Kutu air : Makanan terbaik untuk ikan laga/betta?

Kutu air : Makanan terbaik untuk ikan
laga/betta? |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nampaknya ikan laga atau betta semakin
mendapat tempat di dalam masyarakat Malaysia. Ikan laga atau ada yang panggil
ikan Karin ni sebenarnya dah lama ada peminatnya sendiri. Cumanya dulu, ikan
laga ni tak berapa menarik sangat (pada mata aku). Tapi sekarang, zaman
berubah, ada pelbagai variasi betta di dalam Malaysia.
Selepas terjebak
kembali (dek kerana rakan-rakan sekeliling mula minat betta) maka aku pun mula
mencari baka baka terbaik betta Malaysia. Ada banyak sebenarnya baka ikan betta
ni. Ada yang ambil baka daripada Thailand atau Indonesia kemudian “breed”
sendiri. Maka terhasil lah pelbagai variasi betta.
Buat masa
sekarang, aku dah ada koleksi betta HMPK galaxy dan multicolor. Aku juga ada
jenis betta halfmoon dan jenis ikan laga biasa. Dan masih dalam pencarian baka
baka terbaik betta seperti Avatar. Aku lebih cenderung pada multicolor sebenarnya.
Dan galaxy serta AOC. Lebih pada sedap mata memandang. Hehe.

Tapi kali
ini aku bukan nak bercerita mengenai jenis jenis betta. Tapi nak bercerita
tentang makanan terbaik untuk ikan laga/betta.
Kutu air : Makanan terbaik untuk ikan laga/betta?
Sebenarnya ada
pelbagai pellet untuk ikan laga/betta ni. Tapi daripada pencarian aku tentang
ikan laga ni, banyak yang mencadangkan agar ikan laga/betta ni diberikan
makanan hidup. Dan di antara makan hidup itu adalah kutu air.
Mesti ramai
yang tak tahu macamana rupa kutu air tu kan? Aku kongsikan dengan korang
macamana rupa kutu air tu:


Ahha! Kutu air
ni sebenarnya mudah je nak cari. Pergi sauk je bak kata kawan kawan aku. Dapat yang
warna merah je yang baik tu. Tapi ada breeder betta yang ternak sendiri kutu
air ni. Nak ternak kutu air tak susah mana pun, semudah ABC. Hehehe.
Selain ianya
sangat baik untuk betta, kutu air juga mampu mengawal kualiti air. Kalau sebelum
ini, aku lebih suka beri betta aku makan pellet khas untuk ikan laga. Tapi selepas
beri makan kutu air, air tak mudah kotor. Bila air tak kotor, maka tak perlulah
kerap tukar air ikan (penatnya tukar air ikan ni, tahu tahu sahajalah kan)
hehehe.
Selain itu,
ikan akan jadi lebih aktif bila makan kutu air. Sebab kutu air ni hidup, jadi
mereka akan berenang dalam tank. Betta akan berpusing pusing nak makan kutu
air. Jika dibandingkan dengan pellet, makanan ini hanya terapung di atas.
Apa pun,
lain orang, lain caranya kan. Lebih mudah sebenarnya beri ikan makan pellet. Sebab
kering dan hanya letak dalam bekas. Nak beri makan kutu air, sebaiknya beri
ikan makan kutu air hidup. Nak beri yang hidup, sama ada kita cari sendiri atau
boleh beli. Kemudian, nak bela kutu hidup ni, kena juga beri makan.
Kalau jenis
mereka yang bela betta ni tak punya kesempatan waktu, memang pellet lah yang
terbaik untuk kalian. Hahaha. Tapi kalau sayang dan nak betta korang cantic,
maka Kutu air adalah makanan terbaik untuk ikan laga/betta!
0 Comments