PKPB Melaka Di Tamatkan lebih awal!
PKPB Melaka Di Tamatkan lebih awal! | Assalamualaikum dan salam
sejahtera. Alhamdulilah, hati tu memang tersangatlah gembira bila dapat tahu
PKPB bagi negeri Melaka ditamatkan lebih awal. Perintah kawalan pergerakan
bersyarat ini akan berakhir pada hari ini iaitu 21 Nov 2020. Buat peniaga
seperti aku, perkhabaran ini tersangatlah aku tunggu-tunggu. Selain daripada
berita kelulusan pengeluaran RM10,000 akaun 1 kwsp bagi semua pencarum.
Yang sebenarnya,
aku ada juga keluar sewaktu tempoh PKPB di laksanakan di Melaka tempoh hari. Al
kisahnya, wife aku ada berniaga online. Jadi banyak tempahan untuk COD luar
daripada kawasan alor gajah. Anak bongsu aku pula sejenis yang tak boleh
berpisah langsung dengan ibu dia. Bab ini pun sampai ke hari ini aku masih
mencari jalan. Tak tahu dah nak buat macam mana.
Wife pula
sejenis yang tak boleh nak memandu jauh memandang dia ada masalah pada bahagian
mata sebelah kiri (kesan daripada kemalangan ngeri yang berlaku beberapa tahun
lepas). Jadi mahu tidak mahu, aku lah yang kena memandu.
Apabila aku
perlu memandu, jadinya kena bawa 1 keluarga. Penuh kereta kami 5 beranak. Berbeza
dengan peraturan PKPB yang membenarkan hanya 2 orang dalam 1 kereta. Takutnya itu,
tak tahu lah nak kata apa sebab RM1,000 itu tersangatlah besar untuk kami beri
macam itu sahaja.
Tetapi,
duduk berdiam diri di rumah juga bukan pilihan terbaik. Kena juga keluar
mencari rezeki untuk tambah keperluan keluarga.
Jadinya,
bila MKN umumkan PKPB Melaka di tamatkan lebih awal, memang kami bersyukur
sangat-sangat. Rasanya bukan kami sahaja, malah kesemua peniaga dan rakyat Melaka
pasti bersyukur. Apa pun, dalam pada bersyukur tu, SOP tetap juga kena jaga
kan.
Selepas daripada
perkara ini, yang paling di tunggu tunggu sekarang adalah mengenai pengeluaran
akaun 1 KWSP. Aku memang berharap sangat agar ianya diberikan kepada semua. Tidak
hanya bersasar. Terpulang kepada pencarum tersebut samada memilih untuk
keluarkan atau tidak.
Mengenai bagaimana
pencarum mahu gunakan duit itu, terserah. Kerana setiap daripada kita, pasti
ada kesusahan masing-masing. Apa pun, sama-sama lah kita tunggu keputusan
kerajaan mengenai pengeluaran One off RM10,000 akaun 1 KWSP diluluskan untuk
semua pencarum.
0 Comments