Berehat seketika daripada dunia Ikan laga Malaysia (betta Malaysia)
Berehat seketika daripada dunia Ikan laga
Malaysia (betta Malaysia) | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Baru baru ni aku jatuh sakit. Jadi
aku tak dapat nak focus untuk jaga ikan ikan laga yang ada dekat rumah. Semua harapkan
wife untuk beri makan dan tukar air. Kalau seekor dua, mungkin boleh layan
lagi, tapi lebih kurang 15 ekor juga ikan laga tidak termasuk 3 bekas fry ikan
laga. Dan disebabkan itu, aku buat keputusan untuk Berehat seketika daripada
dunia Ikan laga Malaysia (betta Malaysia)!
Pada awalnya, aku agak berat hati juga untuk lepaskan semua ikan laga aku. Sebabnya ada beberapa ekor ikan yang dah menjadi kesayangan anak anak aku. Juga ada beberapa ekor yang “berpotensi” untuk menyerlah. Tapi apakan daya, lepas berbincang dengan isteri aku, aku bulatkan keputusan untuk beri secara percuma kesemua ikan laga aku pada seorang kawan sekerja aku.
Jenis jenis koleksi ikan laga (betta)
kepunyaanku.
Tak banyak
sebenarnya koleksi ikan laga yang aku ada. Dalam koleksi aku, aku ada avatar
line, multicolour betta dan giant multicolour betta.
Sebabnya aku
lebih suka tengok variasi warna ikan betta ini. Itu yang aku focus pada betta
multicolour sahaja. Dan untuk avatar line, aku ada 6 ekor kesemuanya. Untuk
giant multicolour, ada 3 ekor dan selebihnya adalah multicolour.
Sayang memang
sayang betul. Sebab untuk avatar line, aku ambil dari usia 1 bulan lebih dengan
seorang breeder Melaka. Saiz memang kecil sangat waktu itu. Rasanya banyak masa
dihabiskan untuk jaga mereka.
Sehinggalah
anak anak ini semakin membesar. Dan warna mereka mula menyerlah, aku di datangi
“ujian sementara”. Akibat daripada itu, aku lepaskan kesemua. Penat lelah, masa
untuk jaga mereka. Aku lepaskan begitu sahaja tanpa ada apa apa kos. Aku beri
pada kawan aku semuanya secara percuma sahaja!
Anak sulung sedih sebab aku nak bagi ikan laga
pada orang lain.
Mulanya dia
ada Tanya juga, kenapa aku bungkus semua ikan laga aku ni. Aku jawab jujur, aku
nak beri pada orang sebab aku tak mampu nak jaga. Katanya dia mampu untuk jaga
tapi aku percaya, dia sebenarnya belum cukup mampu. Jadi aku tetap dengan
keputusan untuk beri pada orang lain.
Sedih memang
sedih bila tengok riak muka anak aku. Yelah, ikan kesayangan dia, nak bagi
dekat orang lain. Berulang kali juga dia Tanya, apakah betul aku nak bagi pada
orang. Aku Cuma berjanji, bila keadaan semua baik semula, aku akan belikan dia
ikan yang baru.
Bela ikan
laga betta ini memang seronok bila kita mula daripada awal. Bila kita tengok
warna-warna yang ada pada ikan laga ini, rasa puas hati betul. Rasa sayang
pasti kuat bila kita bela mereka daripada kecil.
Apa pun,
insyaAllah, satu hari nanti aku akan mula kembali bela ikan laga betta ini. Mungkin
juga untuk penuhi janji dengan anak aku yang boleh kata kerap juga Tanya, bila
nak beli semula ikan laga. Apa pun, semoga industri ikan laga Malaysia akan
berkembang maju di masa akan datang!
0 Comments