Pengeluaran akaun 1 KWSP diluluskan!

by - November 03, 2020

 

Pengeluaran akaun 1 KWSP diluluskan

Pengeluaran akaun 1 KWSP diluluskan! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, masih diberikan kesempatan untuk menulis di blog ini, mrejoy.com dan diberikan kesihatan diri dan keluarga, aminnn, alhamdulilah. Baik! Isu pengeluaran akaun 1 KWSP nampaknya semakin panas sejak dua menjak ini. Ini berikutan cadangan daripada mantan PM sebelum ini yang mencadangkan pengeluaran one off sebanyak RM10,000 daripada akaun 1 kwsp.

Jika sebelum ini kerajaan telah meluluskan pengeluaran maksimum RM500 daripada akaun 2 melalui i-lestari, terkini, ada cadangan yang meminta kerajaan agar meluluskan pula pengeluaran daripada akaun 1 kwsp. Ini adalah kerana ramai rakyat yang terkesan dengan wabak covid-19 yang kini mengalami gelombang kedua.

Dalam beberapa hari ini, jika kita lihat, banyak syarikat besar yang mula memberhentikan pekerja secara besar besaran. Antara contohnya syarikat penerbangan di Malaysia. Ini adalah kerana kesan daripada ekonomi yang semakin menekan syarikat syarikat ini.

Itu belum termasuk dengan bidang perhotelan. Yang mana ramai juga yang terkesan dek kerana tiada pelancong luar mahupun pelancong dalam negara yang tersekat samada kerana perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) atau pun, ramai yang memilih untuk kekal berada di rumah kerana risau dengan wabak covid-19 ini.

Banyak lagi sector yang terkesan dan ramai yang diberhentikan kerja. Dan atas desakan itu, wujud desakan agar kerajaan membenarkan pengeluaran secara one off sebanyak RM10,000 daripada akaun 1 kwsp. Dan seperti biasa, ramai yang bersetuju dan pastinya ramai juga yang tidak bersetuju.

Bagi mereka yang tidak bersetuju, di antara hujah mereka adalah kwsp adalah simpanan persaraan. Jadi ianya tidak sepatutnya digunakan untuk apa sahaja alasan. Dan mereka mengharapkan agar cara lain difikirkan berbanding penggunaan wang daripada simpanan kwsp.

Namun, pada pendapat aku pula, pengeluaran ini sangat penting. Ini adalah kerana, dalam situasi genting seperti ini, wang ini sememangnya sangat membantu. Tambahan, hanya RM10,000 dan bukan permohonan untuk mengeluarkan kesemua wang daripada akaun KWSP.

Jika pengeluaran kesemua wang daripada akaun 1 kwsp, itu benar akan memberi kesan kepada simpanan hari tua. Tapi hanya pengeluaran sebanyak RM10,000 sahaja yang di minta. Dan pemotongan bulanan kwsp tetap berjalan. Bagi aku, tiada masalah di situ jika pemohonan ini diluluskan.

Dan kita semua sangat berharap agar wabak ini segera selesai. Dan pastinya selepas itu ramai yang akan mula bekerja kembali dan pastinya juga, pemotongan kwsp akan dibuat. Jadinya simpanan itu pasti kekal ada.

Apa pun, setiap daripada kita ada pendapat masing masing dan pilihan. Kalau tak mahu keluarkan wang daripada akaun 1 kwsp, itu pilihan anda. Tetapi ramai yang terkesan dan diberhentikan kerja sangat berharap agar kerajaan meluluskan pengeluaran daripada akaun 1 kwsp ini. Pada aku, ianya lebih baik daripada mereka yang terkesan ini daripada membuat tambahan hutang yang pastinya akan menambah beban dalam hidup mereka.

Apa pula pendapat korang tentang pengeluaran akaun 1 kwsp ini?




You May Also Like

1 Comments