Cara setting wire transfer akaun adsense terus
ke dalam akaun bank
| Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bagi mereka yang dah ada akaun adsense
dan akaun mereka dah capai 100usd, pasti tercari-cari, macamana nak setting
wire transfer. Cara ini adalah cara paling mudah untuk transfer duit daripada
akaun adsense terus ke dalam akaun bank kita. Yang sebenarnya ada 3 cara yang
boleh kita gunakan tapi aku Cuma nak kongsikan Cara setting wire transfer akaun adsense terus ke dalam akaun bank kita!
Baik,
sebelum itu, aku kongsikan 3 cara yang boleh kita gunakan untuk pindahkan duit
daripada akaun adsense kepada akaun bank kita. 3 cara itu adalah:
#1. Menggunakan
cek
Kalau kita
pilih nak guna cek. Kita perlu isikan maklumat alamat kita di dalam akaun
adsense dan pihak google akan hantar cek tersebut ke alamat yang diberi. Dan apabila
korang pilih untuk guna cek, kena faham la ye, masa yang diambil untuk korang
terima cek adalah lebih kurang 2 minggu. Lama kan?
#2. Menggunakan
western union
Cara yang
kedua pula adalah dengan menggunakan western union. Cara kedua pula, korang
tengok bank yang korang nak guna tu. Samada dia ada perkhidmatan ini ataupun
tidak. Tapi jika nak dibandingkan dengan cara pertama tadi, cara kedua ni lebih
pantas. Cumanya, ha! Banyak kerja sikitlah!
Kena proses
di pejabat pos, kemudian kena isi borang, kemudian buat urusan di bank, banyak
kan kerja!
#3. Menggunakan
wire transfer
Baik! Di antara
2 cara di atas, cara ini adalah cara yang paling mudah! Wire transfer. Sebab apa
dia mudah? Sebabnya bayaran ini terus masuk ke dalam akaun bank kita tanpa
perlu isi borang segala bagai. Lebih cepat, lebih mudah dan lebih kaya! Wahahahaha.
Orait,
macamana nak setting wire transfer ni? Sila ikut cara-cara di bawah:
Cara setting wire transfer akaun adsense terus
ke dalam akaun bank
- Pertama sekali, log in akaun Google adsense korang
- Kemudian klik
bahagian Payment dan klik pada
bahagian How you get paid
- Kemudian klik
pada bahagian Add payment Method dan
pilih Bank Transfer to Bank Account
- Kemudian isikan semua detail.
Name of
bank Account : Masukkan nama penuh
Bank Name :
Nama bank korang
SWIFT-BIC :
Masukkan code bank korang. Ini code antarabangsa ya. Cara nak tahu code tu,
korang klik link ini : https://www.theswiftcodes.com/
Account
number : masukkan no akaun korang
Re-type
account number : korang isikan sekali lagi no akaun korang. Pastikan jangan
salah ye
Akhir sekali,
tick pada Set As primary payment method dan save.
Dah settle Cara setting wire transfer akaun adsense terus ke dalam akaun bank! mudah kan? sekarang korang cuma perlu tunggu duit masuk ke dalam akaun korang sahaja. Tapi nanti bila dah dapat duit, jangan lupa bayar zakat ya! see ya!