Terkilan tak sempat jumpa arwah ayah
Terkilan tak sempat jumpa arwah ayah | Assalamualaikum dan salam
sejahtera. Banyak sebenarnya yang ingin aku kongsikan, perihal perginya ayah
aku baru baru ini. Sebetulnya, arwah ayah aku menghembuskan nafasnya yang
terakhir pada hari ahad 29 November 2020. Terlalu banyak terkilan dalam diri
aku bila memikirkan kembali apa yang berlaku.
Awal pagi
jumaat,27 november 2020, adik aku telefon. Katanya ayah aku kena stroke. Dia memang
ada penyakit kencing manis. Kaki sebelah dah potong. Sebelum ini, dia pernah
kena sekali, jadinya mulanya tu aku agak rilek juga. Pagi itu aku bangun macam biasa
dan terus ke tempat kerja.
Awalnya aku
memang dah ambil cuti pada 30 november dan 1 disember. Memang plan amik cuti tu
sebab nak balik kampung. Al kisahnya, anak anak aku dalam beberapa kebelakangan
itu, selalu sangat cakap nak balik kedah, nak jumpa tokwan. Hari hari ulang.
Wife awal
tu, ada juga pujuk, kata nanti ayah amik cuti panjang dan kita boleh balik
jumpa tokwan. Tapi bila anak hari-hari cakap benda yang sama, jadi aku ambil
cuti awal (cuti seminggu hujung tahun sebenarnya dah approve).
Tup tup,
adik perempuan aku telefon kata ayah aku kena stroke. Pagi jumaat tu, aku masih
bekerja, tapi wife kata dia tak sedap hati. Jadi aku bekerja separuh hari
kemudian terus gerak balik kedah. Memang boleh kata, banyak juga benda yang
bermain dalam fikiran aku waktu itu.
Bila sampai
kedah, terus pergi ke hospital alor setar. Mulanya adik lelaki (yang memang ada
sekali waktu itu kata ayah aku tak pengsan waktu di hantar ke hospital jitra)
tapi bila nak transfer ke hospital alor setar dia pengsan.
Waktu itu,
memang kami dah dapat rasa yang ayah aku tu pasti koma. Memang rasa itu kuat
sangat waktu itu. Dan memang tekaan itu betul. Ayah aku koma! Jadi kami adik
beradik berkampunglah di hospital alor setar.
28 november,
masih tiada khabar berita. Sebab ayah aku di tempat kan di zon merah. Kena pula
dengan wabak covid ni, jadi memang tak boleh nak melawat langsung. Jadinya wife
ambil keputusan untuk call hospital bagi dapatkan info.
Daripada panggilan
pertama, memang banyak syukur. Sebabnya doctor kata ayah aku dah stabil. Jantung
semua stabil. Tinggal masa nak dipindahkan ke wad. Bersyukur sangat waktu itu. Kami
adik beradik memang tunggu masa doctor kata dah pindah ke wad jek. Tapi apakan
daya, kegembiraan itu tak kekal lama.
Petang itu,
doctor tiba tiba panggil waris. Antara ayat nya lebih kurang macam ini:
Stroke yang terjadi dah mengakibatkan kesan pada urat di otak. Jadi, ayah aku Cuma bergantung harap pada mesin oksigen sahaja. Kalau nak buat operation pun, memang tak akan beri apa apa kesan. Jadi dia akan kekal koma. Dan, ya! Dan doctor nasihat, bawa pulang dan apa sahaja yang berlaku, kami kena pasrah!
Kami adik
beradik, minta masa untuk kami berbincang. Jadinya kami pun balik rumah dan
berbincang. Yang menjadikan ianya tidak berapa selesa adalah, doctor kerap
telefon dan Tanya bila nak bawa pulang ayah aku ke rumah! Sebab katanya, dalam
kes wabak ini, zon merah sentiasa penuh! Jadi perlu bawa pulang ayah aku dengan
segera.
Pagi 29 November,
kami buat keputusan bawa pulang ayah kami ke rumah. Dalam jam 1630 tak silap
aku, ayah aku sampai ke rumah. Waktu itu aku dah tahu, itu sahaja saat yang
ayah aku ada. Terbaring kaku tak boleh nak kata apa-apa. Waktu itu, aku tak
duduk pun depan ayah aku, tapi duduk bekurung dalam bilik. Dalam jam 1930 macam
itu, waktu itu sedara mara, adik beradik semua tiba tiba kecoh.
Waktu itu
baru aku keluar bilik, tengok ayah aku tiba-tiba buka mata. Melihat atas! Kemudian
pejamkan mata kembali. Air mata dia tak henti-henti keluar. Nafas dia, mulut. Memang
nampak ajal dia dah sampai. Waktu itu, ya Allah, tuhan sahaja yang tahu.
Sewaktu arwah
mak aku meninggal, setitis air mata pun tak keluar dari mata aku. Tak tahu
kenapa, waktu ayah aku, menangis aku tak henti-henti. Lama aku tengok dia. Sampailah
nafas dia yang terakhir. Banyak sangat terkilan aku.
Pertama,
aku tak sempat “berbual” dengan ayah aku. Kedua, anak anak aku yang kecil tak
tahu apa. Bila sampai je kampung, semua cari tokwan depa. Bila nampak tokwan
diam baring atas tilam, di Tanya pula kenapa tokwan baring jek.
Banyak benda
yang buatkan aku terkilan sebenarnya. Yang tak mampu aku tuliskan dekat sini. Sedih
tu tak boleh nak kata apa. Lama juga aku berdiam diri. Sampailah saat aku
menulis ini pun, rasa terkilan itu tak habis habis.
Al fatihah untuk arwah Mustafa bin Ali. Walaupun kamu tegas, walaupun kamu
tak pandai nak tunjukkan kasih sayang kamu pada anak anak, tapi kami tahu,
engkau sangat sayangkan kami. Kau sangat sayangkan kami. Terlalu banyak yang
ingin kami ceritakan pada kamu, tapi apakan daya, Allah lebih maha mengetahui
segalanya.
Allah maha
merancang. Allah maha pengasih, lagi maha penyayang. Berbahagialah kamu di
syurga Allah bersama arwah ibu, zainab bte saad. Engkau pasti merindui isterimu
sebagaimana pastinya isterimu juga merindui kamu.
Tenanglah
kamu di syurga Allah. Bersama insan-insan kesayangan kamu di sana. Doa kami
sentiasa bersama kamu. Kasihanilah ayah & ibu kami ya Allah, sebagaimana
mereka sentiasa mengasihi kami. Kurniakanlah mereka syurga tanpa hisab ya
Allah. Kurniakanlah mereka syurga tanpa hisab ya Allah. Kurniakanlah mereka
syurgamu tanpa hisab ya Allah…aminnn
0 Comments