5 makanan terbaik untuk anak ikan laga (Fry ikan laga)
5 makanan terbaik untuk anak ikan laga (Fry
ikan laga) |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini aku nak kongsikan dengan korang
pula, apakah makanan terbaik untuk anak ikan laga (fry ikan laga). Yang sebenarnya,
agak susah kalau kita beri anak ikan laga makan pellet. Dan rata rata breeder yang
aku jumpa, hampir kesemua daripada mereka akan cadangkan makanan “hidup” untuk
fry ikan laga. Dan apakah makanan itu, lanjutkan bacaan korang!
Baik! Aku sebelum
ini, ada juga breed ikan ikan laga aku. Hampir kesemuanya Berjaya dan malangnya
tak tahan lama. Fry tu semua mati. Memang sedih! Bayangkan berapa banyak anak
ikan laga yang terhasil, dan aku akui, semuanya silap aku juga. Semuanya boleh
dikatakan sebab makanan.
Tapi,
alhamdulilah, atas tunjuk ajar rakan rakan, aku belajar sedikit demi sedikit
dan hari ini aku nak kongsikan dengan korang, 5 makanan terbaik untuk anak ikan laga (Fry ikan laga)!
#1. Artemia.
Artemia atau
BBS adalah sejenis krustasea akuatik atau dalam bahasa mudahnya, udang air
garam. Nak dapat bahan ini cukup mudah. Banyak terjual di pasaran. Saiznya yang
kecil memang sangat baik untuk anak ikan laga (fry ikan laga). Hidupan ini juga
bergerak tidak laju dan sesuai dengan fry yang kecil.
Artemia boleh
ditetaskan dengan menggunakan pam atau tidak menggunakan pam. Untuk set pam
artemia, boleh dapatkan daripada mana mana breeder
ikan laga Malaysia dengan harga lebih kurang RM30 sahaja (samada lebih
murah atau mahal daripada harga ini).
Atau ianya
boleh ditetaskan tanpa menggunakan pam. Di lain masa, aku akan tulis cara tetaskan bbs tanpa perlu guna pam.
InsyaAllah.
#2. Kutu air.
Ianya lebih
kurang sama dengan Artemia tetapi saiznya besar sedikit. Dan pergerakannya
lebih laju sedikit. Anak anak ikan laga akan memilih kutu air yang sesuai
dengan mulut mereka sebagai makanan.
Kutu air
ini boleh di dapati di sesetengah kedai juga dengan harga yang murah sahaja
sebenarnya. Kebiasaan kedai akan menjual RM1 untuk 1 skop. Dan aku biasanya
akan beli RM5.00. Itu pun dah cukup banyak dah tu untuk ikan laga!
Kalau tak
tahu kat mana ada jual, dan tak mahu keluar duit. Boleh sahaja cari sendiri. Boleh
buat carian di google, cara kenal pasti
lokasi kutu air atau cara cara
mencari dan menyauk kutu air. Hehehe.
#3. Microworm.
Microworm ataupun
cacing halus. Aku belum pernah guna lagi microworm ni tapi dekat kawasan tempat
tinggal aku, ada breeder yang jual sebekas RM10.00. saiznya yang kecil memang
sangat sesuai untuk fry ikan laga.
Saiz yang
kecil dan bergerak gerak akan menarik perhatian anak ikan laga. Ditambah pula
makanan hidup, akan membuatkan fry ikan laga cepat besar dan cergas! Berbanding
dengan pellet yang hanya terapung di atas air.
#4. Telur kuning
Telur kuning
ini adalah pilihan terakhir jika kesemua makanan di atas tiada. Cara nak beri
anak ikan laga makan telur kuning adalah dengan cara di bungkuskan telur kuning
tu dengan kain nipis yang bersih. Kemudian rendamkan di dalam air. Anak ikan
laga akan makan cairan daripada telur kuning tu.
Namun harus di ingatkan, kalau guna telur kuning, air akan cepat kotor, dan ini memang tak bagus untuk anak ikan laga. Dan air juga akan mudah berbau busuk!
Info tambahan
makanan terbaik untuk anak ikan laga
(Fry ikan laga)
Sebelum korang
mula breed ikan laga, korang cari daun pisang kering dan rendamkan. Lama pun tak
apa sebenarnya. Fungsinya adalah untuk menghasilkan infosuria. Ini juga sangat
baik untuk anak anak ikan laga yang baru lahir. Tapi ianya hanya untuk
sementara sahaja ya! Bila umur dan saiz mereka semakin membesar, korang kena
beri BBS atau kutu air.
Oklah! Itu sahajalah perkongsian aku untuk makanan terbaik untuk anak ikan laga (Fry ikan laga). Semoga ianya memberi manfaat kepada semua! See ya!
0 Comments