#7 Aktiviti menarik di rumah bersama anak anak sepanjang musim PKP (Perintah Kawalan Pergerakan)
#7 Aktiviti menarik di
rumah bersama anak anak sepanjang musim PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kita baru sahaja memasuki perintah kawalan
pergerakan 2.0 (kali kedua) hari ini. Berbeza dengan PKP yang pertama dahulu,
kali ini terdapat beberapa kelongaran yang diberikan kerajaan terutamanya
kepada industry penting untuk terus beroperasi. Namun, bagi anak anak, mereka
diminta untuk terus kekal di rumah.
Bercerita mengenai anak anak yang “terpaksa” berkurung di
dalam rumah untuk tempoh masa yang agak lama, pastinya pelbagai kerenah ataupun
cabaran yang terpaksa di hadapi oleh ibu bapa. Antara cabarannya sudah
tentulah, bagaimana mahu menghiburkan
anak anak di rumah ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Sebagai ibubapa, aku sendiri terkadang pening memikirkan,
apa yang kami mampu atau perlu buat supaya anak anak tak rasa bosan berada di
dalam rumah untuk tempoh masa yang lama. Kalau kita nak bagi mereka gadget dan
tengok cerita kegemaran mereka untuk tempoh masa yang lama, takut perkara lain
pula yang berlaku.
Jadi, atas sebab itu, aku kongsikan beberapa idea menarik
yang boleh kita lakukan, bagi mengurangkan rasa bosan kepada anak anak sepanjang
tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlansung.
#Aktiviti menarik di rumah bersama anak anak sepanjang musim PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).
#1. Main puzzle
Bila sebut pasal puzzle, mesti korang pun akan rasa bosan
kan? Tapi nanti dulu, ianya mungkin akan rasa bosan kalau korang beli saiz
kecil. Apa kata, untuk tempoh PKP ini, korang beli puzzle yang bersaiz besar! Mungkin
boleh beli yang 1500 pieces. Atau 2500 atau puzzle 3000 pieces?
Boleh ajak ramai ramai buat. Anak isteri semua boleh join
sekali. Atau kalau rasa ini pun masih tahap biasa, korang boleh cari yang lebih
besar.
#2. Aktiviti memasak
Ini juga boleh aku katakan sebagai aktiviti yang menarik. Kalau
anak perempuan ramai lagi bagus. Tapi anak lelaki pun sekarang kenalah belajar
memasak. Esok kalau dah jadi suami orang, boleh la tolong isteri memasak di
dapur kan.
Pengajar dah tentulah ibu/isteri. Boleh juga cuba menu
luarbiasa yang sebelum ini tak pernah pun terhidang di atas meja makan. Pastinya
ianya akan jadi bertambah menarik bukan?
#3. Buat aktiviti
bertukang
Aku suka aktiviti ini sebenarnya. Aku suka beli kayu, lepas
tu bertukang. Buat la meja atau kerusi atau sebagainya. Sebelum PKP
diperkenalkan. Aku buat reban ayam! Hahaha. Duduk rumah taman, buat reban ayam.
Bagi aktiviti ini, perlu extra perhatian nya disebabkan
ianya melibatkan alatan merbahaya.
#4. Buat pertandingan
Aktiviti ini juga menarik bagi aku. Buat pertandingan di
antara anak anak. Contohnya seperti, siapa bangun awal, dapat 10 markah. Siapa kemas
rumah, dapat 10 markah. Siapa banyak tolong ibu, dapat 10 markah lagi. Dan pelbagai
lagi.
Habis sahaja tempoh pkp, hadiah akan diberi kepada mereka
yang dapat markah tertinggi. Tapi percayalah cakap aku ini, walaupun kita buat
aktiviti macam ini, diakhirnya nanti, semua anak anak akan dapat habuan yang
sama, betul tak? Hehe.
Apa pun, itu tidak penting, yang penting, kita nak mendidik
mereka agar ringan tulang membantu ibu bapa di rumah.
#5. Menonton rancangan
kegemaran bersama
Buat mereka yang ada bajet lebih sedikit, boleh beli
projector dan pasang di rumah. Buat rumah seperti panggung wayang! Jadikan rumah
sebagai lokasi paling menyeronokkan buat mereka. Boleh jadi sebelum ini,
ibubapa hanya luangkan sedikit masa hujung minggu dan mungkin sebulan sekali
untuk bersama anak anak menonton rancangan kegemaran mereka.
Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, berikan mereka
sepenuh perhatian agar mereka rasa lebih dihargai dan yang lebih penting agar
mereka tahu, kita sentiasa ada untuk mereka.
#6. Berkebun
Ini juga boleh jadi perkara yang sangat menarik. Berikan “task”
buat anak. Beri mereka ruang sendiri. Benih dan peralatan. Biar mereka usahakan
sendiri sampai jadi. Ibu bapa Cuma pantau sahaja. Ajar mereka cara semai benih,
baja dan proses menjaga pokok sampai Berjaya.
Boleh jadi ini menjadi suatu aktiviti yang panjang buat
mereka.
#7. Aktiviti
keagamaan.
Dan untuk Aktiviti
menarik di rumah bersama anak anak sepanjang musim PKP (Perintah Kawalan
Pergerakan) yang terakhir, habiskan masa bersama keluarga dirumah dengan
aktiviti keagamaan. Cukup waktu, ajak kesemua solat berjemaah. Kemudian berilah
sedikit tazkirah atau boleh juga cerita kepada anak anak cerita pasal nabi atau
apa sahaja cerita keagamaan.
Boleh ajar anak anak mengaji. Oleh ajar anak anak dengan
lebih mendalam pasal agama. Boleh ajar anak anak contoh contoh akhlak yang
baik. Boleh cerita pasal indahnya syurga dan betapa dasyatnya neraka. Agar mereka
lebih faham.
Mungkin ada yang bertanya, kalau nak penuhi dengan aktiviti
ini sahaja sepanjang tempoh PKP, anak anak akan jadi lebih bosan? Jangan risau,
selang selikan dengan aktiviti yang aku kongsikan di atas. Pastinya tempoh
Perintah Kawalan Pergerakan kali ini akan jadi lebih bermakna. Ok?
0 Comments