Tikus dapat anugerah tertinggi untuk haiwan
Tikus dapat anugerah tertinggi untuk haiwan | Assalamualaikum dan salam
sejahtera. Alhamdulilah, masih diberikan kesihatan yang baik sehingga ke hari
ini, alhamdulilah. Baik! Malas sebenarnya nak menulis tentang wabak covid 19
yang dilihat semakin menunjukkan trend peningkatan. Kebanyakkan kes baru adalah
datang daripada sabah. Semua pun tahu yang sabah baru sahaja selesai pilihan
raya. Maka ramai jugalah yang pulang dari sana, dan bermula daripada sinilah banyak
kes baru yang muncul.
Tapi aku
tak mahu menulis tentang itu hari ini. Dan aku juga tak mahu menulis mengenai betta Malaysia (walaupun baru semalam
aku berkunjung ke sebuah farm betta Melaka).
Niat di hati semalam nak ambil seekor betta
super black, tapi di sebabkan beberapa masalah, terpaksalah aku tunda
dahulu.
Tapi tak
apalah, farm baru yang aku jumpa ni tak jauh mana pun daripada rumah. Jadi,
jika diberikan keizinan, maka sampailah satu masa nanti, insyaAllah.
Orait!
waktu mencari cari info mengenai betta
imbellis Malaysia, aku terbaca 1 artikel mengenai seekor tikus yang
dianugerahkan dengan pingat emas. Dan pingat ini adalah pingat tertinggi untuk
haiwan! Wah, aku pun baru tahu yang haiwan pun ada pingat. Hihihi.
Lebih menariknya
lagi adalah, tikus yang diberi nama Magawa ini, dianugerahkan dengan pingat
keberanian tertinggi untuk haiwan yang mana ianya adalah setaraf dengan
penghormatan tertinggi untuk orang awam di united kingdom.
Al kisahnya
macam mana si tikus ini boleh dapat anugerah pingat emas itu adalah kerana dia Berjaya
mengesan 39 periuk api dan 28 peledak yang tidak meletup! Dia kesan kemudian
beri “petunjuk” kepada pihak berkuasa. Dan pihak berkuasa akan memusnahkan
periuk api tersebut.
Cuba bayangkan
kalau kita berjalan dalam 1 kawasan dan kawasan tersebut dipenuhi dengan periuk
api? Apa akan jadi? Ha! Atas sebab itulah, si Magawa ini diberikan anugerah
tertinggi tersebut kerana di anggap telah Berjaya menyelamatkan nyawa manusia!
Tapi aku
terfikir juga, bagaimana bentuk latihan yang diberikan kepada tikus ini sampai
dia Berjaya kesan lokasi periuk api dengan baik. Apa pun, setiap yang ada di
atas muka bumi ini, pasti membawa kebaikan. Dan tidaklah ianya dijadikan
sebagai sia sia. Kan?
0 Comments