facebook twitter tumblr instagram linkedin
  • Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Learn Blogging
  • Documentation
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Download This Template

Mrejoy

 

Pengalaman jawab ujian psikometrik spa

Pengalaman jawab ujian psikometrik spa dan keputusannya.. | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, masih diberikan kesempatan dan kesihatan yang baik. Kita dah pun melangkah ke bulan terakhir dalam tahun 2021. Memang sejak wabak covid melanda dunia, tahun-tahun berlalu dengan cepat (sebabnya kita banyak duduk rumah). Baik! Hari ini aku nak kongsikan Pengalaman jawab ujian psikometrik spa dan keputusannya. Bagi mereka yang sudah tahu mengenai Ujian Psikometrik ini, pasti dah tahu “kesukarannya” kan? Bagi mereka yang tak tahu apa itu ujian psikometrik, sila lanjutkan bacaan anda!

Apa itu ujian psikometrik?

Ok, bagi mereka yang tidak tahu, ujian psikometrik adalah satu ujian yang perlu di hadapi oleh mereka yang ingin memasuki perkhidmatan awam. Dalam kata mudahnya, kalau nak minta kerja kerajaan, kena la jawab soalan psikometrik ni. Tapi rasanya tak semua kena jawab soalan ini, tengok pada jawatan yang kita minta juga.

Macam aku, aku minta jawatan kecil sahaja, jawatan penghantar notis gred n11. Nanti aku ceritakan kenapa aku Cuma “layak” untuk jawatan seperti ini sahaja. Tapi sekarang, kita borak-borak pasal ujian psikometrik yang boleh aku katakan, ramai sebenarnya yang tak suka! Hahaha.

Fungsi ujian psikometrik.

Kalau di ikutkan, agak susah nak minta kerja kerajaan sekarang ini kalau dibandingkan dengan masa dulu. Rasanya dulu tak ada pun ujian psikometrik ni. Mungkin sebab dulu, tak ramai yang nak kerja kerajaan disebabkan gaji yang kecil. Tapi sekarang, dah ramai yang mula berminat nak memasuki perkhidmatan awam. Sebab apa, rasanya korang pun dah tahu kan?

Aku ada terbaca dekat media sosial, yang mana, diantara fungsi ujian psikometrik adalah menjadi tapisan awal kepada pemohon. Ini yang aku baca ya, kalau salah, aku mohon ampun awal-awal. Cuba bayangkan, yang mohon jawatan dalam kerajaan sekarang bukan sikit, ramai, sangat ramai, jadi, ujian ini menjadi tapisan awal buat semua pemohon.

Dan boleh juga aku katakan, tersangat ramailah juga yang kecundang pada peringkat awal ini termasuklah aku! hahahaha! Nak minta jawatan penghantar notis gred n11, tapi soalan dia, boleh tahan sukar juga, hahaha.

Contoh ujian psikometrik dan jawapan.

Yang sebenarnya, susah sangat ke soalan ujian psikometrik ni? Jawapannya adalah, soalan tak berapa susah Cuma jawapan dia sedikit mengelirukan. Rasanya ramai termasuklah aku, agak keliru dengan jawapan. Dan untuk pengetahuan semua, soalan dia bukan sikit-sikit anak! Makan ratus juga, bukan puluh-puluh soalan!

Aku kongsikan sedikit contoh ujian psikometrik dan jawapan yang aku ambil daripada perkongsikan di dalam laman web google.



Contoh ujian psikometrik dan jawapan

Contoh ujian psikometrik dan jawapan

Dan kalau korang lihat pada soalan-soalan yang diberikan, nampak mudah kan? Tapi jangan cakap mudah dahulu kawan-kawan. Soalan ini dibuat oleh pakar psikologi. Dan bukan sahaja dia buat soalan banyak-banyak macam tu, semua bersebab. Dan rasanya, atas sebab inilah, ramai yang gagal pada peringkat ini. Hehehe.

Apa pun, aku sekadar mencuba nasib sahaja. Memang dah simpan niat, ada rezeki, adalah. Kalau tak ada rezeki, pasti Allah nak bagi yang lebih baik. Bukanlah kata kerja aku sekarang tidak bagus, boleh aku katakan lebih bagus daripada jawatan yang aku cuba mohon tu, tapi aku ada alasan aku sendiri dan pastinya aku berserah kepada Allah. Jika terbaik untuk aku dan keluarga, maka engkau permudahkanlah, namun jika sebaliknya, kurniakanlah aku yang lebih baik daripada itu. Aminn.

 

percutian keluarga di swiss garden melaka

Percutian pertama selepas "cuti panjang" | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, masih diberikan kesihatan yang baik untuk diri dan keluarga, syukur alhamdulilah. Baik! Kerajaan telah membenarkan pergerakan rentas negeri! Ini bermakna, jalan raya akan kembali sesak! Kawasan-kawasan tumpuan umum akan kembali sesak dan yang lebih memeritkan adalah, Melaka akan kembali sesak! Arhh! Memang perit sebenarnya buat penduduk Melaka namun ianya juga adalah suatu petanda baik buat peniaga-peniaga di negeri Melaka ini.

Aku tak mahu ulas panjang mengenai hal tersebut, tapi apa yang aku nak ceritakan pada kali ini adalah Percutian pertama selepas "cuti panjang". Al kisahnya, sepanjang berdepan dengan wabak yang sememangnya tak akan pernah hilang ini, anak-anak dah mula bosan berkurung di dalam rumah.

Jangan katakan anak-anak, kita orang dewasa ini pun bosan kan? Jadinya, dah macam-macam aktiviti yang telah dibuat, namun tak juga menghilangkan rasa bosan mereka. Namun, dalam banyak-banyak kebosanan yang melanda, ada 1 permintaan yang kerap kali aku dengar daripada mereka, iaitu “nak tidur hotel”.

Kisahnya, aku ni bukanlah jenis yang kerap bawa keluarga tidur dekat hotel pun. Rasanya ada la sekali dua. Anak yang sulung dah berumur 8 tahun. Jadinya nampak sangat jenis tak suka bawa anak tidur hotel kan? Hahaha.

Tapi mungkin sebab bapa sedara, mak sedara mereka ni suka sangat checkin hotel, jadinya mereka bercerita dengan anak-anak aku, jadi anak-anak pun nak jugak tidur hotel, mahu tak mahu, aku bawakan juga. Memandangkan dah lama sangat berkurung dalam rumah kan, kita cuba ubah suasana sekejap.

Percutian keluarga di swiss garden hotel Melaka!

Baik! Bila sebut hotel di Melaka, hotel pertama yang aku nampak adalah swiss garden hotel Melaka. Ada banyak sebab kenapa hotel ini yang menjadi pilihan pertama aku, di antaranya adalah:

percutian keluarga di swiss garden melaka

  • Swimming pool kanak-kanak dia menarik
  • Lokasi dalam bandar (senang nak bergerak ke mana-mana lokasi)
  • Hotel baru (kalau bab cari hotel, ini antara yang jadi pilihan utama aku) kalau nak dibandingkan dengan hotel-hotel yang ada di Melaka.
  • Harga murah (ini pun kena tengok juga, dengan keadaan semasa kita sekarang ini, simpanan kewangan kenalah kukuh, jadi hotel ini pada aku murah)
  • Pilihan keluarga ( disebabkan selalu sangat kami sekeluarga lalu dekat sini, jadinya bila sebut hotel, terus semua nak duduk sini).

Pandangan peribadi selepas menginap selama 3 hari 2 malam di swiss garden hotel Melaka.

1) Ok, pertama sekali, urusan untuk check in semua sangat mudah (mungkin sewaktu kami masuk, pergerakan rentas negeri masih belum dibenarkan) jadi yang datang bercuti semua orang Melaka je. Cuba lah tengok minggu ni, rasa memang penuh hotel ni, hehehe.

2) Kemudian kami dapat bilik di tingkat 12, bilik no 28. Mulanya aku ada request nak bilik yang menghadap kolam, tapi dapat bilik menghadap bandar. Nak bilik menghadap kolam tu sebab rasa macam cantik je waktu malam, tapi alhamdulilah, rupanya bilik yang menghadap bandar ni sebenarnya lagi cantik. Hehehe.

percutian keluarga di swiss garden melaka

Permandangan dari bilik kami. Menghadap Kampung Morten Melaka

percutian keluarga di swiss garden melaka

percutian keluarga di swiss garden melaka

Permandangan waktu malam Menghadap Kampung Morten Melaka

3) Bilik yang aku dapat ni menghadap ke arah kampung morten Melaka. Jadinya suasana waktu malam tu memang meriah betul. Dengan kita boleh nampak bot persiaran yang lalu dekat sungai Melaka lagi, memang cantik betul la!

4) Tujuan utama percutian kali ini memang lebih kepada anak-anak. Jadinya memang focus utama adalah mereka. Hari pertama sahaja dah ajak turun mandi kolam. Macam yang aku ada sebutkan tadi, waktu aku datang ke swiss garden hotel Melaka ni, pergerakan rentas negeri masih belum dibenarkan.

Jadinya tak berapa ramai sangat orang dekat swimming pool. Jadi boleh la rasa seronok melayan anak-anak mandi.

5) Bercuti di dalam Melaka, memang tumpuan lebih kepada percutian dalam hotel sahaja. Sebabnya kalau kata nak pergi makan yang menarik-menarik, memang dah tak tahu nak pergi mana. Hehehe.

percutian keluarga di swiss garden melaka

Kerusi yang mengecewakan. Uhuk. Uhuk.

6) Cumanya aku nak cerita pasal bilik yang aku dapat. Waktu pertama masuk bilik, aku dah kecewa sebenarnya. Sebabnya aku nak kan sofa bed, tapi dapat sofa biasa je. Adeh! Yelah, sofa bed tu tempat aku nak tidur la, anak-anak dengan wife, biar mereka tidur atas tilam empuk hotel tu.

percutian keluarga di swiss garden melaka

Cermin ni sepatutnya telus. Tapi dah bertutup, jadi tak nampak luar.

7) Kemudian aku ambil bilik yang boleh tembus nampak bilik air. Function supaya aku mudah nak tengok anak-anak dalam bilik air tu. Tapi kecewa kali kedua sebab cermin tu dah tiada! Aduh, kecewa la hai.

percutian keluarga di swiss garden melaka

Bilik air macam ini bagus. Tak perlu berebut. Hehehe

8) Masuk dalam bilik air, pada aku susunan dalam bilik air ni bagus! Tapi yang penting, ada bath tub. Anak-anak memang suka betul main air. Tapi alahai! Kecewa lagi, lock penutup air rosak. Kita puas lah tahan air, tak mahu juga penuh. Rupanya air keluar walaupun kita dah tutup. Ish!

9) Tapi hal kecil macam tu semua sebenarnya tak menganggu pun percutian ni. Sebab anak-anak sebenarnya lagi teruja nak mandi swimming pool je. Jadinya emosi memang tak ke laut dalam pun. Hehe.

10) Apa pun, apa yang boleh aku rumuskan, swiss garden hotel Melaka ni memang terbaik. Memang rasa berbaloi bercuti dekat sini. Dengan segala kemudahan yang lengkap dan dekat, hotel ini sememangnya seharusnya menjadi pilihan utama korang yang ingin datang bercuti ke negeri Melaka.

Perancangan seterusnya, mungkin kita akan cuba hotel biasa-biasa pula. Yelah, mungkin ada yang tak punya bajet besar atau mungkin ada yang mencari hotel-hotel biasa sahaja kalau punya rancangan percutian ke Melaka, betul tak? Hehehe.

 

Semakin banyak perlepasan yang diberi

Semakin banyak perlepasan yang diberi.. | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, Melaka dah pun masuk ke fasa ke 3. Dan mungkin tak lama lagi akan masuk ke fasa ke 4 pula. Dan dengar-dengar khabar angin, hujung minggu ini dah boleh rentas negeri. Khabarnya Malaysia bakal capai vaksin keseluruhan populasi penduduk dewasa 90%. Jika betul, syukur alhamdulilah. Dah lama sangat berkurung. Pastinya ramai yang nak pulang ke kampung berjumpa ibu dan ayah. Atau mungkin ramai yang nak melawat kubur saudara-saudara terdekat mereka.

Baik! Pada aku, masing-masing punya hak diri masing-masing. Sebabnya ada juga yang tidak bersetuju dengan berita kerajaan bakal membenarkan pergerakan rentas negeri. Antara alasan lain, takut orang bawa balik penyakit ke kampung. Dan persoalan aku pula, sampai bila? Sampai bila nak berkurung? Sebab tak ada yang tahu wabak ini akan habis bila.

Dan atas alasan itu juga, kerajaan bakal mewartakan wabak ini sebagai endemic. Dalam kata lainnya, sama macam penyakit lainnya. Sakit, pergi ke klinik, tak sakit, jalani kehidupan seperti biasa. Sampai bila kita nak berkurung dan mengharapkan bantuan daripada kerajaan?

Dah ramai yang terkesan. Dah ramai yang hilang tempat tinggal sebab tak mampu nak bayar rumah. Berapa ramai pula yang hilang kerja. Hilang pendapatan. Macam-macam. Jadinya aku sangat bersetuju jika segala macam larangan ini di Tarik balik.

Dah 2 tahun kita jalani kehidupan semacam ini. Rasanya semua pun dah tahu apa yang perlu di lakukan. Masing-masing jaga diri dan keluarga masing-masing. Namun kehidupan perlu juga diteruskan. Kita tetap perlu berusaha mencari rezeki. Tak kan mungkin pihak kerajaan mampu untuk terus-terusan membantu kita.

Jadi mahu atau tidak mahu, kita kena hidup sekali dengan wabak ini. Kami memang menyambut baik pengumuman kerajaan untuk menarik balik semua sekatan. Rakan-rakan peniaga di lebuhraya pun pastinya suka dengan pengumuman ini. Yelah, berapa lama mereka tak punya pendapatan seperti sebelum ini kan?

Apa pun, kita tetap kena berwaspada dengan semua perkara. Kesihatan perlu juga di jaga. Hubungan kita dengan yang maha esa juga perlu dijaga. Jangan hanya mengharapkan seluruhnya pada manusia kerana kita tak punya upaya. Pada Allah jualah kami berserah.

Pengalaman Dos kedua Vaksin Sinovac

Pengalaman Dos kedua Vaksin Sinovac | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini baru aku ada kesempatan nak cerita pengalaman dos kedua vaksin sinovac. Berbanding dengan kisah pengalaman dos pertama vaksin sinovac yang aku ambil pada 20 Ogos 2021, “rasa” dos kedua ni lain macam sedikit. Kiranya terasalah vaksin tu masuk dalam badan.

Kalau nak dibandingkan dos pertama dengan dos kedua, yang kedua ni aku lebih rilek. Tak rasa takut sangat jika nak dibandingkan dengan awal dulu. Kalau awal dulu, aku siap-siap tidur awal. Doa tu jangan cakaplah, macam-macam. Awal pagi tu pulak, makan macam-macam. Dengan kurmanya lah, dengan makanan tambahan lain nya lah, macam-macam.

Dan kisahnya dengan dos kedua vaksin sinovac ni lain macam pula perginya. Awalnya, sepatutnya aku ambil dos kedua pada 10 September 2021. Tapi pada malam 09 September 2021 tu aku kena cirit birit. Ah! Memang satu benda yang aku tak duga dan tak sangka lah kan?

Malam tu aku usaha macam-macam. Makan ubat dan semuanya. Dengan harapan, esok pagi akan kembali normal dan aku boleh datang ambil vaksin dos kedua sinovac. Nak dijadikan cerita, tak juga ok pagi tu. Dan disebabkan tak ok, Maka nya aku terpaksa batalkan untuk ambil vaksin.

Kemudian aku ke klinik untuk dapatkan confirmation daripada doktor. Doktor pula rilek je, alah! Cirit birit je pun, bukan ada apa, pergi je ambil vaksin tu, tak ada apa lah! Ini berbeza pula dengan pihak yang control vaksin, mereka kata tak boleh, kena pastikan badan betul-betul sihat baru boleh ambil vaksin.

Apa pun, aku dan batalkan untuk ambil dos kedua pada tarikh 10 September 2021 dan tukar pada 13 September 2021. Dan pada tarikh tersebut, aku masih cirit birit!! Ahh! Aku sendiri dah tak faham dengan keadaan tubuh badan aku sekarang, macam banyak pula yang lain nya. Tapi di sebabkan aku rasa macam ok, di tambah pula dengan nasihat doktor yang tergiang-ngiang dekat telinga aku, aku datang juga ambil dos kedua vaksin sinovac.

Pengalaman Dos kedua Vaksin Sinovac

Berbeza dengan dos pertama, kata orang dos kedua sakit sikit waktu cucuk. Dan untuk aku, alhamdulilah, aku tak rasa pun waktu kena cucuk tu. Tahu-tahu nurse kata dah selesai. Untuk 15 minit pertama, aku tak rasa apa-apa kesan pun. 30 minit hingga 1 jam pun tak rasa apa-apa kesan. Siap boleh singgah mall kejap lah beli barang dekat anak-anak.

Dan selepas 5 hari, barulah mula rasa macam-macam kesan. Pertamanya tangan aku lenguh yang amat (pada bahagian cucuk tu). Dia punya lenguh takleh bincanglah. Sampai nak angkat pun rasa macam tak kuat. Banyak jugalah minyak aku sapu kat tangan ni. Siap mintak urut segala bagai.

Kemudian, nafsu makan jadi lain macam! Oi! Baru lepas makan nak makan lagi lah! Tak kenyang-kenyang! Tengok menu ni nak makan, dah makan, ternampak menu lain nak makan tu pulak. Lain macamlah nafsu makan ni. Tapi disebabkan aku tahu diri aku tak macam tu sebelum ni, jadinya aku makan dalam kuantiti yang sedikit walaupun kejap-kejap nak makan!

Kemudian, perut aku ni, ya ampun! Banyaknya angin! Boleh dengarlah bunyi angin dalam perut tu! Nak kata tak makan, makan, tapi banyak juga angina. Angin tu lain macam tau! Tak keluar! Dia main pusing-pusing dalam perut jek. Kalau kentut ok lah jugak kan? Tak tak! Dia pusing-pusing dalam perut jek! Hmm.

Dan hari ini merupakan hari ke 7 selepas daripada vaksin dos kedua sinovac. Dan hari ini aku mula rasa ok sedikit. Tangan pun nampaknya dah mula reda dah lenguh dia tu. Perut pun macam dah ok sedikit kalau nak dibandingkan dengan awal-awal tu. Cumanya aku masih rasa angin belum habis keluar daripada badan aku ni. Harapnya dalam sehari dua ni, badan aku akan kembali normal macam sebelum ini lah, aminn.

Jadinya, mereka yang ambil sinovac, korang ada rasa macam aku tak? Atau korang ada pengalaman lain, kongsi-kongsilah dengan aku di bahagian komen di bawah ya!

 

bisnes online paling ramai buat sepanjang musim PKP

5 bisnes online paling ramai buat sepanjang musim PKP | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sepanjang musim PKP melanda Malaysia, memang ramai yang terkesan. Ada yang di tidak boleh bekerja, gaji di bayar separuh malah diberhentikan kerja pun ramai. Namun, disebalik apa yang terjadi, banyak juga hikmahnya antaranya adalah dah ramai yang mula berniaga secara online. Banyak sebenarnya bisnes yang kita tak pernah jumpa pun sebelum ini tapi dah mula kelihatan sepanjang musim PKP ini.

Kalau sebelum ini, bila bercerita pasal bisnes online, yang biasa kita nampak, orang meniaga pakaian, beg, makanan atau makanan tambahan. Tapi sepanjang musim PKP ni, dah mula nampak orang meniaga kereta, sportrim kereta, rumah, superbike, sampailah kepada menjual barang-barang basah seperti ikan, sotong, udang dan macam-macam lagi.

Kalau kereta, motosikal dan aksesori lain tu, aku macam oklah, boleh dibuat penghantaran. Cumanya aku terfikir kalau ikan, sotong atau udang tu, kalau yang berniaga di Kuala Lumpur, yang nak beli tinggal di johor, agak mencabar juga la kan? Tapi kalau mereka nak juga beli, tiada masalah pun, hak masing-masing kan? Cuma kalau aku, baik aku sendiri ke pasar basah. Boleh pilih-pilih sendiri. Hehehe.

Apa pun, tiada yang salah pun dengan apa sahaja yang kita nak buat. Asalkan benda tu tak salah dan boleh jadi pendapatan pada kita sekeluarga. Asal barang jadi duit kata orang. Di mana ada usaha, pasti ada ganjarannya buat kita semua.

bisnes online paling ramai buat sepanjang musim PKP

5 bisnes online paling ramai buat sepanjang musim PKP

Baiklah, aku nak kongsikan beberapa idea yang aku lihat dan boleh dijadikan bisnes permulaan buat mereka yang baru nak berjinak dengan bisnes online ni. Bisnes ini aku rasakan banyak permintaan. Mahu tidak mahu sahaja kita nak buat. Kita buat kita dapat, tak buat, tak siapa rugi. Orait?

#1. Bisnes pakaian secara online.

Bercerita pasal bisnes pakaian secara online ni, rasanya ramai pun dah tahu. Ada yang jual tudung, ada yang jual baju, seluar dan pelbagai lagi. Namun apa yang menarik perhatian aku adalah baju-baju bundle.

Banyak sebenarnya aku tengok peniaga jual baju bundle ni. Daripada harga yang biasa-biasa hinggalah yang luar biasa. Daripada jenama yang biasa kepada luar biasa. Pernah sekali aku tengok, orang meniaga baju bundle sehelai RM800-RM900 (ada yang lebih mahal daripada ini).

Jadinya, kalau korang nak mula berniaga, apa kata korang mula berniaga baju bundle. Korang boleh pilih samada nak beli secara pukal (beli guni bundle) atau boleh sahaja jadi reseller. Beli baju kemudian jual semula.

Kalau modal tak besar, boleh sahaja bermula sebagai reseller. Sikit-sikit lama-lama banyaklah modal tu nanti kan.

#2. Bisnes kasut secara online.

Bisnes kedua yang aku kerap lihat adalah jual kasut secara online. Daripada sekecil-kecil usia (aku pernah jumpa budak sekolah rendah kalau tak silap jual kasut online) sehinggalah kepada otai-otai. Dan kes ini sama macam yang pertama tadi. Ada yang jual kasut baru dan kasut bundle.

Kalau aku, aku suka kasut bundle. Sebab dekat bundle ni kita boleh jumpa macam-macam kasut rare dengan harga yang munasabah. Kalau kasut baru, susah jumpa pulak, tahu-tahulah harganya berapa kan?

Kasut ni pun korang boleh beli secara pukal (guni kasut) atau secara satu-satu. Macam aku, aku beli kasut yang aku minat je. Aku buat koleksi kemudian aku jual balik. Untung tak banyak lah. Biasa aku ambil sepasang kasut untung dalam RM10-RM20. Tapi macam biasalah, biar ada untung dari terus rugi. Kan?

#3. Bisnes beg secara online.

Selain baju dan kasut, ramai sebenarnya peniaga yang jual beg secara online. Ini samada beg copy ori, beg premium hinggalah kepada beg original. Tapi kalau dah nama original, rasanya semua pun tahulah harganya macamana kan? Berdentum pergi dia! Hahaha.

Beg bundle original pun harga tak mahu kalah! Ada yang RM900 sampailah ke RM2000. Biasanya harga macam ini, jenis-jenis beg prelove. Tapi aku suka panggil beg bundle je.

Ini pun salah satu bisnes online yang korang boleh buat untuk jana pendapatan korang.

#4. Bisnes tudung secara online.

Ini khas untuk orang perempuan. Orang lelaki pun ramai je aku nampak dah mula jual tudung secara online ni. Ikut lah asalkan naluri mereka masih lelaki, hehehe. Ha! Jual tudung secara online. Korang boleh beli secara pukal kemudian jual secara online.

Tapi tudung ni tak adalah yang bundle, semua tudung baru. Jadinya tiada masalah buat mereka yang cerewet.

#5. Jual apa sahaja secara online.

Dan yang terakhir aku nak kongsikan dengan korang adalah, korang boleh jual apa sahaja korang nak jual secara online. Apa sahaja sebab aku pernah tengok orang jual pokok bunga secara online. Bukan setakat itu sahaja, banyak lagi sebenarnya yang kadang tu, macam tak percaya pun ada yang jual secara online.

Jadinya tengok balik apa yang korang minat dan apa yang korang boleh jual. Sediakan platform yang betul untuk mula berniaga dan terus jual! Jangan ambil masa yang lama untuk berfikir. Jalan terus! Selagi mana kita berusaha, pasti ada habuan untuk kita. Ok!

 

Melaka beralih ke fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN)

Melaka beralih ke fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ini boleh jadi satu berita gembira buat penduduk negeri Melaka apabila kerajaan mengumumkan bahawa negeri Melaka akan mula beralih kepada Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara bermula 4 september 2021. Tidak banyak perubahan yang berlaku di antara fasa 1 dan 2 namun kebenaran untuk merentas daerah adalah satu perkara yang di tunggu-tunggu hampir kebanyakkan orang.

Kenapa ramai yang tunggu nak rentas daerah?

Kalau aku, memang aku tunggu kebenaran nak merentas daerah kerana lokasi aku sekarang adalah di alor gajah Melaka, manakala lokasi kampung isteri di Melaka tengah. Ikutkan tak jauh mana pun sebab negeri Melaka ni tak besar mana pun. Tapi bila mana ada halangan untuk merentas daerah, dia jadi macam sesuatu yang sukar pula.

Bukan masalah pada kami tapi masalah pada budak-budak. Asyik di Tanya bila nak balik kampung (walhal kampung tak jauh mana pun) hehehe. Jadinya bila Melaka mula beralih kepada Fasa 2, ini adalah suatu berita yang mengembirakan buat kami sekeluarga.

Betul ke dah boleh rentas daerah bagi negeri Fasa 2?

Jawapannya adalah boleh jika dah complete vaksin. Makna kata complete vaksin adalah, cukup 2 dos dan cukup tempoh 14 hari. Ada yang dah ambil dos kedua, tapi belum cukup 14 hari (selepas dari tarikh terima dos kedua) itu pun tidak dibenarkan ya! Kena complete vaksin baru boleh merentas daerah bagi negeri fasa 2.

Untuk keluarga isteri di kampung, semuanya telah terima vaksin, syukur Alhamdulilah. Niat untuk ambil vaksin hanyalah semata kerana ikhtiar dan berpegang kepada keputusan mufti. Mulanya aku sekeluarga tak mahu ambil vaksin ni selepas tengok banyak kesan yang memudaratkan. Namun, selepas beberapa nasihat daripada rakan-rakan terdekat, maka kami ambil keputusan untuk terima vaksin.

Selain kebenaran merentas daerah, apakah kebenaran lain bagi negeri Fasa 2.

Sebenarnya ada beberapa kebenaran lain bagi negeri yang telah masuk Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara. Antaranya kebenaran untuk dine in ( juga perlu lengkap 2 dos vaksin) dan juga kebenaran untuk buka pasar malam dan pasar tani. Untuk senarai penuh, boleh lihat di bawah:

Senarai kebenaran bagi negeri Fasa 2

Senarai kebenaran bagi negeri Fasa 2

Senarai kebenaran bagi negeri Fasa 2

Senarai kebenaran bagi negeri Fasa 2

 

Kembali bertugas semula selepas “Cuti Panjang”

Kembali bertugas semula selepas “Cuti Panjang” | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, masih diberikan kesempatan untuk menulis di sini. Syukur alhamdulilah, masih juga diberikan kesihatan yang sangat baik kepada diri dan keluarga, syukur alhamdulilah. Baik! Hari ini merupakan hari kedua aku kembali bekerja. Setelah bercuti “wajib” hampir 3 bulan lamanya! Ini bukanlah saja-saja nak cuti, tapi adalah kerana terkesan dengan Perintah kawalan Pergerakan yang dikenakan pihak kerajaan.

Aku sangat bersyukur, walaupun tidak dibenarkan untuk bekerja untuk hampir 3 bulan, tetapi syarikat berbesar hati untuk memberikan gaji penuh tanpa ada potongan sedikit pun. Ini sangat berbeza dengan rakan-rakan lain yang terkesan dek kerana perintah kawalan pergerakan yang dikenakan kerajaan terlalu lama.

Sedih juga melihat apa yang berlaku kepada kawan-kawan yang terkesan namun pastinya aturan Allah itu pasti ada hikmahnya. Aku Cuma mampu berdoa agar Allah melimpahkan rezeki kepada mereka yang terkesan yang juga mengurniakan rezeki yang tidak di sangka-sangka kepada mereka, aminn.

Baik! 3 bulan dah tak berkerja! Dah macam-macam aktiviti yang dilakukan di rumah sepanjang 3 bulan ini. Dah macam-macam pengalaman dan ilmu yang di timba juga sepanjang “pertapaan” ini. Dah macam-macam nasihat, dugaan dan cabaran yang dihadapi sepanjang tempoh ini, namun persoalannya adalah, adakah kita akan kembali kepada situasi yang di kita semua hadapi sebelum ini?

Adakah kita akan kembali “dikurung” untuk tempoh yang lama? Adakah pergerakan kita akan kembali di halang? Apakah kita akan kembali hanya duduk dirumah? Dan tidak dibenarkan bekerja?

Banyak sebenarnya persoalan yang bermain dalam minda aku ketika ini. Jika keadaan ini kembali dan kembali terjadi, adakah kita semua mampu bertahan? Adakah syarikat tempat aku bekerja sekarang mampu memberikan apa yang diberikan sekarang? Adakah syarikat tempat kerja kalian juga mampu bertahan?

Kalau kita tengok kawasan sekeliling kita sekarang, kalau dulu, susah nak jumpa orang berniaga di tepi-tepi jalan. Tapi sekarang, tumbuh bak cendawan orang yang berniaga ni. Macam-macam menu kita boleh jumpa, dekat mana-mana sahaja. Ya! Di mana-mana sahaja! Kadang tu, aku sendiri macam tak percaya ada orang berniaga di satu-satu kawasan tu.

Ini menunjukkan yang sudah ramai yang terkesan dek Perintah kawalan pergerakan ni. Dan jika ini kembali terjadi, rasanya, akan ramai yang mula buka khemah dan berniaga! Dan mungkin aku juga akan termasuk dalam kategori ini! Meniaga adalah jalan yang paling mudah untuk jana pendapatan buat masa ini.

Tapi cuba bayangkan kalau semua orang mula berniaga, apa akan jadi? Kalau dah ramai yang terkesan dan mula berniaga, siapa yang akan menjadi pembeli? Kalau dah ramai yang berniaga, pastinya menu juga akan banyak yang sama, jadi siapa yang akan beli? Dan ini sebenarnya, tak juga akan menyelesaikan masalah dan mungkin akan menjadikan masalah ini menjadi lebih besar.

Dalam keadaan ekonomi yang serba tidak menentu ini, pastinya ramai akan simpan lebihan wang yang ada. Nak berbelanja pun takut. Jadinya berniaga pun rasanya bukan jalan terbaik. Jadi apakah jalan yang ada? Soalan ini pastinya korang sendiri sahaja boleh jawab.

Untuk diri aku sendiri, aku pastinya ada jalan aku sendiri. Selagi mana kita boleh kaut, kita akan kaut. Demi kelansungan hidup diri dan keluarga. Cubalah bertahan semampu mungkin pada rakan-rakan yang terkesan. Pasti ada jalan keluar. Pasti Allah akan bantu kita. Jangan berhenti berdoa dan berusaha. Pasti ada sinar di hujungnya nanti.

Apa pun, kita sama-samalah berdoa agar kita tidak kembali terheret ke dalam perintah kawalan pergerakan yang lama (sama macam yang dah berlaku sebelum ini).  Sama samalah kita berdoa agar dipermudahkan oleh Allah. Semoga ada berita gembira buat kita semua. insyaAllah, aminn.

 

Pengalaman dos pertama Vaksin Sinovac

Pengalaman dos pertama Vaksin Sinovac | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini merupakan hari kedua selepas aku terima suntikan dos pertama vaksin pada 20 ogos 2021. Mulanya nak menulis pada hari pertama, tapi apakan daya, banyak sangat kerja nak kena selesaikan, dan alhamdulilah, hari ini ada sedikit kesempatan untuk aku kongsikan sedikit pengalaman aku berkenaan vaksin covid ini.

Kenapa memilih sinovac dan bukannya vaksin jenis yang lain?

Baik, kenapa mesti sinovac dan bukannya vaksin jenis yang lain? Pertamanya, aku ambil vaksin di hospital swasta. Dalam erti kata lainnya, vaksin berbayar. Bukanlah aku sombong, tak mahu ambil vaksin percuma melalui My Sejahtera. Dan untuk pengetahuan juga, tarikh vaksin melalui Mysejahtera juga aku dah terima. Nanti aku kongsikan kenapa aku ambil vaksin berbayar.

Berbalik semula kenapa ambil sinovac adalah kerana buat masa ini, hanya vaksin ini yang tersedia di hospital berbayar. Tidak ada vaksin lain. Jadi, sinovac adalah satu-satunya pilihan yang ada. Dan yang keduanya adalah, daripada survey aku dengan semua rakan-rakan yang dah vaksin, aku membuat keputusan untuk terus memilih sinovac adalah kerana:

Hampir kesemua rakan-rakan di tempat kerja (yang dah complete vaksin melalui program pikas) dan yang ambil sinovac beri jawapan yang sama iaitu, kesan vaksin ini tidak sekuat vaksin prizer. Makna kata, ada yang langsung tak rasa apa-apa kesan selepas vaksin berbanding prizer (ada yang demam dan pelbagai kesan yang lain).

Dan perkara yang sama aku baca melalui sosial media yang mana, ramai yang kongsikan sinovac ini tidak memberi kesan yang teruk seperti vaksin yang lain. Dan mengambil kira semua ini, makanya aku memilih untuk mengambil vaksin ini. Hahaha. Sejenis yang tak mahu ada apa-apa kesan lepas vaksin.

Pengalaman dos pertama vaksin sinovac.

Dan seperti yang aku kongsikan pada  awal tadi, hari ini merupakan hari kedua. Dan alhamdulilah, sehingga setakat ini, aku belum ada terima apa-apa kesan selepas vaksin. Syukur padamu ya Allah. Ramai juga yang kata, vaksin dos pertama ini “biasa-biasa” sahaja. Tak sama macam dos kedua yang katanya memberi kesan yang lebih kuat.

Namun, pada aku, sama sahaja. Dah ramai yang kata, kena lebih berhati-hati selepas ambil vaksin, jadinya kita perlu juga berjaga-jaga. Kesihatan tetap juga kena pantau. Makanan tetap juga kena jaga. Pendek kata, kena lebih berhati-hati.

Kenapa buat keputusan ambil vaksin?

Dan ini adalah jawapan kenapa aku ambil lewat berbanding rakan-rakan yang dah complete vaksin. Aku adalah satu-satunya pekerja yang belum ambil vaksin sebenarnya. Hehehe. Memang benar, langsung tiada paksaan daripada pihak majikan. Nak ambil, ambil lah, tak mahu ambil terpulang.

Dan mulanya, aku memang tak mahu ambil. Banyak perkara yang aku fikirkan. Di tambah lagi dengan pelbagai info yang aku baca di media sosial membuatkan aku takut nak ambil vaksin.

Tapi kenapa akhirnya aku pilih untuk ambil vaksin?

Jawapannya adalah kerana nasihat daripada seorang rakan yang sememangnya terkenal anti vaksin! Kenapa aku cakap dia anti vaksin? Jawapannya adalah kesemua anak dia tak ada vaksin. Ini cerita betul ya! Anak-anak dia memang tak ambil vaksin (macam ini baru betul boleh cakap anti vaksin, bukannya baru tolak vaksin yang baru ini, terus cop seseorang itu anti vaksin).

hukum pengambilan vaksin oleh mufti

Nasihat dia mudah sahaja dan aku terus terima. Ini adalah nasihat dia:

  • Mufti dah keluarkan yang vaksin ini adalah harus dan wajib. Jadi katanya, kita berserah pada Allah dan ikut nasihat mufti. Jika benar ada benda yang tak elok dalam tu, kita serah pada mufti. Sebab dia dah jatuhkan hukum. Kita hanyalah insan biasa.
  • Kedua, kita adalah ketua keluarga. Jadi kita kena keluar cari rezeki. Melihat pada keadaan sekarang, tak mustahil mana-mana tempat akan wajibkan vaksin. Jadi, kita bertawakal kepada Allah, agar dilindungi olehnya daripada segala macam perkara yang tidak elok.
  • Seterusnya adalah melihat kepada kerja aku. kerja aku boleh dikatakan banyak memerlukan untuk aku keluar kawasan mahupun keluar negara. Jadi vaksin itu adalah perkara utama. Jadi mahu tak mahu, lari kemana pun, tetap kena ambil. Melainkan aku buat keputusan untuk berhenti kerja dan mungkin pulang ke kampung dan buat kerja kampung sahaja.
  • Seterusnya, aku memang berhasrat untuk menunaikan umrah hujung tahun ini (jika dipermudahkan olehnya). Dan salah satu syaratnya adalah mesti vaksin. Dan jika tak vaksin, macamana nak tunaikan umrah? Dan mahu tak mahu, kena ambil juga.
  • Dan antara nasihat lain adalah, dunia adalah tempat untuk kita meninggal. Jika di takdirkan kita meninggal dengan cara ini, itu dah takdir. Benar, kita boleh sahaja usaha untuk tidak ambil vaksin (sebab dah tahu kesan-kesan yang mungkin terjadi) namun, apakah dengan tidak ambil membuatkan kita terus hidup kekal di dunia?
  • Kalaupun kita masih boleh usaha (contohnya lari ke kampung, hutan dan gunung) namun akhirnya kita tetap pergi bertemu ilahi. Katanya, jika ini adalah satu ujian daripada Allah, kita bertawakal kepadanya. Niat ambil vaksin adalah sebagai ikhtiar untuk jaga kesihatan dan mencari rezeki kerana Allah. Jika benar ianya memudaratkan, pihak yang jatuhkan hukum yang akan bertanggungjawab. Kita serah semua pada Allah.

Dan pelbagai nasihatnya lagi. Panjang, nak tulis pun tak mampu, hehehe. Apa pun, aku Cuma kongsikan apa yang buatkan aku pilih untuk vaksin. Dan seperti yang kita semua tahu, setakat hari ini, memang tiada paksaan dan korang tetap ada pilihan. Maka pilihnya mana yang terbaik untuk korang.

 

Cara-cara untuk memohon pengeluaran i-citra KWSP

Cara-cara untuk memohon pengeluaran i-citra KWSP | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, masih diberikan kesihatan yang baik dan masih dapat menulis di sini, di blog mrejoy.com. Baik! Ada perkhabaran gembira buat semua apabila KWSP mempercepatkan permohonan pengeluaran i-citra. Yang mana permohonan tersebut adalah bermula pada hari ini sehinggalah 30 september 2021.

Bagi pengeluaran i-citra, adalah dinasihatkan bagi setiap pencarum untuk memohon pengeluaran secara online. Dan bagi mereka yang kurang faham atau tak tahu cara nak memohon, berikut merupakan Cara-cara untuk memohon pengeluaran i-citra KWSP.

#1. Langkah pertama adalah dengan log in di sini : https://icitra.kwsp.gov.my/

#2. Langkah kedua adalah klik pada bahagian PERMOHONAN.

Cara-cara untuk memohon pengeluaran i-citra KWSP

#3. Sila baca dan fahami Nota penting ini:

Cara-cara untuk memohon pengeluaran i-citra KWSP

#4. Isikan detail yang diperlukan seperti Kad pengenalan dan no telefon.

Cara-cara untuk memohon pengeluaran i-citra KWSP

#5. Korang akan menerima Nombor OTP melalui no telefon yang telah di tetapkan. Isikan nombor OTP tersebut di sini:

Cara-cara untuk memohon pengeluaran i-citra KWSP

#6. Kemudian, korang akan diberikan jumlah yang layak untuk dikeluarkan. Sila fahami bahagian ini dengan jelas sebelum ke bahagian seterusnya. Jika korang setuju dengan pengeluaran sebanyak RM5,000 ini, sila klik pada bahagian Klik untuk memohon RM5,000.00.

Cara-cara untuk memohon pengeluaran i-citra KWSP

Selesai klik, akan keluar paparan seperti ini:

Cara-cara untuk memohon pengeluaran i-citra KWSP

#7. Seterusnya adalah bahagian maklumat pemohon. Sila pastikan maklumat diri adalah betul dan pada bahagian dibawah ini, sila pilih jawapan yang sesuai ya.

Cara-cara untuk memohon pengeluaran i-citra KWSP

#8. Bahagian seterusnya adalah pengesahan permohonan. Sila periksa semula detail dan pastikan semua adalah betul sebelum klik HANTAR.

#9. Seterusnya adalah bahagian Terma dan Perakuan. Sila baca dan fahami dengan jelas ya.

Cara-cara untuk memohon pengeluaran i-citra KWSP

#10. Akhir sekali klik pada bahagian HANTAR. Dan proses selesai.

 

Senarai penuh info dan cara memohon moratorium bagi semua jenis bank di Malaysia

Senarai penuh info dan cara memohon moratorium bagi semua jenis bank di Malaysia | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini merupakan hari bagi mereka yang ingin memohon bantuan pembayaran pembiayaan ataupun moratorium. Ini adalah salah satu inisiatif kerajaan bagi “membantu” rakyat Malaysia yang terkesan. Aku kongsikan Senarai penuh info dan cara memohon moratorium bagi semua jenis bank di Malaysia.

Jangan ambil moratorium jika tidak perlu!

Bantuan moratorium ini merupakan kali kedua dibuat selepas kali pertama dibuat pada tahun lepas. Melihat kepada pengalaman lepas, jika anda mampu untuk bayar bayaran bulanan, makna kata, pendapatan kita langsung tidak terjejas, maka jangan sesekali ambil moratorium.

Kenapa aku kata jangan ambil? Sebabnya moratorium hanya membantu kita selama 3 atau 6 bulan sahaja. Tetapi, bayaran pinjaman kita akan bertambah! Bukan sedikit ya! Aku menulis ini adalah berdasarkan pengalaman aku buat moratorium pada tahun lepas.

Sebagai contoh, pinjaman perumahan aku. Aku dah buat pembayaran selama 8 tahun sebelum ini. Dapat moratorium 6 bulan (masih perlu bayar separuh, bukan tidak perlu bayar langsung). Dan selepas habis moratorium, aku lihat semula “tambahan” akibat daripada mora ini, apa yang aku boleh cakap adalah, seperti aku tidak pernah bayar pinjaman sebelum ini.

Baki pinjaman aku seperti masa awal-awal buat pinjaman dahulu. Bayangkan dah bayar duit pinjaman 8 tahun, sepertinya tidak berubah langsung. Sama hal nya dengan apa yang sedang viral ketika ini di dalam media sosial. Jika kita ambil moratorium selama 3 bulan, pinjaman akan bertambah 12 bulan. Jika ambil 6 bulan, pinjaman akan bertambah 24 bulan.

Jadi, nasihat aku sekali lagi, jika pendapatan korang tidak terganggu, dan korang masih boleh bayar, tolonglah bayar seperti biasa. Namun, jika korang ada plan tertentu, dan ada rancangan kewangan yang lain, korang boleh sahaja pilih untuk ambil moratorium ini.

Senarai penuh info dan cara memohon moratorium bagi semua jenis bank di Malaysia.

Baiklah, aku kongsikan dengan korang semua, senarai penuh info dan cara memohon moratorium bagi semua jenis bank di Malaysia.

1. Moratorium Maybank

https://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia/en/personal/announcements/2020/March/announcement_financial_relief_scheme.page


2. Moratorium Bank Rakyat

https://cv19-support.bankrakyat.com.my/

 

3. Moratorium Bank Islam

https://vao.bankislam.com.my/ppb/

 

4. Moratorium CIMB

https://www.cimb.com.my/covid19support

 

5. Moratorium BSN

https://www.bsn.com.my/page/TRA

 

6. Moratorium Public Bank

https://www.pbebank.com/Others/COVID-19.aspx

 

7. Moratorium Ambank

https://www.ambank.com.my/eng/targeted-repayment-assistance

 

8. Moratorium RHB

https://www.rhbgroup.com/malaysia/campaigns/PostMoratoriumEForm?_ga=2.202856849.1410897864.1622574747-1382388922.1622574747

 

9. Moratorium Affin Bank

https://www.affinbank.com.my/Others/Financial-Assistance-Instalment-Relief-(FAIR)-Prog.aspx?lang=ms-MY

 

10. Moratorium MBSB

https://www.mbsbbank.com/bm/notices/moratorium

 

11. Moratorium Bank Muamalat

https://map.muamalat.com.my/

 

12. Moratorium Kuwait Bank

https://www.kfh.com.my/malaysia/personal/announcements/KFH-RAP.html

 

13. Moratorium CitiBank

https://www.citibank.com.my/english/forms/moratorium-restructure-V2/index.html

 

14. Moratorium Alliance Bank

https://www.allianceonline.com.my/personal/loan_moratorium/loan_moratorium.do

 

15. Moratorium AgroBank

https://www.agrobank.com.my/my/bbb/

 

16. Moratorium Hong Leong Bank

https://www.hlb.com.my/en/personal-banking/news-updates/hlb-payment-relief-assistance-plan.html

 

17. Moratorium SME Bank

https://smebank.com.my/en/financing-payment-assistance

 

18. Moratorium Standard Chartered Bank

https://www.sc.com/my/important-information

 

KWSP perkenalkan pengeluaran i-citra

KWSP perkenalkan pengeluaran i-citra | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selepas KWSP membenarkan pengeluaran i-lestari dan i-sinar, terkini KWSP telah memperkenalkan pengeluaran i-citra. Fungsi dan tujuan pengeluaran ini adalah sama dengan pengeluaran sebelum ini iaitu memberi kemudahan kewangan tambahan kepada semua pencarum kwsp yang layak.

Siapa yang layak memohon pengeluaran i-citra?

Baik, siapakah yang layak memohon pengeluaran i-citra? Mengikut kepada kenyataan pihak KWSP, semua pencarum yang berumur 55 tahun ke bawah layak memohon. Ini termasuklah bukan warganegara Malaysia dan permastautin tetap.

Dan pengeluaran i-citra juga tertakluk kepada baki simpanan sekurang-kurangnya RM150. Maknanya baki dalam akaun KWSP korang mestilah atas daripada jumlah ini, tak boleh kurang. Kalau kurang apa akan terjadi? Permohonan pengeluaran korang tidak akan diluluskan.

Kenapa mesti ada baki RM150 dalam akaun kwsp?

Jawapan kepada persoalan ini adalah kerana, simpanan di dalam akaun 1 KWSP mestilah berjumlah minimum RM100 bagi melayakkan korang mendapat manfaat seperti bantuan kematian dan bantuan hilang upaya. Ini juga termasuklah bagi mengekalkan korang sebagai ahli kwsp.

Dan kenapa baki dalam akaun 1 kwsp kena ada RM150? Ini jawapannya:

Had pengeluaran maksimum bagi i-citra.

Baik, jika i-sinar membenarkan pengeluaran maksimum sebanyak RM10,000 dan i-lestari sebanyak RM500 selama 6 bulan, i-citra pula membenarkan pengeluaran maksimum sebanyak RM5,000 sahaja. Dan pengeluaran ini akan dibayar sebanyak RM1000 selama 5 bulan.

Bayaran maksimum adalah ditetapkan sebanyak RM1000 sebulan manakala bayaran minimum adalah sebanyak RM50. Bayaran ini tertakluk kepada baki semasa akaun kwsp korang. Dan ini jugalah jawapan kepada kenapa kena ada baki RM150 di dalam akaun kwsp.

Bilakah permohonan i-citra boleh di buat?

Baik, permohonan i-citra hanya oleh dibuat bermula 15 Julai 2021 sehingga 30 September 2021. Dan pembayaran pertama akan dibuat bermula pada bulan Ogos 2021 sebanyak RM1000 sehinggalah genap 5 bulan sebanyak RM5000 (pengeluaran maksimum).

Dan bagi mereka yang ingin memohon pengeluaran ini, korang boleh layari laman web KWSP dan klik sahaja pada i-citra ataupun, terus sahaja masuk kedalam laman web ini: icitra.kwsp.gov.my.

 

Kibarkan bendera putih tanda perlukan sokongan

Kibarkan bendera putih tanda perlukan sokongan! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semakin hari semakin banyak berita-berita yang tak diingini kita lihat dan baca. Semakin ramai rakyat yang tertekan dek kerana wabak yang seakan tidak akan reda. Perintah berkurung tidak nampak penghujungnya. Dan atas alasan tersebut, viral kini di dalam laman sosial, agar mereka-mereka yang memerlukan sokongan agar mengibarkan bendera putih depan rumah.

Simbolik bendera putih pkp.

Kalau di dalam perang, bendera putih bermaksud menyerah kalah. Namun, di dalam situasi PKP yang berpanjangan ini, bendera putih ini adalah sebagai simbol agar orang sekeliling tahu ada sesuatu yang perlu kita bantu.

Kalau kita lihat keadaan semasa, ramai yang tertekan dan buntu! Tak tahu mana nak cari sumber pendapatan dek kerana tidak dapat berkerja. Mana nak bayar hutang mana nak bagi makan anak-anak. Dan bila mereka sendirian, datanglah idea-idea pelik untuk selesaikan masalah ini.

Ada daripada mereka yang tertekan ini, semuanya berkisarkan keluarga. Jika diri sendiri yang lapar, aku pasti, mereka pasti ada jalan mereka sendiri. Namun bila melibatkan anak isteri, pastinya mereka akan jadi lebih tertekan sehingga sanggup buat perkara yang tidak diingini.

Dan idea untuk mengibarkan bendera putih depan rumah adalah sangat bernas pada hemat aku. kerana terkadang, kita sendiri tak tahu mereka ini perlukan bantuan. Nampak macam biasa-biasa, rupanya ada sesuatu yang besar sedang mereka simpan.

Jika dalam satu taman, atau dalam 1 kampung, ada bendera putih berkibar, ini bermakna keluarga ini sedang perlukan bantuan. Tak salah kita sama-sama jenguk dan tanyakan apa yang mereka perlukan. Kalau dah kehabisan makanan, kita sama-sama beli beras dan barang keperluan yang lain.

Jika terputus bekalan susu anak atau sebagainya, masyarakat setempat pastinya ada jalan penyelesaian. Simbolik kepada bendera putih semasa musim PKP ini tidak lain dan tidak bukan, untuk kita sama-sama bantu rakan-rakan sekeliling kita.

Kita dah tak mahu dengar berita yang bukan-bukan. Lebih-lebih lagi jika ianya berlaku di sekeliling kita. Aku percaya, jika kita sama-sama bantu orang sekeliling, kita boleh sama-sama menghadapi waktu yang sangat sukar ketika ini.

Jadinya kalau selepas ini, kita ternampak bendera putih depan rumah, tak kiralah tergantung di mana-mana, tahulah kita yang mereka sedang perlukan bantuan dan sokongan. Pakat-pakat bantu sesama kita. Saling melengkapi.

Janganlah ada yang ingat, mereka yang naikkan bendera putih ini saja-saja ya. Makna simbol bendera putih adalah, mereka sedang perlukan bantuan dan sokongan. insyaAllah, kita bantu orang, Allah pasti lipat gandakan rezeki kita, insyaAllah, aminnn.

Newer Posts
Older Posts

Find Here

Translate

Terima Kasih!

Powered by Blogger.

Cerita Lama

  • ►  2022 (22)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (4)
    • ►  March (10)
    • ►  February (4)
    • ►  January (1)
  • ▼  2021 (108)
    • ▼  December (1)
      • Pengalaman jawab ujian psikometrik spa dan keputus...
    • ►  October (2)
      • Percutian pertama selepas "cuti panjang"
      • Semakin banyak perlepasan yang diberi..
    • ►  September (4)
      • Pengalaman Dos kedua Vaksin Sinovac
      • 5 bisnes online paling ramai buat sepanjang musim PKP
      • Melaka beralih ke fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN)
      • Kembali bertugas semula selepas “Cuti Panjang”
    • ►  August (1)
      • Pengalaman dos pertama Vaksin Sinovac
    • ►  July (2)
      • Cara-cara untuk memohon pengeluaran i-citra KWSP
      • Senarai penuh info dan cara memohon moratorium bag...
    • ►  June (14)
      • TERBARU! KWSP perkenalkan pengeluaran i-citra
      • Kibarkan bendera putih tanda perlukan sokongan!
    • ►  May (8)
    • ►  April (17)
    • ►  March (19)
    • ►  February (19)
    • ►  January (21)
  • ►  2020 (82)
    • ►  December (4)
    • ►  November (7)
    • ►  October (1)
    • ►  September (7)
    • ►  August (6)
    • ►  July (4)
    • ►  May (7)
    • ►  April (6)
    • ►  March (12)
    • ►  February (17)
    • ►  January (11)
  • ►  2019 (50)
    • ►  December (5)
    • ►  November (6)
    • ►  October (13)
    • ►  September (4)
    • ►  August (2)
    • ►  July (3)
    • ►  June (2)
    • ►  May (10)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2018 (44)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (9)
    • ►  April (1)
    • ►  March (2)
    • ►  February (12)
    • ►  January (13)
  • ►  2017 (182)
    • ►  December (7)
    • ►  November (9)
    • ►  October (24)
    • ►  September (15)
    • ►  August (26)
    • ►  July (17)
    • ►  June (6)
    • ►  May (25)
    • ►  April (28)
    • ►  March (24)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (6)
    • ►  December (1)
    • ►  November (5)
  • ►  2015 (19)
    • ►  October (19)

My Blog List

  • The Patriots
    Kesilapan Yang Membunuh Amelia Earhart?
  • VOCKET
    ‘Mujur Tak Digilis’ – Situasi Bayi Tercicir Atas Jalan Raya Undang Kerisauan Netizen
  • Aliff Channel
    15 Tempat Menarik Di Lumut Untuk Melancong
  • Denaihati – Blog Tips Kehidupan
    Penetapan harga siling ayam elak tekanan lebih besar kepada inflasi makanan
  • Blog Lifestyle Otai Blogger Malaysia
    Top 7 Reasons Why Wordpress Is Perfect for Bloggers In 2022
  • Bro Framestone
    Antabax dan R.E.A.L Kids Berganding Benteras Penyebaran Penyakit Tangan, Kaki, dan Mulut (HFMD)
  • MrEjoy
    Susahnya nak cari kerja sekarang ni
  • sayidahnapisahdotcom
    30++ background ucapan kad raya digital 2022 | edit letak gambar je nanti!
  • Syok Makan
    5 kelebihan air rendaman kurma yang ramai tidak tahu
  • It's Poobritney!
    Apa Yang Menarik di Bird Park Kuala Lumpur?
  • ahmadfaizal.com
    Hari Anugerah Cemerlang Budak Sekolah
  • Cik Epal
    Yayyy! Instagram Cik Epal dah verified!
  • Maria Yusoff
    Kerabu ulam Sempoi
  • SukaShares
    Anda pasti tak percaya dengan hadiah wang tunai yang dimenangi Juara Piala Dunia 2018 ini!
  • Jutawanbitcoin
    Harga bitcoin terus naik dan menaik!
  • Makan jer Kerja! | Your Blog Description
Show 5 Show All

Trending!

  • Cara mudah tukarkan Sijil SSP BSN kepada wang tunai.
  • 3 Idea buat duit online 2017
  • Cara paling mudah tukar template blog.
  • Apakah maksud mimpi kutip duit syiling menurut islam
Blogged.my

Rakan Mrejoy

@INSTAGRAM
Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates