Apakah maksud mimpi kutip duit syiling menurut islam
Apakah maksud mimpi kutip duit syiling menurut
islam |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dalam beberapa hari lepas, aku ada
bermimpi, aku jumpa banyak sangat duit syiling dan kutip semua duit syiling tu.
Dalam mimpi aku tu, aku kutip duit syiing baru dan bukannya duit syiling lama. Ada
orang kata, kalau mimpi kutip duit syiling lama ni macam berkaitan dengan saka.
Itu kata orang la. Tapi sebaliknya yang berlaku dalam mimpi aku.
Apakah maksud mimpi kutip duit syiling menurut
islam
Dalam mimpi
aku tu, boleh dikatakan agak banyak juga syiling yang aku kutip. Banyak nilai
20 sen. Tapi di pengakhiran mimpi aku tu, aku jumpa 2 syiling yang sangat luar
biasa. Yang mana, membuatkan aku terjaga dari tidur dan terasa kaya sangat! Ha,
tersedar je dari tidur, rasa banyak sangat duit aku. Hahaha.
Sewaktu aku
mimpi kutip duit syiling tu, aku terjumpa 1 syiling dengan nilai RM5000. Bayangkan
sekeping syiling dengan nilai macam itu, banyak la kan. Kemudian aku terjumpa
syiling yang kedua, dengan nilai RM10,000. Fuh! Dekat syiling tu tulis,
RM10,000. Rasa banyak sangat aku jumpa tu.
Bila dah
terjaga dari tidur (waktu itu belum azan subuh), lama juga aku termenung. Apa maksud
mimpi jumpa duit syiling ni? Apa yang cuba disampaikan? Ada apa-apa nak berlaku
ke? Atau ada perkara buruk? Sebab aku kalau mimpi yang macam ini, selalu fikir
kalau kalau ada benda buruk nak terjadi.
Tak banyak
sebenarnya perkongsian mengenai tafsir mimpi jumpa duit syiling ni dekat
carian. Malahan aku jumpa banyak blog dari negara seberang yang menulis pasal
mimpi ini. Banyak perihal mimpi yang di kongsikan, cumanya aku mencari apakah
maksud sebenar maksud mimpi kutip duit
syiling menurut islam.
Dalam pada
banyak perkongsian, aku lebih tertarik dengan perkongsian mengenai maksud mimpi
jumpa duit tepi jalan. Ianya lebih kurang dengan mimpi aku sebenarnya, aku
anggap ianya sebagai mimpi jumpa duit tepi jalan la ye. Antara maksud mimpi ini
adalah:
Tafsir mimpi jumpa duit tepi jalan membawa maksud kita sedang bergerak kepada keadaan yang lebih baik di masa depan.
Jika benar tafsir mimpi ini, aku ucapkan syukur pada Allah. Memang benar, ada banyak perubahan besar yang ingin aku buat dalam masa terdekat ini demi untuk masa depan aku dan keluarga. Apa pun, mimpi hanyalah mainan tidur. Namun ada juga “petanda” yang ingin di sampaikan melalui mimpi. Apa pun, tetaplah berusaha dan mendekatkan diri kepada yang maha esa. Agar kita sentiasa di lindungi dan dirahmati olehnya. aminnn
4 Comments
Mimpi kita agak sama di situ ya, cuma yg membezakan adalah saya jumpa duit syiling itu di tengah jalan. Jadi adakah tafsirannya juga berbeza?
ReplyDeleteSya mimpi kutip duit syiling d mata..apa mksud
ReplyDeleteSaya mimpi jumpa duit syiling dan saya kutip, kebanyakan yang paling besar iaitu duit 50 sen. Saya pun terfikir apa kah yg akan berlaku dgn mimpi tersebut.. harap2 kebaikan yg berlaku didepan hari murah rezeki dsb.. amin2
ReplyDeletesy pn mimpi jumpa syiling 50sen dlm pasir pntai tp sy tk ambk cume kutip dn kmpul pastu sy tjgaga dri tidur
ReplyDelete