Dah mohon isinar secara online?
Dah mohon isinar? | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semalam
merupakan di antara tarikh penting di mana ramai orang yang memohon pengeluaran
isinar. Isinar ini lebih kurang macam ilestari, cumanya ianya adalah
pengeluaran akaun 1 kwsp dan pengeluaran maksimum adalah sebanyak RM10,000. Permohonan pengeluaran isinar adalah secara
online namun pejabat kwsp tetao juga penuh dengan orang ramai.
Mungkin mereka
ada urusan atau pertanyaan lain namun pada aku, permohonan isinar secara online adalah lebih mudah dan selesa. Berbanding
kita perlu berdiri dan berbaris dalam tempoh masa yang agak lama. Dan mungkin
juga berada di dalam situasi ramai orang. Dalam tempoh masa sekarang, kita
perlu mengelakkan lokasi yang ramai orang kerana covid-19 masih belum habis.
Apa pun,
aku percaya, mereka yang berada di pejabat kwsp pasti ada alasan mereka
tersendiri dan aku doakan agar urusan mereka dipermudahkan dan pengeluaran
isinar sebanyak RM10,000 diluluskan. Kita tak minta duit kerajaan sebaliknya
kita mahu keluarkan duit sendiri.
Baik. Berbalik
semula pada cerita isinar. Aku kongsikan sedikit cara paling mudah nak memohon pengeluaran isinar secara online.
1. Langkah pertama,
klik link ini : isinar.kwsp.gov.my
2. Kemudian masukkan
no kad pengenalan dan no telefon (pastikan no telefon kita dah register sebab
no otp akan di hantar pada no telefon bimbit)
3. Klik pada
TERUSKAN pada bahagian bawah
4. Periksa telefon
bimbit korang. Kwsp akan hantar no sebanyak 6 angka. Masukkan no tersebut pada
ruangan kosong. Kemudian klik SAHKAN OTP.
5. Kemudian pilih
jumlah yang korang nak keluarkan. Dekat sini ramai yang tidak memilih. Tarik bahagian
bulat tersebut sehingga jumlah yang korang inginkan. Kalau mahu pengeluaran
sebanyak RM10,000, Tarik sahaja sampai hujung.
6. Kemudian
akan keluar macam ini. Jika korang memohon pengeluaran sebanyak RM10,000. Bayaran
bulan pertama adalah sebanyak RM5000, kemudian bayaran sebanyak RM1000 akan
dibayar pada bulan berikutnya sehingga genap RM10,000 pengeluaran isinar.
7. Langkah seterusnya
adalah isikan maklumat lengkap korang.
8. Kemudian isikan
maklumat pembayaran. Isikan nama bank korang dan no akaun bank. Ini penting
sebab pembayaran isinar akan di masukkan ke dalam akaun bank yang korang isikan
ini.
9. Langkah seterusnya
adalah klik pada bahagian saya bukan robot tu. Nanti akan keluar soalan mudah. Contoh
macam klik pada bahagian gambar jambatan. Korang klik sahaja gambar yang ada
jambatan. Yang tak ada gambar jambatan tak perlu klik. Ini untuk pastikan yang
permohonan ini bukan di isi oleh robot. Eh! Ada ke robot yang isi? Ahha! Nanti ada
masa aku tulis la pasal benda ni ye.
Dah siap
semua, nanti korang akan terima notis yang permohonan telah diterima dan ianya
akan di proses. Status permohonan akan diketahui bermula 4 januari 2021 ini. Siap
dah permohonan isinar secara online.
Mudah kan?
0 Comments