facebook twitter tumblr instagram linkedin
  • Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Learn Blogging
  • Documentation
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Download This Template

Mrejoy

Pengalaman bawa anak bersunat/berkhatan

Pengalaman bawa anak bersunat/berkhatan | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, ada kesempatan untuk menulis pengalaman aku bawa anak lelaki sulung aku bersunat atau berkhatan. Debaran itu bukan setakat pada anak, tapi pada aku juga. Al kisahnya, wife aku awal awal dah angkat tangan, tak mahu teman anak aku. Sebab katanya dia tak sanggup nak tengok anak sendiri. Dah terang-terang, mesti meraung punya nanti kan.

Aku pulak, bab bawa anak ke klinik ni, memang aku serahkan pada wife aku sahaja sebelum ini. Tapi bila masuk bab berkhatan ni, bila wife tak mahu masuk, tak kan aku pun tak mahu juga kan. Mahu tak mahu, aku kena masuk. Anak aku. Tak kan aku nak biarkan dia hadap semua sorang-sorang kan? Hehehe.

Ceritanya, anak aku berkhatan di klinik swasta. Waktu sunat dia tu dalam tengahari juga. Waktu sampai ke klinik, dah ramai ibubapa dan anak anak yang menunggu masa untuk masuk ke dalam bilik. Macam biasa, kami anak beranak tunggu lah dekat luar.

Ada macam-macam ragam, macam-macam nasihat yang aku dengar. Ada budak budak yang cool je. Ada yang nampak takutnya. Ada pasangan adik beradik ni, memang cool betul. Sampaikan keluarga dia jadi risau sebab mereka ni aktif sangat. Berjalan ke hulu, ke hilir.

Ada yang takutnya sampai menjerit jerit. Sampaikan budak budak yang lain, yang belum selesai lagi pun jadi takut di buatnya. Bahagian ini aku kurang gemar sebenarnya sebab ianya sedikit sebanyak akan buat budak budak lain rasa takut. Tapi pentingnya ibu bapa dekat sini untuk yakinkan semula anak anak mereka yang bersunat ni tak ada apa pun,  macam kena gigit semut je. Hehe.

Sampai masa anak aku pula masuk ke dalam bilik rawatan. Dan ceritanya bermula di sini.

Anak aku ni badannya agak besar jika dibandingkan dengan rakan rakan dia yang lain. Sewaktu doctor buat keputusan untuk beri suntikan, dia dah beritahu awal awal yang anak aku akan diberikan 2 suntikan kerana tubuhnya yang besar.

Dekat sini sahaja dah buat anak aku meraung! Sebabnya dua kali kena suntikan. Waktu ini sahaja dah berjurai air mata. Aku macam biasa, kena cool. Kena steady! Sebab aku mesti lebih berani daripada anak aku. Kalau aku sama naik macam dia, terang-terang semua akan jadi susah nanti.

Bila masuk bab anak anak ni, hati ibubapa mana yang suka tengok anak anak dia meraung, menangis kan? Sekeras mana hati ibubapa, pasti akan tersentuh bila tengok anak anak dia macam itu. Sebab itu awal awal isteri aku tak mahu temankan anak aku. Sebab tak sanggup nak tengok anak dia meraung.

Kemudian, tak lama lepas itu, doctor terus kata on! Aku awalnya macam pelik juga sebab kalau suntik bius ni, kena ambil masa untuk rasa kesan dia kan. Aku Tanya juga, eh doctor! Dah ke? Dia kata dah sebab suntik 2 kali kan? Aku pun ok sahaja lah.

Tapi sebenarnya tak ok!

Anak aku bertambah meraung! Waktu itu aku macam tak tentu arah sikit.  Aku sendiri macam tak yakin yang bius tu dah berkesan. Tapi doctor tu macam biasa, potong sana sini, jahit situ sini. Anak aku tetap menangis dan meraung. Waktu itu hati aku Cuma Allah yang tahu. Tapi aku tetap cool walaupun rasa marah itu meluak luak.

Aku Cuma doa agar semua mudah dan cepat. Tapi rupanya lama! Jahit tak boleh lah. Anak meraung, darah banyak keluarlah. Walhal bius belum berkesan tapi kamu semua terus jalan kerja, memanglah budak meraung!

Puas juga aku pujuk anak aku. Bila semuanya selesai, alhamdulilah. Cepat cepat aku bawa anak aku dan duduk dekat kerusi luar klinik. Supaya anak aku kembali “normal” dan aku kembali tenang. Marah itu banyak sangat waktu itu tapi aku perlu bersyukur sebab semuanya dah selamat.

Bila semua dah ok, aku terus bawa anak aku balik rumah dan beri dia rehat betul-betul. Alhamdulilah, hari ini dah masuk seminggu lebih dia berkhatan/bersunat ni. Nampak dia dah aktif semula. Syukur pada Allah. Lepas satu perkara. Cumanya hati aku sahaja yang aku rasa belum tenteram sepenuhnya. Bila aku kenang balik apa yang dah jadi tu, aku jadi marah balik.

Apa pun, ini semua pastinya akan jadi kenangan dalam hidup aku dan anak aku. 

Dah mohon isinar secara online?

Dah mohon isinar? | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semalam merupakan di antara tarikh penting di mana ramai orang yang memohon pengeluaran isinar. Isinar ini lebih kurang macam ilestari, cumanya ianya adalah pengeluaran akaun 1 kwsp dan pengeluaran maksimum adalah sebanyak RM10,000. Permohonan pengeluaran isinar adalah secara online namun pejabat kwsp tetao juga penuh dengan orang ramai.

Mungkin mereka ada urusan atau pertanyaan lain namun pada aku, permohonan isinar secara online adalah lebih mudah dan selesa. Berbanding kita perlu berdiri dan berbaris dalam tempoh masa yang agak lama. Dan mungkin juga berada di dalam situasi ramai orang. Dalam tempoh masa sekarang, kita perlu mengelakkan lokasi yang ramai orang kerana covid-19 masih belum habis.

Apa pun, aku percaya, mereka yang berada di pejabat kwsp pasti ada alasan mereka tersendiri dan aku doakan agar urusan mereka dipermudahkan dan pengeluaran isinar sebanyak RM10,000 diluluskan. Kita tak minta duit kerajaan sebaliknya kita mahu keluarkan duit sendiri.

Baik. Berbalik semula pada cerita isinar. Aku kongsikan sedikit cara paling mudah nak memohon pengeluaran isinar secara online.

Dah mohon isinar secara online?

1. Langkah pertama, klik link ini : isinar.kwsp.gov.my

Dah mohon isinar secara online?

2. Kemudian masukkan no kad pengenalan dan no telefon (pastikan no telefon kita dah register sebab no otp akan di hantar pada no telefon bimbit)

Dah mohon isinar secara online?

3. Klik pada TERUSKAN pada bahagian bawah

Dah mohon isinar secara online?

4. Periksa telefon bimbit korang. Kwsp akan hantar no sebanyak 6 angka. Masukkan no tersebut pada ruangan kosong. Kemudian klik SAHKAN OTP.

Dah mohon isinar secara online?

5. Kemudian pilih jumlah yang korang nak keluarkan. Dekat sini ramai yang tidak memilih. Tarik bahagian bulat tersebut sehingga jumlah yang korang inginkan. Kalau mahu pengeluaran sebanyak RM10,000, Tarik sahaja sampai hujung.

Dah mohon isinar secara online?

6. Kemudian akan keluar macam ini. Jika korang memohon pengeluaran sebanyak RM10,000. Bayaran bulan pertama adalah sebanyak RM5000, kemudian bayaran sebanyak RM1000 akan dibayar pada bulan berikutnya sehingga genap RM10,000 pengeluaran isinar.

Dah mohon isinar secara online?

7. Langkah seterusnya adalah isikan maklumat lengkap korang.

Dah mohon isinar secara online?

8. Kemudian isikan maklumat pembayaran. Isikan nama bank korang dan no akaun bank. Ini penting sebab pembayaran isinar akan di masukkan ke dalam akaun bank yang korang isikan ini.

Dah mohon isinar secara online?

9. Langkah seterusnya adalah klik pada bahagian saya bukan robot tu. Nanti akan keluar soalan mudah. Contoh macam klik pada bahagian gambar jambatan. Korang klik sahaja gambar yang ada jambatan. Yang tak ada gambar jambatan tak perlu klik. Ini untuk pastikan yang permohonan ini bukan di isi oleh robot. Eh! Ada ke robot yang isi? Ahha! Nanti ada masa aku tulis la pasal benda ni ye.

Dah siap semua, nanti korang akan terima notis yang permohonan telah diterima dan ianya akan di proses. Status permohonan akan diketahui bermula 4 januari 2021 ini. Siap dah permohonan isinar secara online. Mudah kan?

Apakah maksud mimpi kutip duit syiling menurut islam

Apakah maksud mimpi kutip duit syiling menurut islam | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dalam beberapa hari lepas, aku ada bermimpi, aku jumpa banyak sangat duit syiling dan kutip semua duit syiling tu. Dalam mimpi aku tu, aku kutip duit syiing baru dan bukannya duit syiling lama. Ada orang kata, kalau mimpi kutip duit syiling lama ni macam berkaitan dengan saka. Itu kata orang la. Tapi sebaliknya yang berlaku dalam mimpi aku.

Apakah maksud mimpi kutip duit syiling menurut islam

Dalam mimpi aku tu, boleh dikatakan agak banyak juga syiling yang aku kutip. Banyak nilai 20 sen. Tapi di pengakhiran mimpi aku tu, aku jumpa 2 syiling yang sangat luar biasa. Yang mana, membuatkan aku terjaga dari tidur dan terasa kaya sangat! Ha, tersedar je dari tidur, rasa banyak sangat duit aku. Hahaha.

Sewaktu aku mimpi kutip duit syiling tu, aku terjumpa 1 syiling dengan nilai RM5000. Bayangkan sekeping syiling dengan nilai macam itu, banyak la kan. Kemudian aku terjumpa syiling yang kedua, dengan nilai RM10,000. Fuh! Dekat syiling tu tulis, RM10,000. Rasa banyak sangat aku jumpa tu.

Bila dah terjaga dari tidur (waktu itu belum azan subuh), lama juga aku termenung. Apa maksud mimpi jumpa duit syiling ni? Apa yang cuba disampaikan? Ada apa-apa nak berlaku ke? Atau ada perkara buruk? Sebab aku kalau mimpi yang macam ini, selalu fikir kalau kalau ada benda buruk nak terjadi.

Tak banyak sebenarnya perkongsian mengenai tafsir mimpi jumpa duit syiling ni dekat carian. Malahan aku jumpa banyak blog dari negara seberang yang menulis pasal mimpi ini. Banyak perihal mimpi yang di kongsikan, cumanya aku mencari apakah maksud sebenar maksud mimpi kutip duit syiling menurut islam.

Dalam pada banyak perkongsian, aku lebih tertarik dengan perkongsian mengenai maksud mimpi jumpa duit tepi jalan. Ianya lebih kurang dengan mimpi aku sebenarnya, aku anggap ianya sebagai mimpi jumpa duit tepi jalan la ye. Antara maksud mimpi ini adalah:

Tafsir mimpi jumpa duit tepi jalan membawa maksud kita sedang bergerak kepada keadaan yang lebih baik di masa depan.

Jika benar tafsir mimpi ini, aku ucapkan syukur pada Allah. Memang benar, ada banyak perubahan besar yang ingin aku buat dalam masa terdekat ini demi untuk masa depan aku dan keluarga. Apa pun, mimpi hanyalah mainan tidur. Namun ada juga “petanda” yang ingin di sampaikan melalui mimpi. Apa pun, tetaplah berusaha dan mendekatkan diri kepada yang maha esa. Agar kita sentiasa di lindungi dan dirahmati olehnya. aminnn

 

Terkilan tak sempat jumpa arwah ayah

Terkilan tak sempat jumpa arwah ayah | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Banyak sebenarnya yang ingin aku kongsikan, perihal perginya ayah aku baru baru ini. Sebetulnya, arwah ayah aku menghembuskan nafasnya yang terakhir pada hari ahad 29 November 2020. Terlalu banyak terkilan dalam diri aku bila memikirkan kembali apa yang berlaku.

Awal pagi jumaat,27 november 2020, adik aku telefon. Katanya ayah aku kena stroke. Dia memang ada penyakit kencing manis. Kaki sebelah dah potong. Sebelum ini, dia pernah kena sekali, jadinya mulanya tu aku agak rilek juga. Pagi itu aku bangun macam biasa dan terus ke tempat kerja.

Awalnya aku memang dah ambil cuti pada 30 november dan 1 disember. Memang plan amik cuti tu sebab nak balik kampung. Al kisahnya, anak anak aku dalam beberapa kebelakangan itu, selalu sangat cakap nak balik kedah, nak jumpa tokwan. Hari hari ulang.

Wife awal tu, ada juga pujuk, kata nanti ayah amik cuti panjang dan kita boleh balik jumpa tokwan. Tapi bila anak hari-hari cakap benda yang sama, jadi aku ambil cuti awal (cuti seminggu hujung tahun sebenarnya dah approve).

Tup tup, adik perempuan aku telefon kata ayah aku kena stroke. Pagi jumaat tu, aku masih bekerja, tapi wife kata dia tak sedap hati. Jadi aku bekerja separuh hari kemudian terus gerak balik kedah. Memang boleh kata, banyak juga benda yang bermain dalam fikiran aku waktu itu.

Bila sampai kedah, terus pergi ke hospital alor setar. Mulanya adik lelaki (yang memang ada sekali waktu itu kata ayah aku tak pengsan waktu di hantar ke hospital jitra) tapi bila nak transfer ke hospital alor setar dia pengsan.

Waktu itu, memang kami dah dapat rasa yang ayah aku tu pasti koma. Memang rasa itu kuat sangat waktu itu. Dan memang tekaan itu betul. Ayah aku koma! Jadi kami adik beradik berkampunglah di hospital alor setar.

28 november, masih tiada khabar berita. Sebab ayah aku di tempat kan di zon merah. Kena pula dengan wabak covid ni, jadi memang tak boleh nak melawat langsung. Jadinya wife ambil keputusan untuk call hospital bagi dapatkan info.

Daripada panggilan pertama, memang banyak syukur. Sebabnya doctor kata ayah aku dah stabil. Jantung semua stabil. Tinggal masa nak dipindahkan ke wad. Bersyukur sangat waktu itu. Kami adik beradik memang tunggu masa doctor kata dah pindah ke wad jek. Tapi apakan daya, kegembiraan itu tak kekal lama.

Petang itu, doctor tiba tiba panggil waris. Antara ayat nya lebih kurang macam ini:

Stroke yang terjadi dah mengakibatkan kesan pada urat di otak. Jadi, ayah aku Cuma bergantung harap pada mesin oksigen sahaja. Kalau nak buat operation pun, memang tak akan beri apa apa kesan. Jadi dia akan kekal koma. Dan, ya! Dan doctor nasihat, bawa pulang dan apa sahaja yang berlaku, kami kena pasrah!

Kami adik beradik, minta masa untuk kami berbincang. Jadinya kami pun balik rumah dan berbincang. Yang menjadikan ianya tidak berapa selesa adalah, doctor kerap telefon dan Tanya bila nak bawa pulang ayah aku ke rumah! Sebab katanya, dalam kes wabak ini, zon merah sentiasa penuh! Jadi perlu bawa pulang ayah aku dengan segera.

Pagi 29 November, kami buat keputusan bawa pulang ayah kami ke rumah. Dalam jam 1630 tak silap aku, ayah aku sampai ke rumah. Waktu itu aku dah tahu, itu sahaja saat yang ayah aku ada. Terbaring kaku tak boleh nak kata apa-apa. Waktu itu, aku tak duduk pun depan ayah aku, tapi duduk bekurung dalam bilik. Dalam jam 1930 macam itu, waktu itu sedara mara, adik beradik semua tiba tiba kecoh.

Waktu itu baru aku keluar bilik, tengok ayah aku tiba-tiba buka mata. Melihat atas! Kemudian pejamkan mata kembali. Air mata dia tak henti-henti keluar. Nafas dia, mulut. Memang nampak ajal dia dah sampai. Waktu itu, ya Allah, tuhan sahaja yang tahu.

Sewaktu arwah mak aku meninggal, setitis air mata pun tak keluar dari mata aku. Tak tahu kenapa, waktu ayah aku, menangis aku tak henti-henti. Lama aku tengok dia. Sampailah nafas dia yang terakhir. Banyak sangat terkilan aku.

Pertama, aku tak sempat “berbual” dengan ayah aku. Kedua, anak anak aku yang kecil tak tahu apa. Bila sampai je kampung, semua cari tokwan depa. Bila nampak tokwan diam baring atas tilam, di Tanya pula kenapa tokwan baring jek.

Banyak benda yang buatkan aku terkilan sebenarnya. Yang tak mampu aku tuliskan dekat sini. Sedih tu tak boleh nak kata apa. Lama juga aku berdiam diri. Sampailah saat aku menulis ini pun, rasa terkilan itu tak habis habis.

Al fatihah untuk arwah Mustafa bin Ali. Walaupun kamu tegas, walaupun kamu tak pandai nak tunjukkan kasih sayang kamu pada anak anak, tapi kami tahu, engkau sangat sayangkan kami. Kau sangat sayangkan kami. Terlalu banyak yang ingin kami ceritakan pada kamu, tapi apakan daya, Allah lebih maha mengetahui segalanya.

Allah maha merancang. Allah maha pengasih, lagi maha penyayang. Berbahagialah kamu di syurga Allah bersama arwah ibu, zainab bte saad. Engkau pasti merindui isterimu sebagaimana pastinya isterimu juga merindui kamu.

Tenanglah kamu di syurga Allah. Bersama insan-insan kesayangan kamu di sana. Doa kami sentiasa bersama kamu. Kasihanilah ayah & ibu kami ya Allah, sebagaimana mereka sentiasa mengasihi kami. Kurniakanlah mereka syurga tanpa hisab ya Allah. Kurniakanlah mereka syurga tanpa hisab ya Allah. Kurniakanlah mereka syurgamu tanpa hisab ya Allah…aminnn

Newer Posts
Older Posts

Find Here

Translate

Terima Kasih!

Powered by Blogger.

Cerita Lama

  • ►  2022 (23)
    • ►  October (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (4)
    • ►  March (10)
    • ►  February (4)
    • ►  January (1)
  • ►  2021 (108)
    • ►  December (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (14)
    • ►  May (8)
    • ►  April (17)
    • ►  March (19)
    • ►  February (19)
    • ►  January (21)
  • ▼  2020 (82)
    • ▼  December (4)
      • Pengalaman bawa anak bersunat/berkhatan
      • Dah mohon isinar secara online?
      • Apakah maksud mimpi kutip duit syiling menurut islam
      • Terkilan tak sempat jumpa arwah ayah
    • ►  November (7)
    • ►  October (1)
    • ►  September (7)
    • ►  August (6)
    • ►  July (4)
    • ►  May (7)
    • ►  April (6)
    • ►  March (12)
    • ►  February (17)
    • ►  January (11)
  • ►  2019 (50)
    • ►  December (5)
    • ►  November (6)
    • ►  October (13)
    • ►  September (4)
    • ►  August (2)
    • ►  July (3)
    • ►  June (2)
    • ►  May (10)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2018 (44)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (9)
    • ►  April (1)
    • ►  March (2)
    • ►  February (12)
    • ►  January (13)
  • ►  2017 (182)
    • ►  December (7)
    • ►  November (9)
    • ►  October (24)
    • ►  September (15)
    • ►  August (26)
    • ►  July (17)
    • ►  June (6)
    • ►  May (25)
    • ►  April (28)
    • ►  March (24)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (6)
    • ►  December (1)
    • ►  November (5)
  • ►  2015 (19)
    • ►  October (19)

My Blog List

  • VOCKET
    Raya Dengan Gaya Bersama Corvan, Ini 6 Produk Jadi Rebutan Ramai Yang Anda Wajib Ada Di Rumah
  • The Patriots
    Genting Bidor: Laluan Lama Selangor-Pahang
  • Blog Lifestyle Otai Blogger Malaysia
    Guna Telefon Jana Pendapatan 4 Angka Berniaga Online
  • Bro Framestone
    Pra-pesanan Galaxy A54 5G dan Galaxy A34 5G Dibuka Mulai 24 Mac 2023
  • Aliff Channel
    Lepas Cerai Tak Buka Aib Sesiapa, Mizz Nina Dipuji Netizen – Ada Isu Rumahtangga Pun Diam?
  • Denaihati – Blog Tips Kehidupan
    Tiket tren ETS tambahan sempena raya & Hari Pekerja boleh dibeli mulai hari ini
  • It's Poobritney!
    Special Announcement for All of You!
  • sayidahnapisahdotcom
    Senarai Penuh Kabinet Baru Menteri Malaysia PM Anwar 2022
  • MrEjoy
    Baru ada peluang untuk menulis..
  • Syok Makan
    5 kelebihan air rendaman kurma yang ramai tidak tahu
  • ahmadfaizal.com
    Hari Anugerah Cemerlang Budak Sekolah
  • Cik Epal
    Yayyy! Instagram Cik Epal dah verified!
  • Maria Yusoff
    Kerabu ulam Sempoi
  • SukaShares
    Anda pasti tak percaya dengan hadiah wang tunai yang dimenangi Juara Piala Dunia 2018 ini!
  • Jutawanbitcoin
    Harga bitcoin terus naik dan menaik!
  • Makan jer Kerja! | Your Blog Description
Show 5 Show All

Trending!

  • Cara mudah tukarkan Sijil SSP BSN kepada wang tunai.
  • 3 Idea buat duit online 2017
  • Cara paling mudah tukar template blog.
  • Apakah maksud mimpi kutip duit syiling menurut islam
Blogged.my

Rakan Mrejoy

@INSTAGRAM
Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates