jadi bertaubatlah. Dan tinggallah segala perkara dan perbuatan mungkar. Bersihkan diri kita terlebih dahulu daripada dosa. Taubat nasuha ini ada beberapa syarat, antara lainnya adalah:

  • Menyesal atas segala dosa lampau
  • Perlu tinggalkan segera perbuatan dosa tersebut
  • Berazam tidak akan mengulangi perbuatan tersebut
  • Jika berdosa sesama insan, perlu memohon maaf daripada mereka terlebih dahulu dan kalau terambil hak orang, perlu segera pulangkan hak mereka.

#5. Perbaiki kualiti solat

Kalau solat kita kekal sama daripada dulu sampai ke hari ini, maka perlulah tambah baik. Contoh perbaiki agar solat kita lebih khusyuk tapi ada sedikitkan kepala kita memikirkan tentang dunia. Ini termasuk juga bacaan surah dan tajwid.

Diantara cara untuk memperbaiki solat kita agar lebih khusyuk adalah dengan memperbanyakkan solat sunat.

#6. Perbanyakkan puasa.

Kalau sebelum ini, sewaktu bulan Ramadhan pun ada yang tinggal puasa, maka perbetulkan. Dan di tambahkan lagi dengan puasa sunat. Puasa mampu menundukkan nafsu. Dan yang lebih penting, sebelum berangkat menunaikan umrah, ganti dahulu puasa yang tertinggal sebanyakkan mungkin. Dan kalau ada yang puasa nazar, laksanakanlah dengan segera.

#7. Belajar kawal perasaan dan bersabar.

Pastinya, kita akan diuji dengan macam macam perkara. Umum mengetahui, terlalu ramai manusia di tanah suci. Jadi, kesabaran amat penting. Ini juga termasuk nafsu kita apabila berada di sana. Takut nanti berubah apabila kita lebihkan membeli belah daripada niat kita yang sebenar.

#8. Jauhi sifat sombong.

Kalau sebelum ini, kita ada rasa sombong dalam diri, bermula esok, buang semua sifat itu. Apa yang mahu dibanggakan jika kita sekadar hamba padanya. Yang hidup menumpang di atas muka bumi ini. Apa yang lebih membimbangkan kalau kalau kita menjadi lebih lebih sombong apabila “Berjaya” menjejakkan kaki ke tanah suci mekah dan Madinah nanti.

#9. Istiqamah

Dan tips yang terakhir dalam Tips dan persediaan sebelum menunaikan umrah adalah istiqamah. Pastinya apa yang kita buat ini aka nada turun naik. Itu pasti. Mungkin awal kita bersemangat, namun di tengah nanti kita kembali kepada diri kita yang lama. Pada aku mudah, kalau benar benar ikhlas nak menunaikan umrah, maka perbetulkan diri. Selagi mana belum Berjaya ubah, buat sampai jadi. Ok?

Orait, Ada masa lagi 3 bulan ini, aku harap aku dan keluarga Berjaya memperbetulkan segala kelemahan dan tambah baik kualiti dalam setiap perkara. Aku doakan korang dan keluarga juga, insyaAllah, sama sama dapat menunaikan umrah dan haji. Ok! Doakan untuk kami juga ya! Jumpa lagi!

Kelebihan daun ketapang/Pati ketapang pada betta 

Kelebihan daun ketapang/Pati ketapang pada betta | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bagi mereka yang baru berminat untuk memelihara ikan laga atau betta, daun ketapang atau pati ketapang di antara perkara yang penting selain daripada makanan hidup. Kalau kita tengok, dalam bekas ikan betta tu dekat mana mana, air nya warna sedikit coklat, itu bermakna, ianya telah di campurkan dengan pati ketapang. Apakah Kelebihan daun ketapang/Pati ketapang pada betta? Ini jawapannya.

Kelebihan daun ketapang/Pati ketapang pada betta

Daun ketapang boleh dikatakan sebagai ubat semulajadi kepada ikan betta. Dan bagi mereka yang ingin mencari betta imbellis liar, kawasan yang dipenuhi dengan daun ketapang di dalam air juga merupakan salah satu daripada lokasi “kegemaran” ikan tersebut. Selain daripada itu, daun ketapang juga mampu mengeluarkan pati yang sangat bagus untuk ikan betta.

Baik, berikut merupakan Kelebihan daun ketapang/Pati ketapang pada betta:

1) Mampu menurunkan PH air

Air yang sesuai untuk ikan betta adalah air yang kurang akali dan tiada klorin. Sebab itu, jangan sesekali masukkan air terus daripada paip kedalam bekas ikan betta! Kalau tak sayang ikan, silalah cuba ya! Hehehe.

Daun ketapang/pati ketapang mampu menurunkan PH air dan mampu memberikan kesesuaian persekitaran kepada ikan betta.

2)  Mampu membunuh bakteria

Ianya juga dikenali sebagai medium untuk menghapuskan bacteria jahat yang boleh menyebabkan ikan sakit. Daun ketapang atau pati ketapang mampu menghalang bacteria ini daripada membiak di dalam air.

3) Mencegah penyakit.

Bila PH air cantik, bacteria pula tiada, maka ikan betta akan sihat walafiat hendaknya! Hehe, baguskan daun ketapang/pati ketapang pada ikan betta?

4) Merangsang ikan jantan untuk buat buih

Kalau nak tahu air tu cantik atau tidak, tengok pada yang jantan. Kalau banyak buih maka cantiklah air tu. Dan kalau nak PH air cantik, selepas tukar air, masukkan beberapa helai daun ketapang ataupun pati ketapang. Tunggu sekejap sahaja, tahu tahu, ikan jantan dah buat buih.

5) Sesuai untuk grooming ikan laga.

Dalam proses grooming ikan betta, pati ketapang merupakan bahan yang sangat penting. Ada seorang breeder betta Melaka beritahu aku, kalau nak grooming ikan betta, gunakan air dengan bancuhan pati ketapang yang pekat. Ha!

Oklah, aku aku rasa itu dah cukup kut untuk beritahu apakah Kelebihan daun ketapang/Pati ketapang pada betta. Sebenarnya ada banyak lagi, tapi 5 senarai di atas sudah memadai. Tapi dalam pada kita bercerita mengenai kelebihan, pasti ada keburukannya juga.

Keburukan daun ketapang pada ikan betta.

Keburukkannya adalah, kalau kita tak pilih daun yang benar benar kering, ianya akan menyebabkan air berminyak. Bila air berminyak, akan menyebabkan ikan sukar bernafas dan akhirnya betta akan mati. Ada yang beritahu, kalau nak masukkan daun ketapang dalam bekas ikan betta, pastikan batang tengah dibuang dahulu, hanya masukkan daunnya sahaja.

Oklah, cukup setakat ini perkongsian aku mengenai kelebihan daun ketapang/pati ketapang kepada ikan betta, dilain hari, aku tulis lagi mengenai betta Malaysia ya! Jumpa lagi!

 

anugerah tertinggi untuk haiwan

Tikus dapat anugerah tertinggi untuk haiwan | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, masih diberikan kesihatan yang baik sehingga ke hari ini, alhamdulilah. Baik! Malas sebenarnya nak menulis tentang wabak covid 19 yang dilihat semakin menunjukkan trend peningkatan. Kebanyakkan kes baru adalah datang daripada sabah. Semua pun tahu yang sabah baru sahaja selesai pilihan raya. Maka ramai jugalah yang pulang dari sana, dan bermula daripada sinilah banyak kes baru yang muncul.

Tapi aku tak mahu menulis tentang itu hari ini. Dan aku juga tak mahu menulis mengenai betta Malaysia (walaupun baru semalam aku berkunjung ke sebuah farm betta Melaka). Niat di hati semalam nak ambil seekor betta super black, tapi di sebabkan beberapa masalah, terpaksalah aku tunda dahulu.

Tapi tak apalah, farm baru yang aku jumpa ni tak jauh mana pun daripada rumah. Jadi, jika diberikan keizinan, maka sampailah satu masa nanti, insyaAllah.

Orait! waktu mencari cari info mengenai betta imbellis Malaysia, aku terbaca 1 artikel mengenai seekor tikus yang dianugerahkan dengan pingat emas. Dan pingat ini adalah pingat tertinggi untuk haiwan! Wah, aku pun baru tahu yang haiwan pun ada pingat. Hihihi.

Lebih menariknya lagi adalah, tikus yang diberi nama Magawa ini, dianugerahkan dengan pingat keberanian tertinggi untuk haiwan yang mana ianya adalah setaraf dengan penghormatan tertinggi untuk orang awam di united kingdom.

Al kisahnya macam mana si tikus ini boleh dapat anugerah pingat emas itu adalah kerana dia Berjaya mengesan 39 periuk api dan 28 peledak yang tidak meletup! Dia kesan kemudian beri “petunjuk” kepada pihak berkuasa. Dan pihak berkuasa akan memusnahkan periuk api tersebut.

Cuba bayangkan kalau kita berjalan dalam 1 kawasan dan kawasan tersebut dipenuhi dengan periuk api? Apa akan jadi? Ha! Atas sebab itulah, si Magawa ini diberikan anugerah tertinggi tersebut kerana di anggap telah Berjaya menyelamatkan nyawa manusia!

Tapi aku terfikir juga, bagaimana bentuk latihan yang diberikan kepada tikus ini sampai dia Berjaya kesan lokasi periuk api dengan baik. Apa pun, setiap yang ada di atas muka bumi ini, pasti membawa kebaikan. Dan tidaklah ianya dijadikan sebagai sia sia. Kan?

Kerajaan tambah lagi Bantuan Prihatin Nasional

Kerajaan tambah lagi Bantuan Prihatin Nasional! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selain daripada berita mengejutkan yang berlaku semalam (mengenai ura ura kejatuhan kerajaan PN), aku sebenarnya lebih tertarik kepada berita mengenai tambahan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0! Ya! Ini sedikit sebanyak melegakan banyak pihak terutamanya golongan B40.

Untuk bantuan tambahan ini, sebanyak RM1000 di tambah bagi golongan B40 yang mana, sebanyak RM700 akan di kreditkan ke dalam akaun pada penghujung bulan Oktober 2020 manakala lebihannya akan dikreditkan pada penghujung januari 2021.

Semua juga mengetahui bahawa moratorium akan tamat pada hujung bulan ini. Dan semestinya bayaran pinjaman akan mula di bayar bermula gaji bulan ini. Dan rata rata komen yang aku baca di facebook semalam, memohon agar, lanjutan moratorium di buat sekurang kurangnya sehingga penghujung tahun ini.

Dan pastinya, ramai yang akan terkesan dengan situasi ini kerana banyak perniagaan yang terkesan. Di tambah pula, agak sukar sebenarnya untuk mencari pekerjaan dalam situasi pandemik ini. Apa pun, seperti yang aku beritahu awal tadi, Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 ini sedikit sebanyak, bolehlah membantu.

Tidak membantu sepenuhnya kerana aku yakin, pendapatan negara juga pastinya terkesan dengan wabak covid ini. Dan oleh yang demikian, ramailah yang memohon agar lanjutan moratorium diberikan kepada semua golongan.

Sebabnya, buat masa ini, lanjutan moratorium diberikan kepada mereka yang hilang mata pencarian. Namun, ada juga mereka yang masih mempunyai pendapatan, tetap juga terkesan. Aku beri contoh, rakan rakan yang masih mempunyai gaji dan hanya memperoleh gaji bersih tanpa ada gaji “overtime”.

Ramai juga yang aku jumpa, beritahu masalah yang sama. Pendapatan bulanan banyak berkurang dek kerana tiada OT. Jadi, bila moratorium tamat, mereka ini juga pasti akan terkesan. Apa pun, aku Cuma cadangkan mereka ini jumpa sahaja dengan bank. Benda boleh bincang kan? Kalau aku nak tolong semua, masih belum mampu lagi. Hehe.

Apa pun, ucapan terima kasih kepada kerajaan di atas Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 ini. Dan kita yang menerima ini, kenalah pandai untuk uruskan wang tersebut. Janganlah di sia siakan ya! Boleh jadi, jika betul cara uruskan, boleh berganda nilai yang kita ada itu. Ok! Cukup  setakat itu, lain masa jumpa lagi. See ya!

 

makanan terbaik untuk anak ikan laga (Fry ikan laga)

5 makanan terbaik untuk anak ikan laga (Fry ikan laga) | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini aku nak kongsikan dengan korang pula, apakah makanan terbaik untuk anak ikan laga (fry ikan laga). Yang sebenarnya, agak susah kalau kita beri anak ikan laga makan pellet. Dan rata rata breeder yang aku jumpa, hampir kesemua daripada mereka akan cadangkan makanan “hidup” untuk fry ikan laga. Dan apakah makanan itu, lanjutkan bacaan korang!

Baik! Aku sebelum ini, ada juga breed ikan ikan laga aku. Hampir kesemuanya Berjaya dan malangnya tak tahan lama. Fry tu semua mati. Memang sedih! Bayangkan berapa banyak anak ikan laga yang terhasil, dan aku akui, semuanya silap aku juga. Semuanya boleh dikatakan sebab makanan.

Tapi, alhamdulilah, atas tunjuk ajar rakan rakan, aku belajar sedikit demi sedikit dan hari ini aku nak kongsikan dengan korang, 5 makanan terbaik untuk anak ikan laga (Fry ikan laga)!

makanan terbaik untuk anak ikan laga (Fry ikan laga)

#1. Artemia.

Artemia atau BBS adalah sejenis krustasea akuatik atau dalam bahasa mudahnya, udang air garam. Nak dapat bahan ini cukup mudah. Banyak terjual di pasaran. Saiznya yang kecil memang sangat baik untuk anak ikan laga (fry ikan laga). Hidupan ini juga bergerak tidak laju dan sesuai dengan fry yang kecil.

Artemia boleh ditetaskan dengan menggunakan pam atau tidak menggunakan pam. Untuk set pam artemia, boleh dapatkan daripada mana mana breeder ikan laga Malaysia dengan harga lebih kurang RM30 sahaja (samada lebih murah atau mahal daripada harga ini).

Atau ianya boleh ditetaskan tanpa menggunakan pam. Di lain masa, aku akan tulis cara tetaskan bbs tanpa perlu guna pam. InsyaAllah.

makanan terbaik untuk anak ikan laga (Fry ikan laga)

#2. Kutu air.

Ianya lebih kurang sama dengan Artemia tetapi saiznya besar sedikit. Dan pergerakannya lebih laju sedikit. Anak anak ikan laga akan memilih kutu air yang sesuai dengan mulut mereka sebagai makanan.

Kutu air ini boleh di dapati di sesetengah kedai juga dengan harga yang murah sahaja sebenarnya. Kebiasaan kedai akan menjual RM1 untuk 1 skop. Dan aku biasanya akan beli RM5.00. Itu pun dah cukup banyak dah tu untuk ikan laga!

Kalau tak tahu kat mana ada jual, dan tak mahu keluar duit. Boleh sahaja cari sendiri. Boleh buat carian di google, cara kenal pasti lokasi kutu air atau cara cara mencari dan menyauk kutu air. Hehehe.

makanan terbaik untuk anak ikan laga (Fry ikan laga)

#3. Microworm.

Microworm ataupun cacing halus. Aku belum pernah guna lagi microworm ni tapi dekat kawasan tempat tinggal aku, ada breeder yang jual sebekas RM10.00. saiznya yang kecil memang sangat sesuai untuk fry ikan laga.

Saiz yang kecil dan bergerak gerak akan menarik perhatian anak ikan laga. Ditambah pula makanan hidup, akan membuatkan fry ikan laga cepat besar dan cergas! Berbanding dengan pellet yang hanya terapung di atas air.

#4. Telur kuning

Telur kuning ini adalah pilihan terakhir jika kesemua makanan di atas tiada. Cara nak beri anak ikan laga makan telur kuning adalah dengan cara di bungkuskan telur kuning tu dengan kain nipis yang bersih. Kemudian rendamkan di dalam air. Anak ikan laga akan makan cairan daripada telur kuning tu.

Namun harus di ingatkan, kalau guna telur kuning, air akan cepat kotor, dan ini memang tak bagus untuk anak ikan laga. Dan air juga akan mudah berbau busuk!

Info tambahan makanan terbaik untuk anak ikan laga (Fry ikan laga)

Sebelum korang mula breed ikan laga, korang cari daun pisang kering dan rendamkan. Lama pun tak apa sebenarnya. Fungsinya adalah untuk menghasilkan infosuria. Ini juga sangat baik untuk anak anak ikan laga yang baru lahir. Tapi ianya hanya untuk sementara sahaja ya! Bila umur dan saiz mereka semakin membesar, korang kena beri BBS atau kutu air.

Oklah! Itu sahajalah perkongsian aku untuk makanan terbaik untuk anak ikan laga (Fry ikan laga). Semoga ianya memberi manfaat kepada semua! See ya!


Jenis jenis ikan laga atau betta | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini aku nak kongsikan dengan semua, jenis jenis ikan laga yang ada di pasaran sekarang. Memandangkan, ikan laga atau betta ini boleh dikatakan viral dan ramai yang mula minat kepadanya, aku cuba kongsikan sedikit apa yang aku tahu ya! Ada banyak jenis sebenarnya ikan laga atau betta ini, dan dalam setiap jenis itu pula ada pecahannya lagi. Jadi ayuh! Lanjutkan bacaan anda!

Jenis jenis ikan laga atau betta Malaysia!

Seperti yang aku beritahu tadi, ada pelbagai jenis ikan laga atau betta ini dan harganya juga berbeza. Ada yang murah dan ada yang mahal. Sefahaman aku, jenis ikan laga mahal buat masa ini adalah dari jenis avatar! Aduhai! Untuk female avatar yang belum siap (yang belum keluar warna) harganya paling murah aku dapat RM 150. Kalau warna dia dah siap, harganya paling kurang RM300, itu kira paling murah, paling mahal, boleh cecah ribuan juga!

Cumanya, aku suka jenis multicolour atau galaxy atau AOC. Jenis ini pada aku ikan laga paling cantik sebab warna dia. Mata aku memang suka memandang pada warna sebenarnya. Tapi untuk betta multicolour top grade, harganya juga bukan murah! Untuk Betta multicolour male top quality pun paling murah RM300. Aduhai!

Oklah, jom kita belajar Jenis jenis ikan laga atau betta yang ada di pasaran sekarang ya!



#1. Halfmoon betta

Jenis ini mudah nak kenal, hanya lihat pada ekornya yang kembang berbentuk bulan separuh. Halfmoon betta yang sempurna mempunyai ekor yang berbentuk 180 darjah. Aku ada seekor jenis ini. Warna full black. Hehehe.



#2. Crowntail betta (CT Betta)

Rasanya, ini yang banyak mendapat permintaan di pasaran sekarang. Bentuknya lebih kurang sama dengan halfmoon, Cuma berbeza pada bahagian hujung ekornya. Crowntail ini sebenarnya panggilan orang luar negara sebab ekor dia nampak macam mahkota. Kalau dekat Malaysia, kita panggil matahari. Sebab nampak macam matahari kan ekornya tu.



#3. Halfmoon plakat (HMPK)

Seterusnya dalam jenis jenis ikan laga adalah halfmoon plakat. Jenis ini boleh dilihat pada bentuk ekornya yang berbentuk kembang seperti halfmoon.


#4. Plakat

Bentuk plakat sama sahaja macam HMPK, tetapi berbeza pada ekornya. Ianya tidak kembang seperti HMPK. Dan sirip atasnya juga terlihat pendek.



#5. Double tail betta (DT Betta)

Double tail atau lebih dikenali dengan nama DT Betta. Bila sebut double pun dah jelas kan. Ekor betta dari jenis ini ada 2. Jenis ini ada pelbagai. Ada Halfmoon DT, Crowntail DT, giant dan macam macam lagi.



#6. Veiltail betta.

Jenis ini boleh dilihat pada bahagian ekornya. Berbentuk seperti langsir. Boleh lihat pada gambar di atas ya!



#7. Giant betta.

Sewaktu comp di Melaka baru baru ini, aku baru berkesempatan untuk lihat sendiri giant betta. Bila sebut giant, saiznya pasti lebih besar daripada betta biasa. Rupanya pada mata aku sedikit “bengis” daripada betta biasa. Harganya? Ada yang mencecah RM500!



#8. Dumbo betta.

Jenis ini boleh dilihat pada sirip kanan dan kiri yang bersaiz besar berbanding betta biasa. Juga terdapat dalam pelbagai variasi betta di atas.



#9. Rosetail betta

Bentuk rosetail betta lebih kurang sama dengan halfmoon betta. Tetapi jenis ini mempunyai ekor yang berbentuk bunga dan beralun.



#10. Feather tail betta

Lebih kurang sama dengan yang diatas cumanya jenis ini ekornya lebih tajam seperti bulu burung.

Oklah, rasanya itu sahajalah yang aku boleh kongsikan tentang jenis jenis ikan laga yang ada. insyaAllah, nanti aku tulis pula jenis warna ikan laga yang ada. Bila cerita bab warna ni, pasti akan jadi panjang sebab banyaknya warna warna yang ada! Tapi itulah keindahan dunia ini, ada pelbagai hidupan yang menarik boleh kita lihat! Ok lah, sampai jumpa lagi! See ya!

makanan terbaik untuk ikan laga betta

Kutu air : Makanan terbaik untuk ikan laga/betta? | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nampaknya ikan laga atau betta semakin mendapat tempat di dalam masyarakat Malaysia. Ikan laga atau ada yang panggil ikan Karin ni sebenarnya dah lama ada peminatnya sendiri. Cumanya dulu, ikan laga ni tak berapa menarik sangat (pada mata aku). Tapi sekarang, zaman berubah, ada pelbagai variasi betta di dalam Malaysia.

Selepas terjebak kembali (dek kerana rakan-rakan sekeliling mula minat betta) maka aku pun mula mencari baka baka terbaik betta Malaysia. Ada banyak sebenarnya baka ikan betta ni. Ada yang ambil baka daripada Thailand atau Indonesia kemudian “breed” sendiri. Maka terhasil lah pelbagai variasi betta.

Buat masa sekarang, aku dah ada koleksi betta HMPK galaxy dan multicolor. Aku juga ada jenis betta halfmoon dan jenis ikan laga biasa. Dan masih dalam pencarian baka baka terbaik betta seperti Avatar. Aku lebih cenderung pada multicolor sebenarnya. Dan galaxy serta AOC. Lebih pada sedap mata memandang. Hehe.

makanan terbaik untuk ikan laga betta

Tapi kali ini aku bukan nak bercerita mengenai jenis jenis betta. Tapi nak bercerita tentang makanan terbaik untuk ikan laga/betta.

Kutu air : Makanan terbaik untuk ikan laga/betta?


Sebenarnya ada pelbagai pellet untuk ikan laga/betta ni. Tapi daripada pencarian aku tentang ikan laga ni, banyak yang mencadangkan agar ikan laga/betta ni diberikan makanan hidup. Dan di antara makan hidup itu adalah kutu air.

Mesti ramai yang tak tahu macamana rupa kutu air tu kan? Aku kongsikan dengan korang macamana rupa kutu air tu:

makanan terbaik untuk ikan laga betta

makanan terbaik untuk ikan laga betta

Ahha! Kutu air ni sebenarnya mudah je nak cari. Pergi sauk je bak kata kawan kawan aku. Dapat yang warna merah je yang baik tu. Tapi ada breeder betta yang ternak sendiri kutu air ni. Nak ternak kutu air tak susah mana pun, semudah ABC. Hehehe.

Selain ianya sangat baik untuk betta, kutu air juga mampu mengawal kualiti air. Kalau sebelum ini, aku lebih suka beri betta aku makan pellet khas untuk ikan laga. Tapi selepas beri makan kutu air, air tak mudah kotor. Bila air tak kotor, maka tak perlulah kerap tukar air ikan (penatnya tukar air ikan ni, tahu tahu sahajalah kan) hehehe.

Selain itu, ikan akan jadi lebih aktif bila makan kutu air. Sebab kutu air ni hidup, jadi mereka akan berenang dalam tank. Betta akan berpusing pusing nak makan kutu air. Jika dibandingkan dengan pellet, makanan ini hanya terapung di atas.

Apa pun, lain orang, lain caranya kan. Lebih mudah sebenarnya beri ikan makan pellet. Sebab kering dan hanya letak dalam bekas. Nak beri makan kutu air, sebaiknya beri ikan makan kutu air hidup. Nak beri yang hidup, sama ada kita cari sendiri atau boleh beli. Kemudian, nak bela kutu hidup ni, kena juga beri makan.

Kalau jenis mereka yang bela betta ni tak punya kesempatan waktu, memang pellet lah yang terbaik untuk kalian. Hahaha. Tapi kalau sayang dan nak betta korang cantic, maka Kutu air adalah makanan terbaik untuk ikan laga/betta!

Newer Posts
Older Posts

Find Here

Translate

Terima Kasih!

Powered by Blogger.

Cerita Lama

  • ►  2022 (23)
    • ►  October (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (4)
    • ►  March (10)
    • ►  February (4)
    • ►  January (1)
  • ►  2021 (108)
    • ►  December (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (14)
    • ►  May (8)
    • ►  April (17)
    • ►  March (19)
    • ►  February (19)
    • ►  January (21)
  • ▼  2020 (82)
    • ►  December (4)
    • ►  November (7)
    • ►  October (1)
    • ▼  September (7)
      • 9 Tips dan persediaan sebelum menunaikan umrah
      • Kelebihan daun ketapang/Pati ketapang pada betta
      • Tikus dapat anugerah tertinggi untuk haiwan
      • Kerajaan tambah lagi Bantuan Prihatin Nasional!
      • 5 makanan terbaik untuk anak ikan laga (Fry ikan l...
      • Jenis jenis ikan laga atau betta
      • Kutu air : Makanan terbaik untuk ikan laga/betta?
    • ►  August (6)
    • ►  July (4)
    • ►  May (7)
    • ►  April (6)
    • ►  March (12)
    • ►  February (17)
    • ►  January (11)
  • ►  2019 (50)
    • ►  December (5)
    • ►  November (6)
    • ►  October (13)
    • ►  September (4)
    • ►  August (2)
    • ►  July (3)
    • ►  June (2)
    • ►  May (10)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2018 (44)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (9)
    • ►  April (1)
    • ►  March (2)
    • ►  February (12)
    • ►  January (13)
  • ►  2017 (182)
    • ►  December (7)
    • ►  November (9)
    • ►  October (24)
    • ►  September (15)
    • ►  August (26)
    • ►  July (17)
    • ►  June (6)
    • ►  May (25)
    • ►  April (28)
    • ►  March (24)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (6)
    • ►  December (1)
    • ►  November (5)
  • ►  2015 (19)
    • ►  October (19)

My Blog List

  • VOCKET
    SKMM Arahkan Syarikat Telekomunikasi Halang Pautan URL Dalam SMS
  • Denaihati – Blog Tips Kehidupan
    Maksud Doa qunut subuh
  • Aliff Channel
    Pengemis Warga Asing Raih Pendapatan RM500 Sehari?
  • Blog Lifestyle Otai Blogger Malaysia
    Kos Yuran Masuk ke MRSM Tingkatan 1
  • Bro Framestone
    Selebriti Hadir Memeriahkan Nostalgia Retro Raya & MAHA BUFFET di Maeps, Serdang
  • The Patriots
    Genting Bidai: Laluan Lama Selangor-Pahang
  • It's Poobritney!
    Special Announcement for All of You!
  • sayidahnapisahdotcom
    Senarai Penuh Kabinet Baru Menteri Malaysia PM Anwar 2022
  • MrEjoy
    Baru ada peluang untuk menulis..
  • Syok Makan
    5 kelebihan air rendaman kurma yang ramai tidak tahu
  • ahmadfaizal.com
    Hari Anugerah Cemerlang Budak Sekolah
  • Cik Epal
    Yayyy! Instagram Cik Epal dah verified!
  • Maria Yusoff
    Kerabu ulam Sempoi
  • SukaShares
    Anda pasti tak percaya dengan hadiah wang tunai yang dimenangi Juara Piala Dunia 2018 ini!
  • Jutawanbitcoin
    Harga bitcoin terus naik dan menaik!
  • Makan jer Kerja! | Your Blog Description
Show 5 Show All

Trending!

  • Cara mudah tukarkan Sijil SSP BSN kepada wang tunai.
  • 3 Idea buat duit online 2017
  • Cara paling mudah tukar template blog.
  • Apakah maksud mimpi kutip duit syiling menurut islam
Blogged.my

Rakan Mrejoy

@INSTAGRAM
Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates