facebook twitter tumblr instagram linkedin
  • Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Learn Blogging
  • Documentation
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Download This Template

Mrejoy


punca tapak kaki sebelah kanan sakit

Apakah punca tapak kaki sebelah kanan sakit? | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, hari ini ada sedikit ruang untuk aku kongsikan cerita mengenai sakit tapak kaki ni. Al kisahnya, beberapa minggu lepas, sebaik bangun sahaja dari tidur, tapak kaki sebelah kanan aku sakit. Sakitnya tu sampai susah nak berjalan. Tapi aku gagahkan juga. Waktu itu tak fikir sangat pun apakah punca sakit pada telapak kaki kanan bagian tengah.

Awal tu, Cuma fikir sakit kaki biasa jek. Pergi kerja macam biasa, tapi jalan dah mula terjengket-jengket. Bila lama berjalan, dah mula betis sebelah kanan nak “cramp”. Kemudian aku ke klinik untuk ambil ubat. Doctor yang periksa waktu itu Cuma bagi ubat sakit urat dan ubat tahan sakit.

Bila makan ubat itu, memang rasa sakit itu hilang. Tapi sakit lain pulak yang datang! Aku demam! Tinggi jugak suhu waktu itu, 38°C. Demam la kan. Dalam keadaan wabak yang melanda sekarang, kalau kata demam ni, semua boleh jadi terkait je nanti. Jadinya aku duduk diam di rumah dan alhamdulilah, 2 hari lepas tu aku sihat sepenuhnya.

Punca sakit pada telapak kaki kanan bagian tengah.

Alhamdulilah, lepas sihat, aku sempat juga pergi mengurut. Dan kata tukang urut tu, aku memang ada masalah urat. Dan selepas mengurut tu, memang sakit tapak kaki kanan bahagian tengah tu hilang. Jadi,rutin harian aku berjalan seperti biasa.

Tapi apakan daya, beberapa hari lepas, sakit yang sama datang menyerang kembali! Kaki sebelah kanan jadi sakit semula. Nak berjalan sukar, nak solat susah, semua jadi susah. Aduhai, pening fikir apa punca sakit tapak kaki ni?

Kawan kawan yang tengok semua cakap benda yang sama, ha! Ini tanda awal sakit gout ni! Ahh! Mana mungkin! Sebab, sefahaman aku, orang yang kena gout ni, kaki dia bengkak! Kemudian merah ni. Nak berjalan pun teramat sakit. Tapi kaki aku tak bengkak. Dan masih boleh berjalan, Cuma sakit sikit pada bahagian tapak kaki kanan tu.

Aku buat keputusan nak jumpa doctor lagi. Nak juga tahu apa punca sakit tapak kaki bahagian tengah ni. Kalau kita dapat tahu punca, masa depan, kita boleh protect awal kan. Kalau kena jaga makan, kita jaga la makan, betul tak?

punca tapak kaki sebelah kanan sakit

Lepas dari pemeriksaan, doctor kata, aku mengalami masalah plantar fasciitis. Jadinya bukan sakit gout la. Doctor siap gelak kan aku, dikatanya aku terlalu percayakan kawan kawan aku. Ahh! Dah kalau semua cakap benda yang sama, siapa yang tak risau kan? Ok, baik, apa itu plantar fasciitis?

plantar fasciitis itu sejenis tisu panjang yang ada dekat tapak kaki kita ni. Panjang dia tu, dari ibu jari sampai tumit. Fungsi tisu ini pulak, adalah untuk menyerap hentakan di kaki kita ni. Dalam kes tertentu, tisu ini akan mengalami masalah radang.

Jadinya, apa yang boleh aku simpulkan adalah, punca sakit tapak kaki bahagian tengah adalah disebabkan radang. Tapi, punca ianya berlaku, tak berapa jelas. Mungkin juga disebabkan kita terlalu memaksa tisu tersebut atau mungkin tapak kaki terlalu sejuk yang menyebabkan tapi kaki “cramp”, itu aku sendiri tak pasti.

Tapi dari bacaan aku di beberapa lama web. Ianya mungkin berpunca daripada berat badan yang tidak sesuai. Badan besar, kaki kecik. Jadi tekanan mungkin berlebihan pada tapak kaki. Mungkin juga disebabkan oleh otot betis yang kerap tegang menjadi punca kepada sakit tapak kaki bahagian tengah ni.

Apa yang boleh dibuat adalah, boleh cuba cari kasut yang sesuai. Sebab takut juga tapak kasut yang kita pakai tu tak sesuai. Atau boleh juga kerap letakkan ais pada tapak kaki. Dan cara paling mudah, makan ubat. Tapi sejenis aku, aku tak berapa suka sangat dengan ubat ni. Terdapat jenis jenis senaman juga untuk merawat sakit tapak kaki bahagian tengah ini.

Ianya tidak memerlukan pembedahan pun, cumanya mengambil masa sedikit untuk sembuh. Cuma dalam tempoh sembuh tu, jangan buat aktiviti lasak. Dan kurangkan tekanan pada kaki yang sakit. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua ya!

 

rezeki Allah itu luas

Hidup ada banyak pilihan | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sejak dua menjak ni, ada banyak perkara di luar kawalan yang berlaku dalam hidup aku. Terlalu banyak perubahan yang memaksa aku berubah. Terlalu banyak benda baru yang aku kena belajar. Bukan setakat belajar malah ianya di tambah dengan tekanan. Tapi hidup kita banyak pilihan kan?

Ya! Hidup kita ni ada banyak pilihan. Sebagai contoh, kalau pekerjaan kita sekarang, buatkan kita selalu tertekan. Buatkan kita selalu rasa nak marah, merungut, atau banyak lagi perkara negative. Kenapa perlu kita kekal dalam kerja yang sama kan? Kan kita ada banyak pilihan dalam hidup?

Aku selalu cakap dengan kawan kawan sekerja aku. Kalau kau pilih untuk terus kekal dalam kedudukan kau sekarang, maksudnya kau terima seadanya apa sahaja yang berlaku. Dalam erti kata lain, kau sendiri pilih jalan ini, jadi kau kena terima. Berhenti merungut, itu tak betul ini tak betul, semua tak betul.

Tak ada siapa yang paksa kita untuk kekal bekerja. Jadi, walaupun tahu pekerjaan itu teruk,stress tapi kita tetap mahu bekerja, jadi berhenti merungut.

Hidup kita sebenarnya ada banyak pilihan. Selalu juga aku pesan pada rakan rakan sekerja. Kita bukan pokok yang kekal dekat tanah. Kita manusia. Kita berhak bergerak dan membuat keputusan. Kalau pilih untuk kekal, terima seadanya. Kalau pilih untuk bahagia, mula lepaskan.

Tapi dalam banyak jawapan yang aku terima, boleh kata hampir kesemua memberikan jawapan yang sama iaitu, mereka terpaksa kerana fikirkan keluarga. Mungkin ibu bapa, anak isteri atau sesiapa sahaja. Sebab itu, mahu tak mahu, kena terus kekal bekerja.

Aku suka Tanya soalan, pernah tak marah anak anak? Isteri? Yelah, insan yang hebat, pastinya mereka akan tinggalkan segala masalah di tempat kerja dan pulang ke rumah dengan keadaan gembira.

Tapi menariknya, boleh kata ramai yang menjawab, ada masanya mereka terlepas juga. Maksudnya, tekanan di tempat kerja di bawa pulang ke rumah.

Dekat sini dah boleh nampak, tekanan kerja itu tak habis macam itu sahaja. Mereka tak pernah lupa dan tekanan itu kekal ada dalam diri. Nak cerita pasal tekanan ni, pada awal, memang kita boleh hadap, tapi bila terlalu banyak yang tersimpan, 1 hari nanti, pasti akan beri kesan pada diri kita.

Sebab itu aku selalu cakap, hidup kita ada banyak pilihan. Kalau rasa itu yang terbaik, maka terima seadanya. Jika tak, pilih jalan lain. Simpan dalam hati, rezeki Allah terlalu luas. Luasnya bumi ini sampai kita tak mampu pergi setiap genap ruang pun dalam dunia ini sepanjang umur kita.

Jadi percayalah, rezeki Allah itu seluas langit dengan bumi. Jangan hanya melihat kepada beberapa kelebihan sampai terlupa banyaknya kelebihan kalau kita berhijrah. Jangan pernah takut, sebab Allah dah tetapkan rezeki kita. Dan selagi mana kita berusaha, pasti ada ganjarannya.

Sentiasa ingat, kita bukan pokok. Kita manusia. Dan kita ada banyak pilihan. Maka pilihlah dengan betul.

status terbaru pengeluaran Akaun 1 KWSP


Apa status terbaru pengeluaran Akaun 1 KWSP? | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aku pasti bukan aku sahaja yang tertunggu-tunggu apakah status terbaru pengeluaran Akaun 1 kwsp ini malahan kesemua pencarum juga turut sama menanti. Memang benar, ianya telah di umumkan pada perbentangan bajet 2021 namun, tak siapa yang bersetuju dengannya. Terlalu banyak syarat yang dikenakan! Dan pengeluaran hanya bersasar.

Sehingga ke hari ini, ada banyak rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat Malaysia mengenai wang kwsp ini. Ini adalah wang yang dipotong daripada gaji setiap pencarum pada setiap bulan tanpa pernah miss pun. Aku dah kerja hampir 15 tahun, dan tidak pernah sekali pun, potongan kwsp ini gagal. Setiap bulan potong.

Dan dalam pada saat dan ketika nya, ketika wabak covid-19 ni, yang tak siapa tahu, sampai bila akan selesai. Dalam pada kebanyakkan orang semakin terdesak. Bukan setakat mereka yang dibuang kerja, dipotong elaun dan sebagainya. Malahan ianya turut dirasai hampir segenap pelusuk rakyat Malaysia. Semua terkesan dengan wabak covid-19 ini.

Dan di waktu, rakyat meminta pengeluaran duit mereka sendiri. Dan dalam pada itu, terdapat banyak syarat yang nampaknya, menyukarkan pencarum untuk mengeluarkan wang sendiri. Suri rumah contohnya, mereka pasti ada sebab mereka sendiri kenapa mereka mahukan pengeluaran akaun 1 kwsp ini diberikan kepada semua.

Yang lebih memeritkan, mereka yang tidak bersetuju dengan pengeluaran ini mengecam habis habisan! Kenapa nak kena kecam? Bukan duit kamu yang kena potong tiap bulan. Dan kalau pun mereka yang keluarkan sekarang, akan susah kelak sewaktu pencen (aku pasti kalau pun mereka terkesan, bukan kerana pengeluaran RM10,000 ini) bukan kamu yang nak datang tolong. Mereka sendiri yang kena hadap.

Pucuk pangkal, hak masing-masing samada nak keluarkan atau tidak. Mereka nak buat apa dengan duit itu, itu hak mereka. Kita masing-masing ada pilihan kan. Betul caranya, betul lah. Dan yang lebih penting, itu hak mereka.

Apa pun, aku sangat berharap agar pengeluaran ini diberikan kepada semua pencarum dan tidak bersasar. Setiap daripada kita ada kesusahan masing-masing. Jadi biar kami yang buat pilihan samada mahu keluarkan atau pilih untuk terus menyimpan.


PKPB Melaka Di Tamatkan lebih awal!

PKPB Melaka Di Tamatkan lebih awal! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, hati tu memang tersangatlah gembira bila dapat tahu PKPB bagi negeri Melaka ditamatkan lebih awal. Perintah kawalan pergerakan bersyarat ini akan berakhir pada hari ini iaitu 21 Nov 2020. Buat peniaga seperti aku, perkhabaran ini tersangatlah aku tunggu-tunggu. Selain daripada berita kelulusan pengeluaran RM10,000 akaun 1 kwsp bagi semua pencarum.

Yang sebenarnya, aku ada juga keluar sewaktu tempoh PKPB di laksanakan di Melaka tempoh hari. Al kisahnya, wife aku ada berniaga online. Jadi banyak tempahan untuk COD luar daripada kawasan alor gajah. Anak bongsu aku pula sejenis yang tak boleh berpisah langsung dengan ibu dia. Bab ini pun sampai ke hari ini aku masih mencari jalan. Tak tahu dah nak buat macam mana.

Wife pula sejenis yang tak boleh nak memandu jauh memandang dia ada masalah pada bahagian mata sebelah kiri (kesan daripada kemalangan ngeri yang berlaku beberapa tahun lepas). Jadi mahu tidak mahu, aku lah yang kena memandu.

Apabila aku perlu memandu, jadinya kena bawa 1 keluarga. Penuh kereta kami 5 beranak. Berbeza dengan peraturan PKPB yang membenarkan hanya 2 orang dalam 1 kereta. Takutnya itu, tak tahu lah nak kata apa sebab RM1,000 itu tersangatlah besar untuk kami beri macam itu sahaja.

Tetapi, duduk berdiam diri di rumah juga bukan pilihan terbaik. Kena juga keluar mencari rezeki untuk tambah keperluan keluarga.

Jadinya, bila MKN umumkan PKPB Melaka di tamatkan lebih awal, memang kami bersyukur sangat-sangat. Rasanya bukan kami sahaja, malah kesemua peniaga dan rakyat Melaka pasti bersyukur. Apa pun, dalam pada bersyukur tu, SOP tetap juga kena jaga kan.

Selepas daripada perkara ini, yang paling di tunggu tunggu sekarang adalah mengenai pengeluaran akaun 1 KWSP. Aku memang berharap sangat agar ianya diberikan kepada semua. Tidak hanya bersasar. Terpulang kepada pencarum tersebut samada memilih untuk keluarkan atau tidak.

Mengenai bagaimana pencarum mahu gunakan duit itu, terserah. Kerana setiap daripada kita, pasti ada kesusahan masing-masing. Apa pun, sama-sama lah kita tunggu keputusan kerajaan mengenai pengeluaran One off RM10,000 akaun 1 KWSP diluluskan untuk semua pencarum.

 

 

Bila anak mula belajar dari rumah

Bila anak mula belajar dari rumah.. | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terkini, seluruh Malaysia berada di dalam perintah PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) kecuali perlis, pahang dan Kelantan. Akibat daripada PKPB ini, sekolah mula di tutup dan anak anak akan mula belajar daripada rumah. Ramai ibu bapa yang menyatakan kegusaran mereka terutamanya pasangan yang bekerja. Namun, ianya tidak terkecuali buat kami sekeluarga. Banyak perkara yang aku risaukan bila anak anak mula belajar daripada rumah.

Yang sebenarnya, ikutkan anak aku boleh kata kerap juga tidak ke sekolah (selepas daripada kesan wabak covid-19). Kalau ke sekolah, balik mesti batuk & selsema. Kemudian aku rehatkan, dah baik, hantar semula ke sekolah, tak lama lepas tu, mesti akan batuk semula.

Pernah satu ketika, anak aku cerita, ada kawan dia, batuk dan muntah-muntah di sekolah. Sampai guru terpaksa telefon ibu bapa pelajar untuk datang dan ambil anak mereka. Bab ini memang buat aku tak senang duduk. Kadang jadi hairan dengan sesetengah ibu bapa. Jika dari awal dah tahu anak anak tidak sihat, jangan sesekali hantar anak ke sekolah.

Berbalik semula pada cerita perintah PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat), bila mana sekolah tutup, aku jadi cukup risau.

Pertamanya, aku risau pembelajaran anak aku. Ini adalah kerana, isteri aku perlu focus kepada dua orang lagi anak aku. Bila mana nak focus kepada yang sulung, yang no 2 dan 3 mesti tak senang duduk. Jadinya suasana memang akan kacau bilau jadinya nanti.

Ada yang kata, ahh! Kita kena pandai uruskan anak anak. Buat mereka yang berkata begitu, ketahuilah, bercakap tidak semudah melakukannya.

Kemudian, bila start belajar dari rumah ni, kena lah kita siapakan “ruang” untuk mereka. Kena beli printer lagi, sebab banyak nak kena print latihan sekolah. Itu belum cerita mengenai tambahan data di sebabkan banyak kena online.

Memang banyak cabaran sebenarnya bila anak anak mula belajar daripada rumah ni. Yelah, kita bukan guru, jadi pastinya berbeza pengajarannya. Kena pulak, isteri aku terpaksa uruskan semua. Jadi pasti ada yang tertinggal sedikit sebanyak.

Part paling berat pada aku adalah, bila mana nak suruh mereka “attend” kelas. Bayangkan, nak pantau anak supaya betul-betul ikut kelas, waktu itu pulak anak yang lain meragam. Nak makan, nak minum, nak buang air kecil, macam-macam.

Waktu ini, memang menduga betul buat ibu-ibu yang menjaga anak di rumah kan?

Apa pun, tiada siapa yang menduga kesan pandemic ini terlalu besar hingga merubah semuanya. Kita perlu berubah seiring dengan perubahan dunia. insyaAllah, kita sama sama doakan agar wabak ini segera selesai tugasnya dan di angkat semula ke langit, insyaAllah. Aminnn.

 

Pengeluaran akaun 1 KWSP diluluskan

Pengeluaran akaun 1 KWSP diluluskan! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, masih diberikan kesempatan untuk menulis di blog ini, mrejoy.com dan diberikan kesihatan diri dan keluarga, aminnn, alhamdulilah. Baik! Isu pengeluaran akaun 1 KWSP nampaknya semakin panas sejak dua menjak ini. Ini berikutan cadangan daripada mantan PM sebelum ini yang mencadangkan pengeluaran one off sebanyak RM10,000 daripada akaun 1 kwsp.

Jika sebelum ini kerajaan telah meluluskan pengeluaran maksimum RM500 daripada akaun 2 melalui i-lestari, terkini, ada cadangan yang meminta kerajaan agar meluluskan pula pengeluaran daripada akaun 1 kwsp. Ini adalah kerana ramai rakyat yang terkesan dengan wabak covid-19 yang kini mengalami gelombang kedua.

Dalam beberapa hari ini, jika kita lihat, banyak syarikat besar yang mula memberhentikan pekerja secara besar besaran. Antara contohnya syarikat penerbangan di Malaysia. Ini adalah kerana kesan daripada ekonomi yang semakin menekan syarikat syarikat ini.

Itu belum termasuk dengan bidang perhotelan. Yang mana ramai juga yang terkesan dek kerana tiada pelancong luar mahupun pelancong dalam negara yang tersekat samada kerana perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) atau pun, ramai yang memilih untuk kekal berada di rumah kerana risau dengan wabak covid-19 ini.

Banyak lagi sector yang terkesan dan ramai yang diberhentikan kerja. Dan atas desakan itu, wujud desakan agar kerajaan membenarkan pengeluaran secara one off sebanyak RM10,000 daripada akaun 1 kwsp. Dan seperti biasa, ramai yang bersetuju dan pastinya ramai juga yang tidak bersetuju.

Bagi mereka yang tidak bersetuju, di antara hujah mereka adalah kwsp adalah simpanan persaraan. Jadi ianya tidak sepatutnya digunakan untuk apa sahaja alasan. Dan mereka mengharapkan agar cara lain difikirkan berbanding penggunaan wang daripada simpanan kwsp.

Namun, pada pendapat aku pula, pengeluaran ini sangat penting. Ini adalah kerana, dalam situasi genting seperti ini, wang ini sememangnya sangat membantu. Tambahan, hanya RM10,000 dan bukan permohonan untuk mengeluarkan kesemua wang daripada akaun KWSP.

Jika pengeluaran kesemua wang daripada akaun 1 kwsp, itu benar akan memberi kesan kepada simpanan hari tua. Tapi hanya pengeluaran sebanyak RM10,000 sahaja yang di minta. Dan pemotongan bulanan kwsp tetap berjalan. Bagi aku, tiada masalah di situ jika pemohonan ini diluluskan.

Dan kita semua sangat berharap agar wabak ini segera selesai. Dan pastinya selepas itu ramai yang akan mula bekerja kembali dan pastinya juga, pemotongan kwsp akan dibuat. Jadinya simpanan itu pasti kekal ada.

Apa pun, setiap daripada kita ada pendapat masing masing dan pilihan. Kalau tak mahu keluarkan wang daripada akaun 1 kwsp, itu pilihan anda. Tetapi ramai yang terkesan dan diberhentikan kerja sangat berharap agar kerajaan meluluskan pengeluaran daripada akaun 1 kwsp ini. Pada aku, ianya lebih baik daripada mereka yang terkesan ini daripada membuat tambahan hutang yang pastinya akan menambah beban dalam hidup mereka.

Apa pula pendapat korang tentang pengeluaran akaun 1 kwsp ini?


 

Berehat seketika daripada dunia Ikan laga Malaysia (betta Malaysia)

Berehat seketika daripada dunia Ikan laga Malaysia (betta Malaysia) | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Baru baru ni aku jatuh sakit. Jadi aku tak dapat nak focus untuk jaga ikan ikan laga yang ada dekat rumah. Semua harapkan wife untuk beri makan dan tukar air. Kalau seekor dua, mungkin boleh layan lagi, tapi lebih kurang 15 ekor juga ikan laga tidak termasuk 3 bekas fry ikan laga. Dan disebabkan itu, aku buat keputusan untuk Berehat seketika daripada dunia Ikan laga Malaysia (betta Malaysia)!

Pada awalnya, aku agak berat hati juga untuk lepaskan semua ikan laga aku. Sebabnya ada beberapa ekor ikan yang dah menjadi kesayangan anak anak aku. Juga ada beberapa ekor yang “berpotensi” untuk menyerlah. Tapi apakan daya, lepas berbincang dengan isteri aku, aku bulatkan keputusan untuk beri secara percuma kesemua ikan laga aku pada seorang kawan sekerja aku.

Jenis jenis koleksi ikan laga (betta) kepunyaanku.

Tak banyak sebenarnya koleksi ikan laga yang aku ada. Dalam koleksi aku, aku ada avatar line, multicolour betta dan giant multicolour betta.

Sebabnya aku lebih suka tengok variasi warna ikan betta ini. Itu yang aku focus pada betta multicolour sahaja. Dan untuk avatar line, aku ada 6 ekor kesemuanya. Untuk giant multicolour, ada 3 ekor dan selebihnya adalah multicolour.

Sayang memang sayang betul. Sebab untuk avatar line, aku ambil dari usia 1 bulan lebih dengan seorang breeder Melaka. Saiz memang kecil sangat waktu itu. Rasanya banyak masa dihabiskan untuk jaga mereka.

Sehinggalah anak anak ini semakin membesar. Dan warna mereka mula menyerlah, aku di datangi “ujian sementara”. Akibat daripada itu, aku lepaskan kesemua. Penat lelah, masa untuk jaga mereka. Aku lepaskan begitu sahaja tanpa ada apa apa kos. Aku beri pada kawan aku semuanya secara percuma sahaja!

Anak sulung sedih sebab aku nak bagi ikan laga pada orang lain.

Mulanya dia ada Tanya juga, kenapa aku bungkus semua ikan laga aku ni. Aku jawab jujur, aku nak beri pada orang sebab aku tak mampu nak jaga. Katanya dia mampu untuk jaga tapi aku percaya, dia sebenarnya belum cukup mampu. Jadi aku tetap dengan keputusan untuk beri pada orang lain.

Sedih memang sedih bila tengok riak muka anak aku. Yelah, ikan kesayangan dia, nak bagi dekat orang lain. Berulang kali juga dia Tanya, apakah betul aku nak bagi pada orang. Aku Cuma berjanji, bila keadaan semua baik semula, aku akan belikan dia ikan yang baru.

Bela ikan laga betta ini memang seronok bila kita mula daripada awal. Bila kita tengok warna-warna yang ada pada ikan laga ini, rasa puas hati betul. Rasa sayang pasti kuat bila kita bela mereka daripada kecil.

Apa pun, insyaAllah, satu hari nanti aku akan mula kembali bela ikan laga betta ini. Mungkin juga untuk penuhi janji dengan anak aku yang boleh kata kerap juga Tanya, bila nak beli semula ikan laga. Apa pun, semoga industri ikan laga Malaysia akan berkembang maju di masa akan datang!

Newer Posts
Older Posts

Find Here

Translate

Terima Kasih!

Powered by Blogger.

Cerita Lama

  • ►  2022 (22)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (4)
    • ►  March (10)
    • ►  February (4)
    • ►  January (1)
  • ►  2021 (108)
    • ►  December (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (14)
    • ►  May (8)
    • ►  April (17)
    • ►  March (19)
    • ►  February (19)
    • ►  January (21)
  • ▼  2020 (82)
    • ►  December (4)
    • ▼  November (7)
      • Apakah punca tapak kaki sebelah kanan sakit?
      • Hidup ada banyak pilihan
      • Apa status terbaru pengeluaran Akaun 1 KWSP?
      • PKPB Melaka Di Tamatkan lebih awal!
      • Bila anak mula belajar dari rumah..
      • Pengeluaran akaun 1 KWSP diluluskan!
      • Berehat seketika daripada dunia Ikan laga Malaysia...
    • ►  October (1)
    • ►  September (7)
    • ►  August (6)
    • ►  July (4)
    • ►  May (7)
    • ►  April (6)
    • ►  March (12)
    • ►  February (17)
    • ►  January (11)
  • ►  2019 (50)
    • ►  December (5)
    • ►  November (6)
    • ►  October (13)
    • ►  September (4)
    • ►  August (2)
    • ►  July (3)
    • ►  June (2)
    • ►  May (10)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2018 (44)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (9)
    • ►  April (1)
    • ►  March (2)
    • ►  February (12)
    • ►  January (13)
  • ►  2017 (182)
    • ►  December (7)
    • ►  November (9)
    • ►  October (24)
    • ►  September (15)
    • ►  August (26)
    • ►  July (17)
    • ►  June (6)
    • ►  May (25)
    • ►  April (28)
    • ►  March (24)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (6)
    • ►  December (1)
    • ►  November (5)
  • ►  2015 (19)
    • ►  October (19)

My Blog List

  • The Patriots
    Kesilapan Yang Membunuh Amelia Earhart?
  • VOCKET
    ‘Mujur Tak Digilis’ – Situasi Bayi Tercicir Atas Jalan Raya Undang Kerisauan Netizen
  • Aliff Channel
    15 Tempat Menarik Di Lumut Untuk Melancong
  • Denaihati – Blog Tips Kehidupan
    Penetapan harga siling ayam elak tekanan lebih besar kepada inflasi makanan
  • Blog Lifestyle Otai Blogger Malaysia
    Top 7 Reasons Why Wordpress Is Perfect for Bloggers In 2022
  • Bro Framestone
    Antabax dan R.E.A.L Kids Berganding Benteras Penyebaran Penyakit Tangan, Kaki, dan Mulut (HFMD)
  • MrEjoy
    Susahnya nak cari kerja sekarang ni
  • sayidahnapisahdotcom
    30++ background ucapan kad raya digital 2022 | edit letak gambar je nanti!
  • Syok Makan
    5 kelebihan air rendaman kurma yang ramai tidak tahu
  • It's Poobritney!
    Apa Yang Menarik di Bird Park Kuala Lumpur?
  • ahmadfaizal.com
    Hari Anugerah Cemerlang Budak Sekolah
  • Cik Epal
    Yayyy! Instagram Cik Epal dah verified!
  • Maria Yusoff
    Kerabu ulam Sempoi
  • SukaShares
    Anda pasti tak percaya dengan hadiah wang tunai yang dimenangi Juara Piala Dunia 2018 ini!
  • Jutawanbitcoin
    Harga bitcoin terus naik dan menaik!
  • Makan jer Kerja! | Your Blog Description
Show 5 Show All

Trending!

  • Cara mudah tukarkan Sijil SSP BSN kepada wang tunai.
  • 3 Idea buat duit online 2017
  • Cara paling mudah tukar template blog.
  • Apakah maksud mimpi kutip duit syiling menurut islam
Blogged.my

Rakan Mrejoy

@INSTAGRAM
Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates