Bayaran interim i-sinar KWSP dah masuk!
Bayaran interim i-sinar KWSP dah masuk! | Assalamualaikum dan salam
sejahtera. Alhamdulilah, bayaran interim i-sinar bagi kategori 2 dah pun masuk
semalam. Walaupun lewat sehari, kerana ramai yang dapat lebih awal, tetap juga
kita terima bayaran interim tersebut sebanyak RM1,000. Alhamdulilah.
Bagi pemohon
kategori 2 i-sinar, bayaran interim ini adalah bayaran awal yang mana jika
permohonan mereka diluluskan, mereka akan menerima bayaran baki sebanyak
RM9,000. Manakala jika permohonan tidak diluluskan, mereka hanya menerima
bayaran sebanyak RM1,000 itu sahaja.
Buat masa
sekarang,pemohon kategori 2 i-sinar kwsp perlu menunggu selama 21 hari bagi
mengetahui samada lulus atau tidak. Dan semalam, aku ada buat panggilan ke kwsp
bertanyakan hal ini. Daripada yang diberitahu, keputusan semakan boleh
diketahui lebih kurang tempoh selepas perayaan tahun baru cina ini.
Agak lama
juga kan nak menunggu?
Banyak daripada
komen yang aku baca di laman sosial KWSP, berkenaan luahan pencarum yang
meminta agar segala macam syarat atau criteria dimansuhkan. Ini adalah kerana,
melihat kepada perkongsian di laman sosial, ramai yang “kaya raya” lulus
permohonan pengeluaran i-sinar bagi kategori 1!
Namun bagi
mereka yang “cukup makan”, perlu mengambil masa yang lama sehingga 21 hari
untuk tahu keputusan sama ada lulus atau tidak. Banyak persoalan yang timbul di
antaranya adalah, ini bukan permohonan loan, atau permohonan daripada duit
kerajaan.
Rakyat tak
minta duit kerajaan malah rakyat memohon pengeluaran duit simpanan yang
dipotong daripada gaji mereka setiap bulan tanpa pernah miss sebulan pun. Dalam
keadaan yang genting ini, tiada siapa menduga atau mahu covid-19 ini datang
kepada kita.
Ramai yang
terkesan sebenarnya. Bukan sahaja yang bergaji besar malahan yang bergaji kecil
pun pasti terkesan. Oleh yang demikian, aku juga sangat bersetuju jika segala
macam syarat tersebut di mansuhkan sama sekali kerana pencarum mahu
mengeluarkan duit mereka dan bukannya ingin membuat pinjaman sama sekali.
Diharapkan keputusan
bagi permohonan i-sinar kwsp ini dipercepatkan dan segala macam syarat di
mansuhkan sama sekali. Berkenaan wang tersebut, pencarum lebih tahu apa yang
mereka ingin gunakan. Kerana itu adalah hak mereka.
0 comments