Hidup ada banyak pilihan
Hidup ada banyak pilihan | Assalamualaikum dan salam
sejahtera. Sejak dua menjak ni, ada banyak perkara di luar kawalan yang berlaku
dalam hidup aku. Terlalu banyak perubahan yang memaksa aku berubah. Terlalu banyak
benda baru yang aku kena belajar. Bukan setakat belajar malah ianya di tambah
dengan tekanan. Tapi hidup kita banyak pilihan kan?
Ya! Hidup kita
ni ada banyak pilihan. Sebagai contoh, kalau pekerjaan kita sekarang, buatkan
kita selalu tertekan. Buatkan kita selalu rasa nak marah, merungut, atau banyak
lagi perkara negative. Kenapa perlu kita kekal dalam kerja yang sama kan? Kan
kita ada banyak pilihan dalam hidup?
Aku selalu
cakap dengan kawan kawan sekerja aku. Kalau kau pilih untuk terus kekal dalam
kedudukan kau sekarang, maksudnya kau terima seadanya apa sahaja yang berlaku. Dalam
erti kata lain, kau sendiri pilih jalan ini, jadi kau kena terima. Berhenti merungut,
itu tak betul ini tak betul, semua tak betul.
Tak ada siapa yang paksa kita untuk kekal bekerja. Jadi, walaupun tahu pekerjaan itu teruk,stress tapi kita tetap mahu bekerja, jadi berhenti merungut.
Hidup kita
sebenarnya ada banyak pilihan. Selalu juga aku pesan pada rakan rakan sekerja. Kita
bukan pokok yang kekal dekat tanah. Kita manusia. Kita berhak bergerak dan
membuat keputusan. Kalau pilih untuk kekal, terima seadanya. Kalau pilih untuk
bahagia, mula lepaskan.
Tapi dalam
banyak jawapan yang aku terima, boleh kata hampir kesemua memberikan jawapan
yang sama iaitu, mereka terpaksa kerana fikirkan keluarga. Mungkin ibu bapa,
anak isteri atau sesiapa sahaja. Sebab itu, mahu tak mahu, kena terus kekal
bekerja.
Aku suka Tanya
soalan, pernah tak marah anak anak? Isteri? Yelah, insan yang hebat, pastinya
mereka akan tinggalkan segala masalah di tempat kerja dan pulang ke rumah
dengan keadaan gembira.
Tapi menariknya,
boleh kata ramai yang menjawab, ada masanya mereka terlepas juga. Maksudnya,
tekanan di tempat kerja di bawa pulang ke rumah.
Dekat sini
dah boleh nampak, tekanan kerja itu tak habis macam itu sahaja. Mereka tak
pernah lupa dan tekanan itu kekal ada dalam diri. Nak cerita pasal tekanan ni,
pada awal, memang kita boleh hadap, tapi bila terlalu banyak yang tersimpan, 1
hari nanti, pasti akan beri kesan pada diri kita.
Sebab itu
aku selalu cakap, hidup kita ada banyak pilihan. Kalau rasa itu yang terbaik,
maka terima seadanya. Jika tak, pilih jalan lain. Simpan dalam hati, rezeki
Allah terlalu luas. Luasnya bumi ini sampai kita tak mampu pergi setiap genap
ruang pun dalam dunia ini sepanjang umur kita.
Jadi percayalah,
rezeki Allah itu seluas langit dengan bumi. Jangan hanya melihat kepada
beberapa kelebihan sampai terlupa banyaknya kelebihan kalau kita berhijrah. Jangan
pernah takut, sebab Allah dah tetapkan rezeki kita. Dan selagi mana kita
berusaha, pasti ada ganjarannya.
Sentiasa ingat,
kita bukan pokok. Kita manusia. Dan kita ada banyak pilihan. Maka pilihlah
dengan betul.
0 Comments