3 jenis kaki sembang yang tidak di gemari oleh Rasullulah S.A.W
3 jenis kaki sembang yang tidak di gemari oleh
Rasullulah S.A.W | Assaalamualaikum
dan salam sejahtera. Alhamdulilah, masih diberikan kesihatan yang baik pada
diri dan keluarga. Alhamdulilah. Baik, aku ada terbaca 1 artikel mengenai kaki
sembang. Kalau nak tahu apa itu kaki sembang, mereka ini jenis yang suka
bercakap tapi tiada ilmu di dalamnya. Jenis cakap kosong. Atau sembang melangit.
Ha, faham tak tu? Hahaha.
Mesti ada
kan sekeliling kita. Pergilah dekat mana mana pun, pasti ada jenis yang suka
bersembang ni. Dan kali ini aku nak kongsikan 3 jenis kaki sembang yang tidak
digemari oleh nabi junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W.
3 jenis kaki sembang yang tidak di gemari oleh
Rasullulah S.A.W
#1. Thartharun.
Golongan pertama
adalah mereka yang suka sembang kencang atau cakap berjela jela. Jenis yang
cakap meleret leret tapi langsung tiada faedah. Mereka ini biasanya suka
mencelah percakapan orang lain dan gemar mengusai perbualan. Dalam erti kata
lainnya, dia sahaja nak bercakap, orang lain tak payah cakap. Hati-hati, kamu
adalah jenis mereka yang tidak digemari Rasullulah
#2. Mutasyaddiqun
Golongan
kedua pula adalah golongan yang suka bercakap dengan gaya merendahkan atau
meremehkan orang lain. Jenis kalau bercakap, dia sahaja yang tahu semua
benda,orang lain tak tahu. Kalau kita bercerita mengenai sesuatu kawasan, dia
lebih tahu segalanya tentang kawasan itu. Kalau kita bercerita mengenai
percutian kita, dia akan bercerita lebih daripada itu.
Jenis ini
juga selain tidak digemari oleh Rasullulah, aku juga pantang dengan orang macam
ini. Biasanya bila berhadapan dengan orang macam ini, mungkin itu kali pertama
dan terakhir aku akan berbual dengannya.
#3. Mutafayhiqun
Golongan ketiga
pula adalah golongan yang suka bercakap, suka bercerita tentang dirinya sahaja.
Fungsinya adalah untuk beritahu dia lebih hebat dari orang lain. Senang kata
nak menonjolkan diri dia lebih dari orang lain. Tonjolkan diri kita dengan cara
yang betul tiada masalahnya. Namun, jika sekadar tin kosong, itu adalah
perbuatan yang tidak ada baiknya.
Dalam sebuah
hadis, Rasulullah S.A.W bersabda:
Sesungguhnya
orang yang paling aku benci dan paling jauh kedudukannya daripadaku pada hari
kiamat adalah orang yang paling lebat sembangnya, orang yang suka memperolok
orang lain dan orang yang sombong berbicara.
0 Comments