Bila anak mula belajar dari rumah..
Bila anak mula belajar dari rumah.. | Assalamualaikum dan salam
sejahtera. Terkini, seluruh Malaysia berada di dalam perintah PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan
Bersyarat) kecuali perlis, pahang dan Kelantan. Akibat daripada PKPB ini,
sekolah mula di tutup dan anak anak akan mula belajar daripada rumah. Ramai ibu
bapa yang menyatakan kegusaran mereka terutamanya pasangan yang bekerja. Namun,
ianya tidak terkecuali buat kami sekeluarga. Banyak perkara yang aku risaukan
bila anak anak mula belajar daripada rumah.
Yang sebenarnya,
ikutkan anak aku boleh kata kerap juga tidak ke sekolah (selepas daripada kesan
wabak covid-19). Kalau ke sekolah, balik mesti batuk & selsema. Kemudian aku
rehatkan, dah baik, hantar semula ke sekolah, tak lama lepas tu, mesti akan batuk
semula.
Pernah satu
ketika, anak aku cerita, ada kawan dia, batuk dan muntah-muntah di sekolah. Sampai
guru terpaksa telefon ibu bapa pelajar untuk datang dan ambil anak mereka. Bab ini
memang buat aku tak senang duduk. Kadang jadi hairan dengan sesetengah ibu
bapa. Jika dari awal dah tahu anak anak tidak sihat, jangan sesekali hantar
anak ke sekolah.
Berbalik semula
pada cerita perintah PKPB (Perintah
Kawalan Pergerakan Bersyarat), bila mana sekolah tutup, aku jadi cukup
risau.
Pertamanya,
aku risau pembelajaran anak aku. Ini adalah kerana, isteri aku perlu focus kepada
dua orang lagi anak aku. Bila mana nak focus kepada yang sulung, yang no 2 dan
3 mesti tak senang duduk. Jadinya suasana memang akan kacau bilau jadinya
nanti.
Ada yang
kata, ahh! Kita kena pandai uruskan anak anak. Buat mereka yang berkata begitu,
ketahuilah, bercakap tidak semudah melakukannya.
Kemudian,
bila start belajar dari rumah ni, kena lah kita siapakan “ruang” untuk mereka. Kena
beli printer lagi, sebab banyak nak kena print latihan sekolah. Itu belum
cerita mengenai tambahan data di sebabkan banyak kena online.
Memang banyak
cabaran sebenarnya bila anak anak mula belajar daripada rumah ni. Yelah, kita
bukan guru, jadi pastinya berbeza pengajarannya. Kena pulak, isteri aku
terpaksa uruskan semua. Jadi pasti ada yang tertinggal sedikit sebanyak.
Part paling
berat pada aku adalah, bila mana nak suruh mereka “attend” kelas. Bayangkan,
nak pantau anak supaya betul-betul ikut kelas, waktu itu pulak anak yang lain
meragam. Nak makan, nak minum, nak buang air kecil, macam-macam.
Waktu ini,
memang menduga betul buat ibu-ibu yang menjaga anak di rumah kan?
Apa pun,
tiada siapa yang menduga kesan pandemic ini terlalu besar hingga merubah
semuanya. Kita perlu berubah seiring dengan perubahan dunia. insyaAllah, kita sama
sama doakan agar wabak ini segera selesai tugasnya dan di angkat semula ke
langit, insyaAllah. Aminnn.
0 Comments