Kerajaan tambah lagi Bantuan Prihatin Nasional!
Kerajaan tambah lagi Bantuan Prihatin Nasional! | Assalamualaikum dan salam
sejahtera. Selain daripada berita mengejutkan yang berlaku semalam (mengenai ura
ura kejatuhan kerajaan PN), aku sebenarnya lebih tertarik kepada berita
mengenai tambahan Bantuan Prihatin
Nasional (BPN) 2.0! Ya! Ini sedikit sebanyak melegakan banyak pihak
terutamanya golongan B40.
Untuk
bantuan tambahan ini, sebanyak RM1000 di tambah bagi golongan B40 yang mana,
sebanyak RM700 akan di kreditkan ke dalam akaun pada penghujung bulan Oktober
2020 manakala lebihannya akan dikreditkan pada penghujung januari 2021.
Semua juga
mengetahui bahawa moratorium akan tamat pada hujung bulan ini. Dan semestinya
bayaran pinjaman akan mula di bayar bermula gaji bulan ini. Dan rata rata komen
yang aku baca di facebook semalam, memohon agar, lanjutan moratorium di buat
sekurang kurangnya sehingga penghujung tahun ini.
Dan pastinya,
ramai yang akan terkesan dengan situasi ini kerana banyak perniagaan yang
terkesan. Di tambah pula, agak sukar sebenarnya untuk mencari pekerjaan dalam
situasi pandemik ini. Apa pun, seperti yang aku beritahu awal tadi, Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 ini
sedikit sebanyak, bolehlah membantu.
Tidak
membantu sepenuhnya kerana aku yakin, pendapatan negara juga pastinya terkesan
dengan wabak covid ini. Dan oleh yang demikian, ramailah yang memohon agar
lanjutan moratorium diberikan kepada semua golongan.
Sebabnya,
buat masa ini, lanjutan moratorium diberikan kepada mereka yang hilang mata
pencarian. Namun, ada juga mereka yang masih mempunyai pendapatan, tetap juga
terkesan. Aku beri contoh, rakan rakan yang masih mempunyai gaji dan hanya
memperoleh gaji bersih tanpa ada gaji “overtime”.
Ramai juga
yang aku jumpa, beritahu masalah yang sama. Pendapatan bulanan banyak berkurang
dek kerana tiada OT. Jadi, bila moratorium tamat, mereka ini juga pasti akan
terkesan. Apa pun, aku Cuma cadangkan mereka ini jumpa sahaja dengan bank. Benda
boleh bincang kan? Kalau aku nak tolong semua, masih belum mampu lagi. Hehe.
Apa pun, ucapan terima kasih kepada kerajaan di atas Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 ini. Dan kita yang menerima ini, kenalah pandai untuk uruskan wang tersebut. Janganlah di sia siakan ya! Boleh jadi, jika betul cara uruskan, boleh berganda nilai yang kita ada itu. Ok! Cukup setakat itu, lain masa jumpa lagi. See ya!
0 Comments