Jenis jenis ikan laga atau betta
Jenis jenis ikan laga atau betta | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini aku nak kongsikan dengan semua, jenis jenis ikan laga yang ada di pasaran sekarang. Memandangkan, ikan laga atau betta ini boleh dikatakan viral dan ramai yang mula minat kepadanya, aku cuba kongsikan sedikit apa yang aku tahu ya! Ada banyak jenis sebenarnya ikan laga atau betta ini, dan dalam setiap jenis itu pula ada pecahannya lagi. Jadi ayuh! Lanjutkan bacaan anda!
Jenis jenis ikan laga atau betta Malaysia!
Seperti
yang aku beritahu tadi, ada pelbagai jenis ikan laga atau betta ini dan
harganya juga berbeza. Ada yang murah dan ada yang mahal. Sefahaman aku, jenis ikan laga mahal buat masa ini
adalah dari jenis avatar! Aduhai! Untuk female avatar yang belum siap (yang
belum keluar warna) harganya paling murah aku dapat RM 150. Kalau warna dia dah
siap, harganya paling kurang RM300, itu kira paling murah, paling mahal, boleh
cecah ribuan juga!
Cumanya,
aku suka jenis multicolour atau galaxy atau AOC. Jenis ini pada aku ikan laga paling cantik sebab warna
dia. Mata aku memang suka memandang pada warna sebenarnya. Tapi untuk betta
multicolour top grade, harganya juga bukan murah! Untuk Betta multicolour male top quality pun paling murah RM300. Aduhai!
Oklah, jom
kita belajar Jenis jenis ikan laga atau
betta yang ada di pasaran sekarang ya!
#1. Halfmoon betta
Jenis ini
mudah nak kenal, hanya lihat pada ekornya yang kembang berbentuk bulan separuh.
Halfmoon betta yang sempurna mempunyai ekor yang berbentuk 180 darjah. Aku ada
seekor jenis ini. Warna full black. Hehehe.
#2. Crowntail betta (CT Betta)
Rasanya,
ini yang banyak mendapat permintaan di pasaran sekarang. Bentuknya lebih kurang
sama dengan halfmoon, Cuma berbeza pada bahagian hujung ekornya. Crowntail ini
sebenarnya panggilan orang luar negara sebab ekor dia nampak macam mahkota. Kalau
dekat Malaysia, kita panggil matahari. Sebab nampak macam matahari kan ekornya
tu.
#3. Halfmoon plakat (HMPK)
Seterusnya dalam
jenis jenis ikan laga adalah
halfmoon plakat. Jenis ini boleh dilihat pada bentuk ekornya yang berbentuk
kembang seperti halfmoon.
![]() |
#4. Plakat
Bentuk plakat
sama sahaja macam HMPK, tetapi berbeza pada ekornya. Ianya tidak kembang
seperti HMPK. Dan sirip atasnya juga terlihat pendek.
#5. Double tail betta (DT Betta)
Double tail
atau lebih dikenali dengan nama DT Betta. Bila sebut double pun dah jelas kan. Ekor
betta dari jenis ini ada 2. Jenis ini ada pelbagai. Ada Halfmoon DT, Crowntail
DT, giant dan macam macam lagi.
#6. Veiltail betta.
Jenis ini
boleh dilihat pada bahagian ekornya. Berbentuk seperti langsir. Boleh lihat
pada gambar di atas ya!
#7. Giant betta.
Sewaktu comp di Melaka baru baru ini, aku baru berkesempatan untuk lihat sendiri giant betta. Bila sebut giant, saiznya pasti lebih besar daripada betta biasa. Rupanya pada mata aku sedikit “bengis” daripada betta biasa. Harganya? Ada yang mencecah RM500!
#8. Dumbo betta.
Jenis ini
boleh dilihat pada sirip kanan dan kiri yang bersaiz besar berbanding betta
biasa. Juga terdapat dalam pelbagai variasi betta di atas.
#9. Rosetail betta
Bentuk rosetail
betta lebih kurang sama dengan halfmoon betta. Tetapi jenis ini mempunyai ekor
yang berbentuk bunga dan beralun.
#10. Feather
tail betta
Lebih kurang
sama dengan yang diatas cumanya jenis ini ekornya lebih tajam seperti bulu
burung.
Oklah,
rasanya itu sahajalah yang aku boleh kongsikan tentang jenis jenis ikan laga yang ada. insyaAllah, nanti aku tulis pula jenis warna ikan laga yang ada. Bila cerita
bab warna ni, pasti akan jadi panjang sebab banyaknya warna warna yang ada! Tapi
itulah keindahan dunia ini, ada pelbagai hidupan yang menarik boleh kita lihat!
Ok lah, sampai jumpa lagi! See ya!
0 Comments