Pengalaman bawa anak bersunat/berkhatan | MrEjoy

Pengalaman bawa anak bersunat/berkhatan

Pengalaman bawa anak bersunat/berkhatan

Pengalaman bawa anak bersunat/berkhatan | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, ada kesempatan untuk menulis pengalaman aku bawa anak lelaki sulung aku bersunat atau berkhatan. Debaran itu bukan setakat pada anak, tapi pada aku juga. Al kisahnya, wife aku awal awal dah angkat tangan, tak mahu teman anak aku. Sebab katanya dia tak sanggup nak tengok anak sendiri. Dah terang-terang, mesti meraung punya nanti kan.

Aku pulak, bab bawa anak ke klinik ni, memang aku serahkan pada wife aku sahaja sebelum ini. Tapi bila masuk bab berkhatan ni, bila wife tak mahu masuk, tak kan aku pun tak mahu juga kan. Mahu tak mahu, aku kena masuk. Anak aku. Tak kan aku nak biarkan dia hadap semua sorang-sorang kan? Hehehe.

Ceritanya, anak aku berkhatan di klinik swasta. Waktu sunat dia tu dalam tengahari juga. Waktu sampai ke klinik, dah ramai ibubapa dan anak anak yang menunggu masa untuk masuk ke dalam bilik. Macam biasa, kami anak beranak tunggu lah dekat luar.

Ada macam-macam ragam, macam-macam nasihat yang aku dengar. Ada budak budak yang cool je. Ada yang nampak takutnya. Ada pasangan adik beradik ni, memang cool betul. Sampaikan keluarga dia jadi risau sebab mereka ni aktif sangat. Berjalan ke hulu, ke hilir.

Ada yang takutnya sampai menjerit jerit. Sampaikan budak budak yang lain, yang belum selesai lagi pun jadi takut di buatnya. Bahagian ini aku kurang gemar sebenarnya sebab ianya sedikit sebanyak akan buat budak budak lain rasa takut. Tapi pentingnya ibu bapa dekat sini untuk yakinkan semula anak anak mereka yang bersunat ni tak ada apa pun,  macam kena gigit semut je. Hehe.

Sampai masa anak aku pula masuk ke dalam bilik rawatan. Dan ceritanya bermula di sini.

Anak aku ni badannya agak besar jika dibandingkan dengan rakan rakan dia yang lain. Sewaktu doctor buat keputusan untuk beri suntikan, dia dah beritahu awal awal yang anak aku akan diberikan 2 suntikan kerana tubuhnya yang besar.

Dekat sini sahaja dah buat anak aku meraung! Sebabnya dua kali kena suntikan. Waktu ini sahaja dah berjurai air mata. Aku macam biasa, kena cool. Kena steady! Sebab aku mesti lebih berani daripada anak aku. Kalau aku sama naik macam dia, terang-terang semua akan jadi susah nanti.

Bila masuk bab anak anak ni, hati ibubapa mana yang suka tengok anak anak dia meraung, menangis kan? Sekeras mana hati ibubapa, pasti akan tersentuh bila tengok anak anak dia macam itu. Sebab itu awal awal isteri aku tak mahu temankan anak aku. Sebab tak sanggup nak tengok anak dia meraung.

Kemudian, tak lama lepas itu, doctor terus kata on! Aku awalnya macam pelik juga sebab kalau suntik bius ni, kena ambil masa untuk rasa kesan dia kan. Aku Tanya juga, eh doctor! Dah ke? Dia kata dah sebab suntik 2 kali kan? Aku pun ok sahaja lah.

Tapi sebenarnya tak ok!

Anak aku bertambah meraung! Waktu itu aku macam tak tentu arah sikit.  Aku sendiri macam tak yakin yang bius tu dah berkesan. Tapi doctor tu macam biasa, potong sana sini, jahit situ sini. Anak aku tetap menangis dan meraung. Waktu itu hati aku Cuma Allah yang tahu. Tapi aku tetap cool walaupun rasa marah itu meluak luak.

Aku Cuma doa agar semua mudah dan cepat. Tapi rupanya lama! Jahit tak boleh lah. Anak meraung, darah banyak keluarlah. Walhal bius belum berkesan tapi kamu semua terus jalan kerja, memanglah budak meraung!

Puas juga aku pujuk anak aku. Bila semuanya selesai, alhamdulilah. Cepat cepat aku bawa anak aku dan duduk dekat kerusi luar klinik. Supaya anak aku kembali “normal” dan aku kembali tenang. Marah itu banyak sangat waktu itu tapi aku perlu bersyukur sebab semuanya dah selamat.

Bila semua dah ok, aku terus bawa anak aku balik rumah dan beri dia rehat betul-betul. Alhamdulilah, hari ini dah masuk seminggu lebih dia berkhatan/bersunat ni. Nampak dia dah aktif semula. Syukur pada Allah. Lepas satu perkara. Cumanya hati aku sahaja yang aku rasa belum tenteram sepenuhnya. Bila aku kenang balik apa yang dah jadi tu, aku jadi marah balik.

Apa pun, ini semua pastinya akan jadi kenangan dalam hidup aku dan anak aku. 

Share:

0 comments