Kelebihan daun ketapang/Pati ketapang pada betta
Kelebihan daun ketapang/Pati ketapang pada
betta |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bagi mereka yang baru berminat untuk
memelihara ikan laga atau betta, daun ketapang atau pati ketapang di antara
perkara yang penting selain daripada makanan hidup. Kalau kita tengok, dalam
bekas ikan betta tu dekat mana mana, air nya warna sedikit coklat, itu
bermakna, ianya telah di campurkan dengan pati ketapang. Apakah Kelebihan daun ketapang/Pati ketapang pada
betta? Ini jawapannya.
Kelebihan daun ketapang/Pati ketapang pada betta
Daun ketapang
boleh dikatakan sebagai ubat semulajadi kepada ikan betta. Dan bagi mereka yang
ingin mencari betta imbellis liar, kawasan yang dipenuhi dengan daun ketapang
di dalam air juga merupakan salah satu daripada lokasi “kegemaran” ikan
tersebut. Selain daripada itu, daun ketapang juga mampu mengeluarkan pati yang
sangat bagus untuk ikan betta.
Baik,
berikut merupakan Kelebihan daun
ketapang/Pati ketapang pada betta:
1) Mampu menurunkan PH air
Air yang
sesuai untuk ikan betta adalah air yang kurang akali dan tiada klorin. Sebab itu,
jangan sesekali masukkan air terus daripada paip kedalam bekas ikan betta! Kalau
tak sayang ikan, silalah cuba ya! Hehehe.
Daun ketapang/pati
ketapang mampu menurunkan PH air dan mampu memberikan kesesuaian persekitaran
kepada ikan betta.
2) Mampu membunuh bakteria
Ianya juga
dikenali sebagai medium untuk menghapuskan bacteria jahat yang boleh
menyebabkan ikan sakit. Daun ketapang atau pati ketapang mampu menghalang bacteria
ini daripada membiak di dalam air.
3) Mencegah penyakit.
Bila PH air
cantik, bacteria pula tiada, maka ikan betta akan sihat walafiat hendaknya! Hehe,
baguskan daun ketapang/pati ketapang pada ikan betta?
4) Merangsang ikan jantan untuk buat buih
Kalau nak
tahu air tu cantik atau tidak, tengok pada yang jantan. Kalau banyak buih maka
cantiklah air tu. Dan kalau nak PH air cantik, selepas tukar air, masukkan
beberapa helai daun ketapang ataupun pati ketapang. Tunggu sekejap sahaja, tahu
tahu, ikan jantan dah buat buih.
5) Sesuai untuk grooming ikan laga.
Dalam proses
grooming ikan betta, pati ketapang
merupakan bahan yang sangat penting. Ada seorang breeder betta Melaka beritahu aku, kalau nak grooming ikan betta,
gunakan air dengan bancuhan pati ketapang yang pekat. Ha!
Oklah, aku
aku rasa itu dah cukup kut untuk beritahu apakah Kelebihan daun ketapang/Pati ketapang pada betta. Sebenarnya ada
banyak lagi, tapi 5 senarai di atas sudah memadai. Tapi dalam pada kita
bercerita mengenai kelebihan, pasti ada keburukannya juga.
Keburukan daun ketapang pada ikan betta.
Keburukkannya
adalah, kalau kita tak pilih daun yang benar benar kering, ianya akan
menyebabkan air berminyak. Bila air berminyak, akan menyebabkan ikan sukar
bernafas dan akhirnya betta akan mati. Ada yang beritahu, kalau nak masukkan
daun ketapang dalam bekas ikan betta, pastikan batang tengah dibuang dahulu,
hanya masukkan daunnya sahaja.
Oklah, cukup setakat ini perkongsian aku mengenai kelebihan daun ketapang/pati ketapang kepada ikan betta, dilain hari, aku tulis lagi mengenai betta Malaysia ya! Jumpa lagi!
0 Comments