Apa status terbaru pengeluaran Akaun 1 KWSP?
Apa status terbaru pengeluaran Akaun 1 KWSP? | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aku pasti bukan aku sahaja yang tertunggu-tunggu apakah status terbaru pengeluaran Akaun 1 kwsp ini malahan kesemua pencarum juga turut sama menanti. Memang benar, ianya telah di umumkan pada perbentangan bajet 2021 namun, tak siapa yang bersetuju dengannya. Terlalu banyak syarat yang dikenakan! Dan pengeluaran hanya bersasar.
Sehingga ke
hari ini, ada banyak rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat Malaysia mengenai
wang kwsp ini. Ini adalah wang yang dipotong daripada gaji setiap pencarum pada
setiap bulan tanpa pernah miss pun. Aku dah kerja hampir 15 tahun, dan tidak
pernah sekali pun, potongan kwsp ini gagal. Setiap bulan potong.
Dan dalam
pada saat dan ketika nya, ketika wabak covid-19 ni, yang tak siapa tahu, sampai
bila akan selesai. Dalam pada kebanyakkan orang semakin terdesak. Bukan setakat
mereka yang dibuang kerja, dipotong elaun dan sebagainya. Malahan ianya turut
dirasai hampir segenap pelusuk rakyat Malaysia. Semua terkesan dengan wabak
covid-19 ini.
Dan di
waktu, rakyat meminta pengeluaran duit mereka sendiri. Dan dalam pada itu,
terdapat banyak syarat yang nampaknya, menyukarkan pencarum untuk mengeluarkan
wang sendiri. Suri rumah contohnya, mereka pasti ada sebab mereka sendiri
kenapa mereka mahukan pengeluaran akaun 1 kwsp ini diberikan kepada semua.
Yang lebih
memeritkan, mereka yang tidak bersetuju dengan pengeluaran ini mengecam habis
habisan! Kenapa nak kena kecam? Bukan duit kamu yang kena potong tiap bulan. Dan
kalau pun mereka yang keluarkan sekarang, akan susah kelak sewaktu pencen (aku
pasti kalau pun mereka terkesan, bukan kerana pengeluaran RM10,000 ini) bukan
kamu yang nak datang tolong. Mereka sendiri yang kena hadap.
Pucuk pangkal,
hak masing-masing samada nak keluarkan atau tidak. Mereka nak buat apa dengan
duit itu, itu hak mereka. Kita masing-masing ada pilihan kan. Betul caranya,
betul lah. Dan yang lebih penting, itu hak mereka.
Apa pun,
aku sangat berharap agar pengeluaran ini diberikan kepada semua pencarum dan
tidak bersasar. Setiap daripada kita ada kesusahan masing-masing. Jadi biar
kami yang buat pilihan samada mahu keluarkan atau pilih untuk terus menyimpan.
0 Comments