Apakah punca tapak kaki sebelah kanan sakit?
Apakah punca tapak kaki sebelah kanan sakit? | Assalamualaikum dan salam
sejahtera. Alhamdulilah, hari ini ada sedikit ruang untuk aku kongsikan cerita
mengenai sakit tapak kaki ni. Al kisahnya, beberapa minggu lepas, sebaik bangun
sahaja dari tidur, tapak kaki sebelah kanan aku sakit. Sakitnya tu sampai susah
nak berjalan. Tapi aku gagahkan juga. Waktu itu tak fikir sangat pun apakah punca sakit pada telapak kaki kanan bagian
tengah.
Awal tu, Cuma
fikir sakit kaki biasa jek. Pergi kerja macam biasa, tapi jalan dah mula
terjengket-jengket. Bila lama berjalan, dah mula betis sebelah kanan nak “cramp”.
Kemudian aku ke klinik untuk ambil ubat. Doctor yang periksa waktu itu Cuma bagi
ubat sakit urat dan ubat tahan sakit.
Bila makan ubat itu, memang rasa sakit itu hilang. Tapi sakit lain pulak yang datang! Aku demam! Tinggi jugak suhu waktu itu, 38°C. Demam la kan. Dalam keadaan wabak yang melanda sekarang, kalau kata demam ni, semua boleh jadi terkait je nanti. Jadinya aku duduk diam di rumah dan alhamdulilah, 2 hari lepas tu aku sihat sepenuhnya.
Punca sakit pada telapak kaki kanan bagian
tengah.
Alhamdulilah,
lepas sihat, aku sempat juga pergi mengurut. Dan kata tukang urut tu, aku
memang ada masalah urat. Dan selepas mengurut tu, memang sakit tapak kaki kanan bahagian tengah tu hilang. Jadi,rutin harian
aku berjalan seperti biasa.
Tapi apakan
daya, beberapa hari lepas, sakit yang sama datang menyerang kembali! Kaki sebelah
kanan jadi sakit semula. Nak berjalan sukar, nak solat susah, semua jadi susah.
Aduhai, pening fikir apa punca sakit tapak kaki ni?
Kawan kawan
yang tengok semua cakap benda yang sama, ha! Ini tanda awal sakit gout ni! Ahh! Mana mungkin! Sebab, sefahaman aku,
orang yang kena gout ni, kaki dia bengkak! Kemudian merah ni. Nak berjalan pun
teramat sakit. Tapi kaki aku tak bengkak. Dan masih boleh berjalan, Cuma sakit
sikit pada bahagian tapak kaki kanan tu.
Aku buat
keputusan nak jumpa doctor lagi. Nak juga tahu apa punca sakit tapak kaki bahagian tengah ni. Kalau kita dapat tahu
punca, masa depan, kita boleh protect awal kan. Kalau kena jaga makan, kita
jaga la makan, betul tak?
Lepas dari
pemeriksaan, doctor kata, aku mengalami masalah plantar fasciitis. Jadinya
bukan sakit gout la. Doctor siap gelak kan aku, dikatanya aku terlalu
percayakan kawan kawan aku. Ahh! Dah kalau semua cakap benda yang sama, siapa
yang tak risau kan? Ok, baik, apa itu plantar fasciitis?
plantar fasciitis itu sejenis tisu panjang yang ada dekat tapak kaki kita ni. Panjang dia tu, dari ibu jari sampai tumit. Fungsi tisu ini pulak, adalah untuk menyerap hentakan di kaki kita ni. Dalam kes tertentu, tisu ini akan mengalami masalah radang.
Jadinya, apa yang boleh aku simpulkan adalah,
punca sakit tapak kaki bahagian tengah adalah disebabkan radang. Tapi,
punca ianya berlaku, tak berapa jelas. Mungkin juga disebabkan kita terlalu
memaksa tisu tersebut atau mungkin tapak kaki terlalu sejuk yang menyebabkan
tapi kaki “cramp”, itu aku sendiri tak pasti.
Tapi dari
bacaan aku di beberapa lama web. Ianya mungkin berpunca daripada berat badan
yang tidak sesuai. Badan besar, kaki kecik. Jadi tekanan mungkin berlebihan
pada tapak kaki. Mungkin juga disebabkan oleh otot betis yang kerap tegang
menjadi punca kepada sakit tapak kaki
bahagian tengah ni.
Apa yang
boleh dibuat adalah, boleh cuba cari kasut yang sesuai. Sebab takut juga tapak
kasut yang kita pakai tu tak sesuai. Atau boleh juga kerap letakkan ais pada
tapak kaki. Dan cara paling mudah, makan ubat. Tapi sejenis aku, aku tak berapa
suka sangat dengan ubat ni. Terdapat jenis jenis senaman juga untuk merawat sakit tapak kaki bahagian tengah ini.
Ianya tidak memerlukan pembedahan pun, cumanya mengambil masa sedikit untuk sembuh. Cuma dalam tempoh sembuh tu, jangan buat aktiviti lasak. Dan kurangkan tekanan pada kaki yang sakit. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua ya!
1 Comments
sedang mencari rawatan sakit tumit kaki
ReplyDelete